Platform susur galur dan katalog data Octopai yang terbaik dalam kelasnya untuk memberikan kebolehtemuan, kualiti dan tadbir urus bagi perusahaan untuk meningkatkan proses membuat keputusan yang dipacu oleh data
SANTA CLARA, California, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analitik dan AI, mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan muktamad dengan Octopai B.I. Ltd. (Octopai) untuk memperoleh platform susur galur dan katalog data yang membolehkan organisasi memahami dan mentadbir urus data mereka. Transaksi ini akan menambah keupayaan katalog data dan pengurusan metadata Cloudera secara ketara.
Perusahaan mengalami tekanan meningkat untuk menggabungkan pembuat keputusan yang dipacu olah data ke dalam operasi perniagaan mereka. Mereka ingin memanfaatkan data mereka untuk AI, pembelajaran mesin dan inisiatif analitik ramalan, memerlukan strategi kepintaran data menyeluruh untuk mencari semua data yang relevan, kontekstual dan dipercayai merentas syarikat. Tetapi untuk kebanyakan perusahaan—terutamanya di sektor kewangan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan telekomunikasi yang berdepan dengan data yang diselia dengan ketat, sensitif, panjang dan rumit—mempunyai penguasaan sepenuhnya ke atas keseluruhan estet data masih lagi mencabar kerana ia memerlukan keupayaan ke atas berbilang penyelesaian data merentas persekitaran hibrid.
“Oleh sebab organisasi yang dipacu data mengamalkan reka bentuk data hibrid dan bersebaran, untuk berupaya mengurus metadata secara automatik adalah kritikal dalam memberikan pemerhatian kendiri data yang disepadukan”, ujar Sanjeev Mohan, penganalisis utama di SanjMo. “Strategi metadata disepadukan menjurus kepada cerapan analitik yang pengguna data percayai. Mereka juga memastikan keselamatan, meningkatkan tadbir urus dan memberikan pemerhatian yang konsisten merentas keseluruhan estet data. Meningkatkan pengurusan data, tadbir urus dan keupayaan AI Cloudera dengan susur galur data daripada lebih 50 penyambung sumber data oleh Octopai, yang sedia untuk perusahaan dan berbilang lapisan, serta pengurusan metadata diautomasikan membawa kepada penyelesaian metadata dan kepintaran data yang menyeluruh.”
Diasaskan pada 2016, Octopai mentransformasikan landskap pengurusan metadata dengan menggunakan pemetaan data diautomasikan dan graf pengetahuan untuk mengayakan dan mengaktifkan metadata bagi memberikan cerapan ke dalam landskap data. Usaha ini, ditambahkan dengan pengalaman intuitif dan copilot AI, mempercepatkan penggunaan data berkualiti tinggi untuk keputusan analitik dan AI. Hari ini, pelanggan Octopai di perusahaan terkemuka menjimatkan masa untuk analisis perubahan atau kesan, mengurangkan ralat dan kos dalam pengendalian data mereka dan mematuhi undang-undang yang kian berubah.
Penyelesaian diautomasikan Octopai untuk susur galur data, penemuan data, katalog data, pemetaan dan analisis kesan merentas persekitaran data kompleks melengkapi strategi reka bentuk data moden oleh Cloudera. Dengan pengurusan metadata terbina dalam dan susur galur data berbilang dimensi daripada Octopai, pelanggan Cloudera boleh mendapatkan keterlihatan merentas limpahan penyelesaian data agar mereka boleh melengkapkan AI mereka, analitik ramalan dan alat membuat keputusan lain dengan data yang dipercayai. Pelanggan juga boleh menjangkakan aspek berikut yang dipertingkatkan:
·
Kebolehtemuan Data – Cari data berkaitan dengan cepat dalam set data yang kompleks dan tersebar merentas awan, pada premis dan persekitaran hibrid, serta memahami asal usul data dan kebolehpercayaan data. Keterlihatan jelas ini ke dalam sumber data, sejarah dan transformasi memastikan keputusan adalah berdasarkan data yang tepat dan dipercayai.
·
Kualiti Data – Jejak perjalanan data daripada sumbernya sehingga status semasanya. Dengan Octopai, pelanggan boleh menyelesaikan isu kualiti data yang menjurus kepada data tidak boleh dipercayai, membuat keputusan yang salah dan produk data di bawah standard, seterusnya memastikan data yang dipercayai dan berkualiti dimanfaatkan merentas perusahaan.
·
Tadbir Urus Data – Dengan memetakan dan mengkatalogkan data secara automatik merentas sistem ke hab pengetahuan, dengan cerapan terperinci tentang aliran, transformasi dan proses data, Octopai boleh membantu pelanggan perusahaan mematuhi undang-undang seperti GDPR, CCPA, HIPAA dan banyak lagi.
·
Pembantu Penghijrahan – Gunakan susur galur yang dipacu rakan dan agen genAI
Octomize AI untuk pasukan data bagi pengurangan risiko, mengurangkan ralat dan memastikan data yang dihijrahkan kekal tepat, konsisten dan boleh digunakan apabila dialihkan ke persekitaran baharu.
“Apabila menggunakan data untuk membuat keputusan kritikal dalam perniagaan, perusahaan tidak boleh mempunyai titik buta atau data yang tidak tepat dan mereka tidak boleh membenarkan pengenalpastian data dipercayai untuk melambatkan kemajuan mereka”, ujar Charles Sansbury, CEO Cloudera. “Pelanggan kami perlu menemui data merentas berbilang repositori secara automatik, menunjukkan susur galur mendalam aset dari dalam dan di luar estet Cloudera serta memanfaatkan katalog data yang kukuh bagi mengenal pasti aset data yang boleh digunakan. Pemerolehan platform Octopai meningkatkan platform data, analitik dan AI Cloudera, membolehkan pelanggan mempunyai keterlihatan data mereka yang lebih hebat tanpa mengira penyedia pengurusan data mereka.”
“Cloudera dan Octopai mewakili simbiosis sempurna dengan menggabungkan pengurusan data dan metadata yang berpusat”, komen Yael Ben Arie, CEO Octopai. “Dengan menggabungkan keupayaan metadata Octopai dengan platform data, analitik dan AI menyeluruh Cloudera, kami menangani cabaran kritikal dalam memahami dan mentadbir urus data merentas persekitaran berbilang awan dan pada premis. Pemerolehan ini akan mewujudkan platform susur galur dan katalog data Octopai sebagai standard untuk pengurusan metadata sementara memacu misi Cloudera iaitu menyediakan pelanggan untuk era AI. Kami teruja untuk membawakan susur galur data dan pengurusan metadata bergred perusahaan kepada organisasi pada skala yang tidak pernah wujud sebelum ini.”
Transaksi ini tertakluk kepada syarat penutupan lazim dan Cloudera menjangkakan penutupan transaksi ini akan berlaku sebelum penghujung November 2024. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemerolehan platform Octopai oleh Cloudera,
baca blog Cloudera.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Cloudera boleh mendayakan organisasi anda agar boleh menghasilkan lebih banyak nilai daripada volum data terbesar anda, lawati:
www.cloudera.com/products/cloudera-data-platform.
Perihal ClouderaCloudera adalah satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analitik dan AI. Dengan 100 kali ganda lebih data di bawah pengurusan berbanding vendor awan sahaja yang lain, Cloudera memperkasakan perusahaan global untuk mengubah semua jenis data, pada mana-mana awan awam atau persendirian kepada cerapan yang bernilai dan dipercayai. Open Data Lakehouse kami menyampaikan pengurusan data berskala dan selamat dengan analitik asli awan mudah alih, membolehkan pelanggan membawa model GenAI kepada data mereka sambil mengekalkan privasi dan memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jenama terbesar dunia dalam perkhidmatan kewangan, insurans, media, pembuatan dan kerajaan bergantung pada Cloudera untuk menggunakan data mereka untuk menyelesaikan perkara yang kelihatan mustahil—hari ini dan pada masa hadapan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari
Cloudera.com dan ikuti kami di
LinkedIn dan
X. Cloudera dan tanda berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
Maklumat Perhubungan
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com
SUMBER: Cloudera, Inc.
--BERNAMA