ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 05, 2024 -Khamis

 
  'SEDA YEEPE STUDIO' PENDEDAHAN INTERAKTIF TENAGA LESTARI MELALUI AKTIVITI DAN PERMAINAN SANTAI

Tuesday 03/12/2024



Table

Sesi pelancaran Studio SEDA YEEPE di Petrosains KLCC


KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sebagai usaha memperkasakan program penggalakan dan promosi Tenaga Lestari, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah memperkenalkan Program Young Energy Explorer (YEEPE) pada tahun 2023 dan kini merasmikan SEDA YEEPE Studio di Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Perasmian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

SEDA YEEPE Studio adalah studio interaktif berkenaan Tenaga Lestari di Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC bagi memberi pendedahan mengenai SEDA Malaysia dan program Tenaga Lestari melalui aktiviti dan permainan yang santai dan menarik. SEDA YEEPE Studio telah dibuka sejak bulan Mac 2024 dan sehingga kini telah menerima seramai 45,082 pengunjung. 

Dengan kolaborasi bersama Petrosains, penubuhan studio ini merupakan pendekatan interaktif dan menyeluruh dalam memastikan mesej Tenaga Lestari disampaikan kepada lebih ramai golongan masyarakat. 

Melalui pameran dan aktiviti menarik di studio ini, pengunjung khususnya golongan muda berpeluang untuk meningkatkan kreativiti dan pemahaman mereka tentang kepentingan, impak dan cabaran yang dihadapi dalam membangunkan sektor tenaga negara yang mapan.

Program YEEPE terbahagi kepada empat (4) aktiviti utama yang dirangka bagi membantu pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dengan memberikan fokus kepada elemen Tenaga Lestari iaitu:

(i) YEEPE Roadshow dengan penyertaan 160 pelajar dari empat (4) buah sekolah terpilih yang melibatkan sesi taklimat dan aktiviti interaktif mengenai tenaga lestari di Pusat Satelit Petrosains PlaySmart di seluruh Malaysia;

(ii) Petrosains RBTX Challenge 2023 iaitu program peringkat kebangsaan dengan kolaborasi bersama Petrosains dengan penyertaan 3,010 pelajar dari pelbagai negara untuk bertanding dalam subjek STEM dan inovasi bertemakan Tenaga Lestari;

(iii) Sustainability Visit Experience dan Renewable Energy Video Competition yang melibatkan lawatan seramai 210 pelajar-pelajar dari enam (6) buah sekolah terpilih ke loji janakuasa Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi memberikan pendedahan secara terus dan input bagi menghasilkan video pertandingan yang berinovatif;dan

(iv) SEDA YEEPE Studio iaitu studio interaktif berkenaan Tenaga Lestari di Petrosains bagi memberi pendedahan mengenai SEDA Malaysia dan program Tenaga Lestari melalui aktiviti dan permainan yang santai dan menarik.
 
Program YEEPE ini merupakan salah satu inisiatif Malaysia Energy Literacy Programme (MELP) yang dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepekaan rakyat terhadap industri bekalan elektrik. MELP turut memberikan pendedahan berkaitan Tenaga Boleh Baharu (TBB), amalan cekap tenaga dalam kehidupan seharian, pilihan mobiliti hijau, mekanisme tarif dan pengebilan, serta krisis tenaga global.
 
SEDA Malaysia telah ditubuhkan pada September 2011 bagi memacu pembangunan Tenaga Lestari negara, khususnya dalam melaksanakan program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT) bagi menjana tenaga elektrik dari sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga solar, tenaga biojisim, tenaga biogas dan hidrokuasa kecil.

SEDA Malaysia juga turut diberikan tanggungjawab dalam menjalankan program kecekapan tenaga seperti program e-rebat SAVE dan Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG), di samping melaksanakan program promosi dan penggalakan kepada orang awam bagi memberikan kefahaman dan penghayatan mengenai tenaga lestari.

Sumber: Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Roslan Ali@Hassan
Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik
Tel: 012-377 6983
E-mel: sc@seda.gov.my / roslan@seda.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.