ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 15, 2024 -Jumaat

 
  MEDIDATA BERJAYA MEMPEROLEH KEDUDUKAN SEBAGAI PENERAJU TERTINGGI DALAM PENILAIAN PEAK MATRIX® PRODUK SISTEM PENGURUSAN UJIAN KLINIKAL SAINS HAYAT PERTAMA EVEREST GROUP

Friday 15/11/2024



NEW YORK, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, jenama Dassault Systèmes dan penyedia penyelesaian ujian klinikal kepada industri sains hayat yang terkemuka, telah diiktiraf sebagai peneraju dalam Penilaian PEAK Matrix® Produk Sistem Pengurusan Ujian Klinikal Sains Hayat pertama Everest Group 2024. Laporan tersebut menilai 13 penyedia berdasarkan impak pasaran produk dan keupayaan masing-masing untuk menyampaikan tawaran yang berjaya dan berkualiti tinggi.
 
Rave CTMS Medidata menerajui industri dengan menyediakan output data pesakit masa nyata yang lancar serta mengubah penjejakan pendaftaran dan membolehkan keputusan dipacu data yang lebih pantas. Menawarkan keterlihatan segera untuk pasukan ujian, Rave CTMS memperkemas kerjasama, menghapuskan kemasukan data secara manual dan mempercepat garis masa ujian dengan ketepatan yang luar biasa.

“Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai peneraju tertinggi dalam CTMS oleh Everest Group,” kata Tom Doyle, ketua pegawai teknologi, Medidata. “Penghargaan ini menegaskan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk mengubah penyelidikan dan mengesahkan semula strategi kami untuk menyampaikan pengalaman baharu yang dikuasakan AI, serta membentuk semula cara organisasi mereka bentuk, merancang dan menguruskan ujian menyeluruh dengan impak paling besar.”

Tambah Doyle, "Pada tahun 2025, Medidata akan membenamkan cerapan yang dipacu AI dalam perancangan kajian dan pelaksanaan penyelesaian, membolehkan simulasi reka bentuk ujian, pemudahan proses dan kecekapan yang dipertingkat.”

Medidata ialah satu-satunya penyedia yang dinobatkan sebagai peneraju dalam CTMS, penangkapan data elektronik (EDC) dan penilaian ujian klinikal terpencar (DCT) Everest Group untuk Rave EDC Medidata, Platform Medidata dan ini berfungsi dalam DCT.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami.

Maklumat Tentang Medidata

Medidata memperkasa rawatan lebih bijak dan individu lebih sihat melalui penyelesaian digital untuk menyokong ujian klinikal. Meraikan 25 tahun inovasi teknologi rintisan merentasi lebih daripada 34,000 ujian dan 10 juta pesakit, Medidata menawarkan kepakaran peneraju industri, cerapan dikuasakan dengan analisis dan set data ujian klinikal sejarah peringkat pesakit terbesar di dunia. Lebih daripada 1 juta pengguna berdaftar merentasi kira-kira 2,200 pelanggan mempercayai platform Medidata yang lancar, menyeluruh untuk menambah baik pengalaman pesakit, mempercepat penemuan klinikal dan membawa terapi ke pasaran dengan lebih pantas. Jenama Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), Medidata beribu pejabat di Bandar New York dan telah diiktiraf sebagai Peneraju oleh Everest Group dan IDC. Ketahui lebih lanjut di www.medidata.com dan ikuti kami di @Medidata.

Maklumat Tentang Dassault Systèmes

Dassault Systèmes ialah pemangkin untuk kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya kerjasama kepada perniagaan dan orang ramai untuk membayangkan inovasi mampan. Pelanggan kami boleh mentakrifkan semula proses penciptaan, pengeluaran dan pengurusan kitaran hayat tawaran masing-masing, serta sekali gus memberikan impak yang bermakna untuk menjadikan dunia lebih mampan melalui penciptaan pengalaman maya berkembar dunia nyata bersama platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami. Keindahan Ekonomi Pengalaman ialah, ini merupakan ekonomi berteraskan manusia untuk manfaat semua – pengguna, pesakit dan rakyat. Dassault Systèmes membawa nilai berguna kepada lebih daripada 350,000 pelanggan pelbagai saiz, dalam semua industri, di lebih daripada 150 negara. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi www.3ds.com.

© Dassault Systèmes. Hak cipta terpelihara. 3DEXPERIENCE, ikon Kompas, logo 3DS, IFWE, 3DEXCITE, 3DVIA, BIOVIA, CATIA, CENTRIC PLM, DELMIA, ENOVIA, GEOVIA, MEDIDATA, NETVIBES, OUTSCALE, SIMULIA dan SOLIDWORKS ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, syarikat Eropah (Societas Europaea) yang diperbadankan di bawah undang-undang Perancis dan berdaftar dengan dagangan Versailles dan pendaftaran syarikat di bawah nombor B 322 306 440, atau anak syarikat di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda dagangan lain dimiliki oleh pemilik masing-masing. Penggunaan mana-mana tanda dagangan Dassault Systèmes atau anak syarikatnya adalah tertakluk kepada kelulusan bertulis yang nyata daripada pihak tersebut.

Maklumat Tentang Everest Group

Everest Group ialah firma penyelidikan global terkemuka yang membantu pemimpin perniagaan membuat keputusan dengan yakin. Penilaian PEAK Matrix® Everest Group menyediakan analisis dan cerapan yang diperlukan oleh perusahaan untuk membuat keputusan pemilihan kritikal tentang penyedia perkhidmatan global, lokasi dan produk serta penyelesaian dalam pelbagai segmen pasaran. Begitu juga, penyedia perkhidmatan, pembekal produk dan penyelesaian ini melihat PEAK Matrix® untuk mengukur dan menentukur tawaran masing-masing terhadap yang lain dalam industri atau pasaran. Dapatkan butiran lanjut dan kandungan mendalam di www.everestgrp.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
PR Medidata
Medidata.PR@3ds.com

Perhubungan Penganalisis
Medidata.AR@3ds.com
 
Sumber: Medidata

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.