|
|
Disember 03, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
PERMAINAN MMO BATTLE ROYALE 'DUSTY DERBY' MELANCARKAN: MARI KITA SELAMI PERANG DEBU YANG MENAWAN HATI
Friday 29/11/2024
• Menjadi “Raja Debu” dalam Dusty Derby, permainan Berbilang Pemain Dalam Talian Secara Besar-besaran yang baharu dilancarkan.
• Permainan kasual yang menampilkan watak menawan dan kawalan intuitif, boleh diakses oleh semua pemain tanpa mengambil kira jantina dan umur dengan cara yang mesra keluarga.
• Seramai sehingga 32 pemain bersaing untuk merebut gelaran "Raja Debu."
SEOUL, Korea Selatan, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GENIESOFT Inc., pembangun platform kandungan video Korea Selatan, telah melancarkan versi Akses Awal 'Dusty Derby' secara rasmi dalam Steam. Permainan battle royale (pertempuran beramai-ramai) Berbilang Pemain Dalam Talian Secara Besar-besaran (MMO) ini menjemput pemain untuk bersaing sebagai watak debu yang menawan hati bagi gelaran “Raja Debu.”
Dalam permainan, pemain mengemudi isi rumah aneh, menyempurnakan misi dan bertempur dengan pemain lain untuk muncul sebagai pemenang. Bersama kawalan intuitif dan gaya seni yang menawan, 'Dusty Derby' menawarkan pengalaman kasual dan mudah diakses untuk pemain daripada semua peringkat umur dan tahap kemahiran.
Pertempuran Seramai Sehingga 32 Pemain
‘Dusty Derby' menawarkan pengalaman battle royale (pertempuran beramai-ramai) kasual untuk seramai sehingga 32 pemain dalam satu lobi. Sama ada bermain solo atau berganding bahu dengan rakan dalam parti, pemain boleh meneroka tahap imaginatif dan kreatif yang diinspirasikan oleh ruang isi rumah yang biasa. Apabila mereka menyempurnakan misi dan mengalahkan pihak lawan, mereka menjadi pemenang untuk menuntut kemenangan.
Pelbagai Tahap
Versi Akses Awal mengandungi tiga tahap dalam setiap tiga tetapan utama—ruang tamu, bilik mandi dan dapur—menyediakan sejumlah sembilan tahap unik. Reka bentuk tahap kreatif dan seni membantu menjadikan ruang biasa kepada arena battle royale (pertempuran beramai-ramai). Dan kemas kini musim depan akan memperkenalkan tetapan bertema tambahan, seperti pejabat, restoran dan sekolah.
Permainan Strategik
Satu daripada ciri 'Dusty Derby' ialah kawalan intuitif permainan itu, yang membolehkan pemain daripada semua peringkat umur dan jantina menyelami permainan dengan pantas. Hanya dengan melancarkan watak debu mereka merentasi tahap permainan, pemain boleh menggunakan pelbagai gerakan strategik, seperti memecut laju, menyerang pihak lawan untuk menumbangkan mereka dan membaling objek. Kawalan mudah bukan sahaja membolehkan pemain daripada semua jenis dan gaya dapat melompat dengan mudah dalam permainan dan mendapat peluang menjadi 'Raja Debu', tetapi ciri ini juga menambahkan aspek strategik yang canggih kepada permainan.
Penyesuaian Watak
Menambahkan kepada keseronokan, GENIESOFT telah memperkenalkan tahap misi khusus, seperti mengelakkan pembersih vakum atau menyahaktifkan kipas, yang meningkatkan rasa ketegangan dengan menambahkan lapisan baharu mekanisme permainan. Elemen ini, bersama dengan fakta yang permainan ini menyokong sehingga 32 pemain dalam satu perlawanan, menjadikan 'Dusty Derby' pilihan yang amat baik untuk e-sukan mesra keluarga, menarik kepada pemain daripada semua generasi, termasuk rakan dan keluarga.
Keseronokan Mesra Keluarga
Watak permainan yang menarik ialah satu lagi tarikan utama. Pemain boleh memperibadikan watak debu mereka mengikut keinginan masing-masing dengan memilih warna, bahan, ekspresi muka, aksesori dan pakaian. Pelbagai kostum yang menarik perhatian—mulai daripada pakaian lebah dan pakaian angkasa kepada perisai gladiator dan pakaian badut—tersedia apabila pemain mencapai tahap seterusnya, oleh itu sentiasa ada kosmetik baharu yang boleh dicuba oleh pemain untuk watak mereka. GENIESOFT merancang untuk mengembangkan lagi pilihan penyesuaian, meningkatkan pengalaman pemain dengan ciri sosial seperti kedai dalam permainan dan senarai rakan.
‘Dusty Derby' sudah mendapat perhatian ramai. Sejak permainan ini mula diperkenalkan di pameran permainan utama di seluruh Asia termasuk G-STAR 2024, ramai individu telah menunjukkan jangkaan yang besar hasil daripada kebolehgerakan mudah dan permainan menarik. Pada 24 November, 'Kejohanan Dusty Derby' berakhir dengan kejayaan besar, menampilkan 32 pencipta kandungan permainan video maya yang terkemuka dari Indonesia. Ini meningkatkan lagi jangkaan untuk kejayaan permainan ini menjadi popular pada peringkat global.
Maklumat lanjut boleh didapati di Dusty Derby dalam Steam
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54158787/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
GENIESOFT Inc. Dohyeon Kim +82 507-1301-7163 genie@geniesoft.io Sumber: GENIESOFT Inc.
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|