ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 20, 2024 -Rabu

 
  SYARIKAT TOMY AKAN BEKERJASAMA DENGAN FC BARCELONA UNTUK MELANCARKAN 2 VERSI FC BARCELONA BAGI "BEYBLADE X" DI 10 NEGARA DAN WILAYAH ASIA PADA 25 JANUARI, 2025

Monday 18/11/2024

AsiaNet 0200537

TOKYO, 18 Nov., 2024 /Kyodo JBN/ --

Syarikat TOMY, Ltd., yang berpangkalan di Katsushika Ward, Tokyo, akan bekerjasama dengan FC Barcelona, ​​sebuah kelab lagenda berbilang sukan Eropah yang berpangkalan di Catalonia, untuk mengeluarkan dua versi FC Barcelona bagi BEYBLADE X, sebuah baka moden "bei-goma" (gasing tradisional Jepun), di negara dan wilayah Asia pada awal tahun depan.
 
BEYBLADE X "UX-00 STARTER DRANBUSTER 1-60A METAL COAT: BLUE FC BARCELONA Ver." dan BEYBLADE X "UX-00 BEY KICK OFF SET FC BARCELONA Ver." akan dikeluarkan di 10 negara dan wilayah Asia -- Jepun, Korea Selatan, wilayah Taiwan, Hong Kong SAR, Tanah Besar China, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia -- pada Sabtu, 25 Januari, 2025 (Syarikat itu akan melancarkan produk tersebut di Jepun terlebih dahulu dan kemudian secara berperingkat-peringkat melancarkannya ke sembilan negara dan wilayah Asia yang lain).

Sebelum ia dikeluarkan, satu bilangan unit terhad bagi kedua-dua produk ini akan dijual pada "Kejohanan Asia 2024" (*), satu acara yang akan diadakan di Fountain Plaza (tingkat bawah tanah alpa B1) di kompleks komersial Sunshine City di daerah Ikebukuro Tokyo pada Ahad, 1 Disember, 2024, untuk menentukan Blader terbaik. (Kedua-dua produk itu akan dijual hanya pada hari tersebut di kedai Toys"R"Us and Babies"R"Us di Ikebukuro Sunshine City.)
 
Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI3fl_3p86CXzm.png

 
Foto 1: BEYBLADE X "UX-00 STARTER DRANBUSTER 1-60A METAL COAT: BLUE FC BARCELONA Ver."
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI1fl_TmjX962w.jpg

 
Foto 2: BEYBLADE X "UX-00 BEY KICK OFF SET FC BARCELONA Ver."
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI2fl_Stbe305K.jpg


Tahun ini menandakan ulang tahun ke-125 FC Barcelona, ​​yang diasaskan pada tahun 1899, dan ulang tahun ke-25 BEYBLADE, yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1999. Kedua-duanya amat disukai di seluruh dunia merentasi budaya, bahasa dan sempadan negara. Dengan menggemakan nilai bersama BEYBLADE dan FC Barcelona, ​​yang memberikan banyak keterujaan dan keseronokan, kerjasama di antara kedua-duanya telah direalisasikan pada tahun ulang tahun ini. Melalui kerjasama ini, produk ini akan membolehkan pengguna mereka untuk merasakan "BEYBLADE X" dengan lebih baik, yang telah berkembang menjadi sebuah "Sukan Gear" yang memikat bukan sahaja kepada pemain tetapi juga penonton.

Josep Maria Meseguer, Pengurus Besar bagi Barca Licensing and Merchandising (BLM), FC Barcelona berkata, "Serupa dengan TOMY, satu daripada syarikat mainan terbesar di dunia, FC Barcelona berusaha untuk berhubung lebih dekat dengan peminat kami di seluruh dunia melalui kerjasama dan perkongsian berinovatif dengan jenama yang berfikiran sama, sama ada melalui barang mainan, muzik, makanan dan minuman atau teknologi, dsb. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran BEYBLADES bersama TOMY yang merupakan satu peristiwa penting bagi kami bagi mengembangkan pengaruh kami di Jepun dan pasaran Asia-Pasifik, dan kami mengharapkan lebih banyak kerjasama menarik seperti ini di masa hadapan."
 
Tambahan pula, "pengalaman rasmi BEYBLADE X," yang tersedia di "Roblox," sebuah platform metasemesta yang terkenal di seluruh dunia, telah dinaik taraf kepada "BEYBLADE CITY on Roblox," satu permainan pertempuran dalam talian, pada Oktober 2024. Ia telah mencapai lebih daripada 7.43 juta kunjungan - di seluruh dunia, dengan pengguna dari luar Jepun membentuk kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan, setakat Oktober 2024.
 
Gambaran keseluruhan bagi produk itu

- BEYBLADE X "UX-00 STARTER DRANBUSTER 1-60A METAL COAT: BLUE FC BARCELONA Ver."

Produk ini adalah pek pemula yang dibungkus bersama-sama dengan sebuah "pelancar penggulung" BEYBLADE.
 
Imej pakej 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI4fl_E02gnnA2.jpg

 
- BEYBLADE X "UX-00 BEY KICK OFF SET FC BARCELONA Ver."
 
Terdiri daripada BEYBLADE, sebuah pelancar penggulung dan sebuah stadium, produk ini membolehkan pengguna untuk mula bermain BEYBLADE dengan serta merta.
 
Imej pakej 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI5fl_6c0Vzs1p.jpg

 
Bagaimana BEYBLADES bertempur:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI6fl_3oI7992q.jpg

 
Tarikh keluaran: Sabtu, 25 Januari, 2025
Julat umur sasaran: Umur 6 tahun dan ke atas
Notis hak cipta:
(C) FC BARCELONA
(C) Homura Kawamoto, Hikaru Muno, Posuka Demizu, BBXProject, TV TOKYO
(C) TOMY
 
(*) Maklumat mengenai Kejohanan Asia 2024
Kejohanan Asia itu, sebuah kejohanan di mana pemenang pertandingan yang diadakan di 10 negara dan wilayah Asia bersaing untuk kedudukan Blader teratas, akan diadakan pada Ahad, 1 Disember, 2024, sebagai sebuah tempat pertukaran antarabangsa di antara Blader.
 
Imej kejohanan:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI7fl_vc4iNTMh.png

 
Kejohanan itu akan juga disiarkan secara langsung di saluran YouTube rasmi BEYBLADE X, "BEYTUBE" ( https://www.youtube.com/@BEYBLADEOfficialYouTube ).
 
Untuk butiran lanjut, sila layari halaman "Kejohanan & Acara" di laman web rasmi TOMY Co.:
https://beyblade.takaratomy.co.jp/beyblade-x/event/g2_asia2024.html
 
Maklumat mengenai "BEYBLADE"

Gasing pertarungan "BEYBLADE", yang diperkenalkan pada tahun 1999, adalah satu versi moden bagi gasing pertarungan tradisional Jepun yang dikenali sebagai "bei-goma." Lebih 520 juta unit telah dikirimkan secara kumulatif di lebih 80 negara dan wilayah di seluruh dunia (sehingga April 2023). Setiap siri telah mencipta satu kegilaan di banyak negara di seluruh dunia termasuk Jepun. Generasi keempat, BEYBLADE X bermula pada Julai 2023 di Jepun.
 
Laman Rasmi BEYBLADE X:
https://beyblade.takaratomy.co.jp/ (Jepun)
https://www.takaratomyasia.com/beybladex/index (Asia)
 
Laman web rasmi Syarikat: https://www.takaratomy.co.jp/english/
 
Sumber: Syarikat TOMY, Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.