Boomi Mengumumkan Pemenang 2024 APJ Partner Award (Grafik: Business Wire)SYDNEY, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju penyepaduan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan pemenang 2024 Asia Pacific and Japan Award (APJ), yang diiktiraf di
Sidang Kemuncak 2024 APJ Boomi Partner yang diadakan di Sydney, Australia. Anugerah tahun ini memperakui
Atturra (ASX:ATA),
LTIMindtree (NSE: LTIM, BSE: 540005), dan
Adaptiv sebagai rakan kongsi yang amat dihargai dan berfikiran ke hadapan yang berjaya memanfaatkan perhubungan Boomi mereka untuk mempercepatkan hasil perniagaan untuk pelanggan.
Pemenang di pilih berdasarkan cara mereka telah menggunakan keupayaan
Platform Boomi Enterprise sepenuhnya untuk mendayakan kreativiti dan inovasi, menangani cabaran yang rumit, dan mewujudkan impak persekitaran dan sosial yang positif untuk pelanggan mereka.
"Rakan kongsi kami di seluruh rantau ini meningkatkan keupayaan Boomi ke tahap yang lebih tinggi," kata Jim Fisher, Naib Presiden Alliances and Channels, APJ di Boomi. "Dengan pengalaman mereka yang mendalam, mereka mewujudkan persekitaran adta yang bersepadu dan lebih selamat yang bukan sahaja menguasakan automasi tetapi juga membolehkan pembuatan keputusan berasaskan data dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Komitmen pada tahap ini penting untuk kejayaan setiap projek transformasi digital, sama ada besar atau kecil. Rakan kongsi kami yang dihargai terus bergerak di hadapan, menunjukkan dedikasi yang teguh terhadap usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih terhubung dan memupuk kolaborasi yang lebih besar merentasi industri teknologi.”
“Anugerah ini memberikan peluang untuk Boomi memberi penghargaan kepada rakan kongsi kami yang dihormati dan meraikan usaha mereka yang luar biasa dalam meningkatkan jenama kami dan memenuhi janji Boomi dan kami tidak sabar untuk meneruskan momentum kejayaan ini dengan mereka — dan semua calon — ke tahun hadapan yang mengujakan.”
Pemenang 2024 APJ mengikut kategori termasuk:
Boomi menawarkan penyelesaian penyepaduan dan automasi hujung-ke-hujung pintar yang membolehkan organisasi moden dan digital mempercepatkan pencapaian hasil perniagaan. Syarikat ini memberi perkhidmatan kepada lebih 20,000 pelanggan, mempunyai
communiti pengguna dengan keahlian lebihi daripada lebih 250,000 orang, dan rangkaian seluruh dunia kira-kira 800 rakan kongsi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program rakan kongsi Boomi, atau untuk mencari rakan kongsi daripada ekosistem global Boomi, lawati
Boomi.com/partners.
Ikuti Boomi di
X (Twitter),
LinkedIn,
Facebook, dan
YouTubeMaklumat Tentang BoomiBoomi, peneraju penyepaduan dan automasi pintar, membantu organisasi di seluruh dunia mengautomasi dan memperkemaskan proses kritikal untuk mencapai hasil perniagaan dengan lebih cepat. Memanfaatkan keupayaan AI yang canggih, Platform Boomi Enterprise menghubungkan sistem dengan lancar dan menguruskan aliran data dengan pengurusan API, penyepaduan, pengurusan data dan orkestrasi AI dalam satu penyelesaian menyeluruh. Dengan pangkalan pelanggan yang melebihi 20,000 syarikat di seluruh dunia dan mengembangkan rangkaian 800+ rakan kongsi dengan pantas, Boomi merevolusikan cara syarikat perusahaan dalam apa jua saiz mencapai ketangkasan dan kecemerlangan operasi perniagaan. Ketahui lebih lanjut di
boomi.com.
© 2024 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, dan Boomiverse adalah tanda dagangan Boomi, LP atau syarikat subsidiari atau sekutunya. Semua hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemiliknya masing-masing.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54152732/enButiran HubunganMedia:Jasmine Ee
Ketua Hubungan Pempengaruh, APJ
jasmine.ee@boomi.comSumber: Boomi
--BERNAMA