ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 22, 2024 -Jumaat

 
  DEBX MEDICAL MENDAPATKAN PELABURAN TAMBAHAN DARIPADA TVM CAPITAL HEALTHCARE

Thursday 14/11/2024



Memacu Fasa Inovasi Seterusnya dalam Pengurusan Luka Kronik

DEBx Medical dijangka bersedia untuk pertumbuhan pesat dalam penyelesaian luka kronik, dipacu oleh pelaburan kedua oleh TVM Capital Healthcare.

AMSTERDAM dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DEBx Medical, inovator perintis yang berpangkalan di Amsterdam, mengumumkan kejayaan pelengkapan pelaburan modal kedua yang diterajui oleh TVM Capital Healthcare. Pendanaan ini akan memacu pengembangan global DEBx Medical ke pasaran utama di seluruh dunia.

Pelaburan ini merupakan susulan kepada pendanaan pertama yang berjaya dan menggambarkan kepercayaan yang meningkat kepada pendekatan inovatif DEBx Medical terhadap pengurusan luka kronik, terutamanya menerusi penyelesaian cemerlang mereka, DEBRICHEM®, agen pengeringan topikal yang digunakan untuk menghapuskan biofilem dan jangkitan daripada luka kronik.

Pengembangan Pasaran Global untuk Mentransformasikan Penjagaan Luka Kronik

Pelaburan kedua ini akan menyokong strategi syarikat untuk berkembang ke pasaran yang diselia ketat dan kompetitif, seterusnya menyokong misi DEBx Medical untuk mentransformasikan pengurusan luka kronik dan meningkatkan pemulihan pesakit.

Luka kronik menyebabkan beban yang besar pada sistem penjagaan kesihatan di serata dunia, bukan sahaja kerana ia mudah terjadi, tetapi juga kerana kos, komplikasi dan kesan yang berkaitan terhadap kualiti hidup pesakit.

DEBRICHEM® menawarkan penyelesaian tanpa tandingan yang menghapuskan sepenuhnya biofilem dan jangkitan daripada luka kronik, serta dengan pensijilan CE dan ISO yang diterima, syarikat juga telah berjaya merawat ribuan pesakit semenjak ia diperkenalkan kepada pasaran.

Perspektif Pelabur

“Pendanaan daripada TVM Capital Healthcare yang diperbaharui ini akan memacu pengkomersilan DEBRICHEM® di serata dunia dan akan membolehkan DEBx Medical merawat lebih ramai pesakit dan mengurangkan penderitaan yang disebabkan oleh luka yang tidak sembuh”, ujar Tristan de Boysson, Rakan Kongsi Pengurusan TVM Capital Healthcare. “Kami juga komited semula ke strategi TVM Healthcare Afiyah Fund untuk membawakan penyelesaian inovatif ke rantau MENA, terutamanya di Arab Saudi dan tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan hebat ini dalam mencapai objektif tersebut.”

Pelaburan diperbaharui TVM Capital Healthcare akan membolehkan lagi DEBx Medical mengembangkan usaha pengkomersilan mereka.

“Kami teruja untuk mengambil langkah penting ini dalam perjalanan DEBx Medical ke arah pengembangan global”, ujar Bert Quint, CEO DEBx Medical. “Pelaburan kali ini akan membolehkan kami memasuki pasaran utama di serata dunia, yang beban luka kronik kekal ketara. Sokongan pelabur kami merupakan pengesahan kukuh tentang potensi produk kami untuk mentransformasikan amalan penjagaan luka di serata dunia.”

Memacu Inovasi dalam Penjagaan Luka

DEBRICHEM® telah pun meninggalkan kesan yang besar di Eropah dan sebahagian rantau MENA, termasuk KSA, menawarkan profesional penjagaan kesihatan penyelesaian yang berkuasa untuk merawat luka kronik. Produk tersebut telah menunjukkan hasil yang menakjubkan dalam membantu memulakan semula proses penyembuhan pada luka yang dihalang oleh biofilem dan jangkitan.

Coretan Media yang mengiringi pengumuman ini tersedia dengan mengklik pada pautan ini.

Pertumbuhan dan Pembangunan Masa Depan

Tambahan kepada pengembangan capaian global syarikat, DEBx Medical merancang untuk terus memajukan usaha penyelidikan dan pembangunan mereka untuk memperkenalkan penyelesaian baharu dalam penjagaan luka. Fokus syarikat terhadap data klinikal dan ubat berdasarkan bukti akan kekal sebagai daya pemacu, sementara terus meluaskan portfolio produk dan menangani keperluan yang belum dipenuhi dalam rawatan luka kronik.

Perihal DEBx Medical

DEBx Medical berdedikasi dalam mentransformasikan penjagaan luka menerusi penyelesaian yang inovatif dan dipacu secara saintifik. Diasaskan pada 2019, misi syarikat untuk meningkatkan kehidupan pesakit dengan luka kronik dengan menyediakan profesional penjagaan kesihatan dengan alat perintis untuk merawat luka kompleks secara efektif. DEBRICHEM®, produk andalan syarikat, merupakan ejen pengeringan topikal yang menyingkirkan biofilem dan jangkitan, mengakibatkan penyembuhan luka yang lebih cepat dan lebih efisien. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: DEBx Medical - Innovating The Future of Wound Care (debx-medical.com)

Perihal TVM Capital Healthcare

TVM Capital Healthcare ialah firma ekuiti swasta dalam penjagaan kesihatan global khusus dalam pasaran membangun. Berpangkalan di Dubai dan Singapura, dengan pejabat di Riyadh, Boston, Munich dan Ho Chi Minh, firma melabur dalam pengembangan dan pertumbuhan modal dalam syarikat penjagaan kesihatan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan berkualiti dan mampu milik, serta sumber tempatan produk perubatan dalam sektor farma, peranti perubatan dan diagnostik. Rakan kongsi pelaburan dan pengendalian, serta kumpulan kukuh penasihat senior serantau dan antarabangsa, mempunyai rekod yang lama dalam pelaburan penjagaan kesihatan dan pengalaman pengendalian yang mendalam di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: TVMCapitalHealthcare.com 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

DEBx Medical: Chandrita Jaisinghani, press@debx-medical.com, +31 85 0878096

SUMBER: DEBx Medical B.V.

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.