|
|
|
|
|
|
INSTITUT INOVASI TEKNOLOGI ABU DHABI MERASMIKAN SIDANG KEMUNCAK AI SUMBER TERBUKA DENGAN PERBINCANGAN KRITIKAL MENGENAI MASA DEPAN AI
Wednesday 27/11/2024
Institut Inovasi Teknologi Abu Dhabi Merasmikan Sidang Kemuncak AI Sumber Terbuka dengan Perbincangan Kritikal mengenai Masa Depan AI (Foto: AETOSWire)
300+ pakar AI antarabangsa dari gergasi teknologi termasuk Meta dan Google DeepMind meneroka topik seperti pertimbangan etika dalam pemilikan AI, inovasi dalam pengkomputeran AI mampan dan kuasa komput
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sidang Kemuncak AI Sumber Terbuka Abu Dhabi, yang dianjurkan oleh Institut Inovasi Teknologi (TII), pusat penyelidikan sains gunaan global, telah dimulakan dengan perbualan kritikal yang akan membentuk agenda AI global. Sidang kemuncak itu, yang berlangsung di Pulau St. Regis Saadiyat pada hari ini dan esok dengan kehadiran 300+ peserta, bertumpu dengan tumpuan antarabangsa yang semakin meningkat mengenai daya tarikan dan tolakan antara AI sumber terbuka dan tertutup.
“Terdapat dua pilihan kritikal apabila merujuk kepada AI,” kata Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan dan Penasihat kepada Presiden UAE. “Anda boleh memanfaatkan model AI sumber tertutup yang dimiliki oleh syarikat. Syarikat mengawalnya, termasuk data yang anda berikan. Inovasi bermula dan berakhir dengan syarikat juga.
“Sebagai alternatif, anda boleh memanfaatkan model sumber terbuka yang berkembang dalam komuniti. Kita membuat inovasi bersama-sama, serta sesiapa dan di mana-mana sahaja, anda boleh mengakses dan membina dengan menggunakan model tersebut. Jika AI akan menjadi sebahagian daripada struktur asas masyarakat kita—dan AI akan—negara, syarikat dan individu perlu membuat keputusan mengenai individu yang bertanggungjawab mengawal model tersebut. Pembukaan model Falcon AI ialah sumbangan TII kepada dunia.”
Dr. Najwa Aaraj, Ketua Pegawai Eksekutif TII, yang membuka sidang kemuncak itu, berkata, “Sidang Kemuncak AI Sumber Terbuka Abu Dhabi ialah detik penentu bagi wacana AI global. Falcon, seperti model sumber terbuka yang lain, menyatukan saintis, pembangun dan inovator untuk mempercepat kemajuan teknologi sebagai pemangkin bagi perubahan global. Kami berharap dapat melihat impak yang akan terus diberikan, terutamanya semasa kami meneruskan usaha kami bersama Yayasan Falcon.”
Agenda sidang kemuncak itu diteruskan dengan perbincangan daripada penceramah terkenal, termasuk Dr. Belgacem Haba, Naib Presiden Adeia Corporation di Amerika Syarikat, yang bercakap tentang cabaran yang telah dicipta oleh AI dalam industri pembuatan semikonduktor.
Prof. Philip Torr, Profesor dan Ketua Penasihat Saintifik di Universiti Oxford di United Kingdom, bercakap tentang individu yang perlu memiliki AI, menyentuh mengenai potensi kelemahan serta peraturan dan berhujah bahawa dalam jangka panjang, manfaat AI sumber terbuka melebihi risiko yang wujud.
Dr. Hakim Hacid, Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan AI TII, berkata, “Kami percaya AI sumber terbuka ialah tindakan terbaik untuk mencapai hasil yang diinginkan, tetapi ini bukan semudah yang dijangkakan—terdapat cabaran dan persoalan tentang kawalan, dasar, kuasa komput dan perkakasan yang perlu kita atasi. Disebabkan perkara tersebut, maka kami memanggil begitu ramai pakar global pada sidang kemuncak ini dan akan terus melakukan aktiviti ini pada tahun-tahun yang akan datang dengan kerjasama Yayasan Falcon. Perbualan ini amat penting.”
Penceramah lain selepas itu termasuk Dr. Natalia Vassilieva, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Lapangan Cerebras Systems di Amerika Syarikat, Dr. June Paik, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FuriosaAI di Amerika Syarikat, Dr. Armand Joulin, Pengarah Penyelidikan di Google DeepMind di Perancis dan Dr. Michal Valko, Jurutera Utama Llama di Meta Paris di Perancis. Mereka akan bercakap tentang tahap keterbukaan AI, pengkomputeran AI mampan, mencipta LLM yang lebih kompak, memanfaatkan model asas untuk algoritma yang boleh dipercayai dan banyak lagi.
Dr. Jingwei Zuo TII akan bercakap tentang Falcon Mamba, Model Bahasa Angkasa Negeri yang pertama, dibina menggunakan seni bina baharu sepenuhnya dan dilancarkan pada awal tahun ini.
Sidang kemuncak ini akan diakhiri dengan panel yang diketuai oleh TII mengenai visi institut tersebut untuk AI sumber terbuka.
Siri Falcon AI LLM TII telah memperoleh pengiktirafan global. Siri ini bermula dengan pelancaran Falcon 40B, LLM sumber terbuka pertama UAE, pada bulan Mei 2023. Sejak itu, model Falcon berikutnya secara tekal disenaraikan antara model AI sumber terbuka terbaik di seluruh dunia, seperti yang disahkan oleh carta kedudukan industri bebas, Hugging Face. Model baharu Falcon dijangka akan dilancarkan menjelang akhir tahun 2024.
*Sumber: AETOSWire
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54158361/en
Individu untuk Dihubungi
Victoria Meven victoria.meven@edelman.com Sumber: Institut Inovasi Teknologi
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|