ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 20, 2024 -Rabu

 
  KEMPEN YEAR END ZAKAT SERU MASYARAKAT ISLAM TUNAI ZAKAT AWAL SEBELUM 31 DISEMBER 2024

Tuesday 19/11/2024



Table

Kempen Year End Zakat seru masyarakat Islam tunai zakat segera sebelum 31 Disember 2024 bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Kempen Year End Zakat 2024 (YEZ) bagi menyeru dan menggalakkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan agar segera tunaikan zakat sebelum atau pada 31 Disember 2024.
 
Kempen tahunan PPZ-MAIWP yang lebih dikenali sebagai Kempen YEZ ini bermula pada 15 November 2024 hingga 31 Disember 2024 dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan saluran bayaran bagi memudahkan orang ramai menunaikan ibadah zakat di samping pembayar boleh menikmati 100% rebat cukai pendapatan bagi taksiran tahun 2024.
 
Bertemakan “Bahagia Memberi”, kempen YEZ pada tahun ini ingin mendidik masyarakat untuk saling memberi dan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan melalui ibadah zakat di samping yakin dan percaya bahawa Allah menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada mereka yang mengeluarkan harta ke jalan-Nya.
 
Pelbagai pengisian menarik disediakan khas bagi kempen ini seperti :
 
i. Karnival Year End Zakat x Pasar Saloma
Karnival ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 28 November 2024 hingga 1 Disember 2024 dengan pelbagai pengisian menarik dan lebih 100 gerai jualan menanti anda. Orang ramai dijemput hadir bagi meriahkan Karnival Year End Zakat pada tahun ini.
 
ii. Hari Bersama Pembayar
Jamuan dan cenderamata istimewa pada setiap hari Jumaat dan 9 hari terakhir bulan Disember.
                    
iii. Berkat Niaga
Perkhidmatan pengiraan zakat ke premis-premis perniagaan sepanjang kempen.
 
iv. Year End Zakat Tour
Ikuti Kaunter Zakat & Wakaf Bergerak kami di kawasan sekitar Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan perkhidmatan kiraan dan bayaran zakat sama seperti di kaunter.
  
v. RM5 Rewards
Ganjaran RM5 khas kepada pembayar di aplikasi Touch ‘n Go.
 
vi. Live & Aktiviti Menarik
Ikuti media sosial PPZ-MAIWP untuk pengisian dan aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang kempen.
Tiktok / Facebook / Instagram: Pusat Pungutan Zakat & Wakaf PPZ
 
PPZ-MAIWP turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan saluran bayaran untuk memudahkan urusan pembayaran zakat sepanjang kempen seperti :
 
i. Kaunter PPZ-MAIWP
10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi setiap hari sepanjang Disember termasuk cuti umum.
Waktu Operasi Kaunter : 8.00 pagi – 4.45 petang
Setiap Jumaat & 23 – 31 Disember 2024 : 8.00 pagi – 9.00 malam
 
ii. Portal www.zakat.com.my (kira, bayar, semak)
 
iii. Aplikasi MyZakat (Memudahkan dan lebih interaktif)
Muat turun secara percuma di Google Play dan Apps Store.
 
iv. Amil To You (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital - Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal & tidak ada masa ke kaunter. Tempahan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my
 
v. Ejen-ejen Kutipan Zakat - Perbankan Internet, Kaunter Bank, Pos, E-Wallet, Firma-firma & Lain-lain
 
vi. Zakat Just One Call Away – Bayaran zakat juga boleh dilakukan melalui panggilan telefon. Hubungi talian zakat kami di 1 300 88 5757.
 
Lebih istimewa, pembayar yang membuat bayaran zakat sepanjang kempen ini berpeluang memenangi lebih 1,500 hadiah menarik yang seperti Pakej Umrah, Baucar Percutian, Motor Skuter Elektrik dan banyak lagi. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan serta tertakluk kepada terma dan syarat.
 
PPZ-MAIWP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MC+ kerana menjadi penaja utama bagi Kempen YEZ dan karnival pada tahun ini.  Turut menjadi penaja Kempen YEZ tahun ini ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Affin Bank Berhad, Kedai Emas Merchant9, dan Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd.
 
Di kesempatan ini, PPZ-MAIWP ingin mengajak orang ramai agar segera tunaikan zakat tanpa menunggu saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan terlepas peluang untuk mendapat rebat cukai pendapatan.
 
Sebarang maklumat mengenai aktiviti kempen boleh mengikuti perkembangan di media sosial PPZ-MAIWP dan layari www.zakat.com.my/yez2024
 
Latar Belakang PPZ-MAIWP
 
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut mengenai zakat dab wakaf, sila layari www.zakat.com.my dan www.wakafppz.com.my.
 
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: NORAZLINA MOHD NORDIN
Pengurus Komunikasi Korporat
PPZ-MAIWP
Tel: 019 728 3839 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.