ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
  TEATER 'SALINA' ADAPTASI NOVEL KARYA AGUNG SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID DIPENTASKAN DI KOTA KINABALU

Thursday 28/11/2024



 Table
Poster Karya Agung : Teater Salina Adaptasi Novel Karya Agung Sasterawan Negara A. Samad Said 



KOTA KINABALU, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dan Stage Production (STAGE.PRO) akan mempersembahkan Teater Salina, sebuah adaptasi novel karya agung Sasterawan Negara A. Samad Said yang diadakan di Auditorium, Kompleks JKKN Sabah, Kota Kinabalu pada 29 dan 30 November 2024 (Jumaat dan Sabtu) jam 8.00 malam.
 
Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat negeri dan juga negara selain bertujuan menyemarakkan dan mengangkat karya seni, sastera, teater warisan, dan karya agung tempatan. Hasil kerjasama antara JKKN Sabah dan Stage Production merupakan satu usaha untuk terus menyemarak dan mengembangkan seni teater dalam kalangan generasi muda di Sabah.
 
Salina adalah karya yang mengangkat tema kemanusiaan, ketabahan, dan pengorbanan dalam suasana pasca-perang di Malaysia pada era 1940-an. Ia menyoroti kehidupan rakyat biasa yang berjuang untuk kelangsungan hidup dalam situasi yang penuh ketidakpastian dan kesulitan. Sebagai salah satu karya sastera terbaik A. Samad Said, Salina telah mengukir sejarah dalam dunia penulisan dan sastera Malaysia, dan kini akan dibawa ke pentas dengan sentuhan produksi yang penuh berkesan. Pementasan teater ini diolah dan diarahkan oleh Shah Zainal membariskan seramai 60 pelakon dan tenaga produksi tempatan yang berbakat dengan arahan seni yang penuh kreativiti bagi memastikan naskhah hebat ini dihidupkan di atas pentas. Selaku Pengarah Shah Zainal juga berjanji untuk memberikan pengalaman yang tidak hanya memukau dari segi persembahan, tetapi juga mendalam dari aspek emosi dan intelektual.
 
“Pementasan ini bukan sahaja bertujuan mengangkat karya agung ke platform teater, tetapi juga sebagai usaha memupuk minat terhadap karya Sasterawan Negara. Teater ini adalah penghormatan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said dan sumbangannya kepada dunia sastera. Kami mahu penonton tidak hanya menikmati persembahan ini tetapi juga menghargai nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam kisah Salina. Pementasan ini juga telah menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat, termasuk pelajar, pencinta seni, dan penggemar karya sastera klasik.” menurut Jasmi Rasit, Pengarah JKKN Sabah yang juga selaku Pengarah Artistik dalam kenyataannya.
 
Orang ramai dijemput hadir menyaksikan Teater Salina pada 29 dan 30 November 2024. Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN Sabah atau melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Tel: 03-2614 8200 Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my E-mel: ukk@jkkn.gov.my

Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook, Instagram, Twitter & YouTube, Tik Tok: JKKN Sabah

SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Persatuan Solidariti Seni Budaya Warisan


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Jumran bin Tambong
Penolong Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah
Tel: 088-205070 / 0193624286
E-mel: jumran@jkkn.gov.my
 
Nama: Cik Nurshahrinna binti Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah
Tel: 088-205070 / 013-6996361
E-mel: nursharinna@jkkn.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.