70 Item Menu Istimewa Expo Diumumkan
Penutup Sushi Anti Bakteria dengan Reka Bentuk khusus Ekspo Juga TersediaOSAKA, Japan, 13 Dec (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kura Sushi Inc. (Ibu Pejabat: Sakai City, Osaka Prefecture), salah satu rantaian sushi tali sawat paling popular di dunia, mengumumkan pada 12 Disember bahawa ia akan menawarkan 70 item menu baharu di restorannya yang akan dibuka di “Ekspo Osaka-Kansai,” yang akan dibuka pada 13 April tahun hadapan di Ymes, Osaka, menampilkan hidangan yang mewakili 70 negara dan rantau yang dijadualkan akan mengambil bahagian dalam Ekspo tersebut.
Syarikat ini merupakan satu-satunya rantaian sushi berpusing di Jepun yang akan menghidangkan sushi di atas tali sawat di semua restorannya. Di konsep “Tali Sawat Berpusing Menyatukan Dunia,” syarikat ini akan membuka restoran di Ekspo Osaka-Kansai dengan 338 tempat duduk, paling banyak dalam sejarah syarikat, dan tali sawat berpusing sepanjang kira-kira 135 meter, paling panjang dalam sejarah syarikat.
Dengan hasrat untuk mengukir senyuman pada wajah pelawat dari seluruh dunia dan memberikan mereka pengalaman makan yang menyeronokkan, “Projek Tangan・Tangan,” projek yang akan menawarkan 70 menu Expo yang mewakili setiap negara dan rantau yang dijadualkan akan mengambil bahagian dalam Ekspo tersebut, akan dilancarkan. Menu ini telah dibangunkan oleh pasukan pembangunan produk syarikat. Pasukan pembangunan produk syarikat telah mengusahakan item menu ini dengan tumpuan pada menghasilkan semula rasa asli negara dan rantau tersebut. Dua puluh empat item telah dicipta semula setelah dirasa dan dinasihatkan oleh duta dan orang lain daripada negara-negara ini dengan kerjasama setiap kedutaan.
Selain itu, penutup sushi anti bakteria “Mr. Freshness,” yang digunakan untuk menu istimewa ini, telah direka khas dengan bahagian penyambung yang kelihatan sebagai tangan merah dan biru bersalaman, warna khas Ekspo. Dengan menghidangkan menu istimewa sebelah menyebelah dengan menu sushi popular syarikat, sushi dan hidangan dari negara dan rantau yang berbeza dibawa secara serentak di hadapan pelanggan. Sambil menikmati makanan mereka, tetau akan dapat menikmati pengalaman seolah-olah mereka sedang melawat pavilion yang meneroka budaya kulinari negara di seluruh dunia.
Untuk membantu membina momentum untuk Ekspo, menu Ekspo istimewa akan ditawarkan lebih awal di kira-kira 550 restoran di seluruh negara, mulai 7 Februari 2025 (Jumaat). Setiap kedai akan menawarkan satu item daripada menu yang mengandungi 70 item yang berbeza, seolah-oleh setiap kedai merupakan “pavilion mini” yang membolehkan pelawat menikmati perisa negara masing-masing. Memandangkan setiap kedai kawasan kejiranan akan menawarkan item menu yang berbeza daripada negara dan rantau yang berbeza, pelanggan akan dapat menikmati menu di restoran Kura Sushi di tempat mereka, atau mereka boleh menikmati kesemua 70 item pada menu istimewa Ekspo dengan mengunjungi restoran Kura Sushi yang berbeza di Jepun.
Kaitenzushi (Restoran Sushi Berpusing) dikatakan telah berkembang ke seluruh Jepun setelah menarik perhatian ramai di Ekspo Osaka pada tahun 1970. Sejak itu, Kaitenzushi telah mengembangkan saiz pasarannya dan pada masa yang sama berevolusi dengan pelbagai cara dalam sejarah 50 tahunnya, dan kini merupakan kategori perniagaan terkemuka dalam evolusi industri perkhidmatan makanan Jepun, dengan jualan melebihi 800 bilion yen. Pada masa hadapan, syarikat akan terus memanfaatkan kekuatannya, tali sawat berpusing, untuk memberikan pelanggan di Jepun dan luar negara kenangan keseronokan yang hanya Kura Sushi boleh tawarkan, dengan ini mengembangkan model perniagaan sushi berpusing, model perniagaan menakjubkan yang berasal dari Jepun, kepada seluruh dunia.
Encik Makoto Tanaka, Naib Presiden Eksekutif Kura Sushi, mengadakan sidang akhbar pada hari acara berlangsung, dan berkata, “Pada masa ini, dunia menghadapi pelbagai isu sosial yang sukar diselesaikan. Walau pun di bawah keadaan sedemikian, kami berharap restoran sushi tali sawat, yang dihubungkan oleh “tali sawat tanpa permulaan atau pengakhiran,” akan menyatukan umat manusia dari seluruh dunia yang mengunjugi Ekspo untuk menikmati pengalaman makan yang menyeronokkan dengan senyuman di wajah mereka. Kami harap pelawat dari seluruh dunia, termasuk pelanggan Jepun, serta pelancong dari seluruh dunia, akan menikmati menu yang telah kami cipta dengan gabungan usaha Jabatan Pembangunan Produk untuk mencipta semula perisa asli dunia.”
Setakat akhir November, Kura Sushi Inc. mengendalikan 547 restoran di Jepun, 70 di Amerika Syarikat, 59 di Taiwan, dan 3 di Shanghai.
Lihat produk kami yang lain di sini.
https://www.kurasushi.co.jp/2025expo/