|
|
November 22, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
PERKAMPUNGAN SEKOLAH JIMEI: "KISAH TAN KAH KEE" DI SEBALIK BANGUNAN BERUSIA LEBIH SATU ABAD
Thursday 14/11/2024
Perkampungan Sekolah Jimei: "Kisah Tan Kah Kee" Di Sebalik Bangunan Berusia Lebih Satu Abad
XIAMEN, China, 14 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-150 kelahiran Encik Tan Kah Kee, seorang pemimpin China luar negara yang terkenal patriotik, usahawan, pendidik, dermawan dan aktivis sosial. 130 tahun yang lalu, pada usia hanya 20 tahun, Tan Kah Kee telah melaburkan 2,000 dolar perak untuk menubuhkan "Akademi Ti Zhai" di kampung halaman beliau di Jimei. Ini menandakan permulaan kerjaya beliau selama 67 tahun di dalam bidang pendidikan. Beliau juga membina banyak bangunan sekolah berskala besar, untuk meninggalkan satu legasi struktur Kah Kee yang tersendiri. Sepanjang tahun-tahun berikutnya, beliau telah mendedikasikan kesemua sumber beliau untuk mengasaskan pelbagai institusi pendidikan, termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah biasa, tadika, sekolah perikanan dan pelayaran, dan sekolah perniagaan di Jimei. Bangunan-bangunan berusia lebih satu abad ini kini membentuk pemandangan yang paling indah di Perkampungan Sekolah Jimei. Dengan mewarisi legasi kebudayaan dan kerohanian Tan Kah Kee, Daerah Jimei di Bandar Raya Xiamen, di mana terletaknya Perkampungan Sekolah Jimei, telah membangunkan sebuah zon kebudayaan dan pendidikan seluas 23 kilometer persegi. Kawasan ini merangkumi 16 buah universiti dan institut penyelidikan dan menjadi tuan rumah kepada lebih 167,000 orang pelajar kolej. Ia telah memupuk satu kualiti kemanusiaan yang berharga, yang berpusat di sekitar "Semangat Kah Kee" dan dicirikan oleh budaya orang China seberang laut, Fujian Selatan, dan perkampungan sekolah itu sendiri. Menurut orang yang bertanggungjawab di Daerah Jimei, Jimei akan sentiasa menganggap "Semangat Kah Kee" sebagai satu khazanah kerohanian yang telah meresap ke dalam watak bandar raya itu dan menjadi satu sumber kuasa untuk memacukan pembangunan rancak bagi zon ekonomi khas itu. Matlamatnya adalah untuk mengubah kuasa lembut kebudayaan kepada daya saing pembangunan bandar, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berkualiti tinggi di Xiamen. Sumber: XINHUANET
Kapsyen: Perkampungan Sekolah Jimei: "Kisah Tan Kah Kee" Di Sebalik Bangunan Berusia Lebih Satu Abad
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|