ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 14, 2024 -Sabtu

 
  PEMUDAH PAHANG MEMACU LONJAKAN PRODUKTIVITI PAHANG MENJELANG 2030

Friday 13/12/2024



Table
Mesyuarat PEMUDAH Pahang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berlangsung pada 10 Disember 2024.

KUANTAN, 13 Dis (Bernama) -- Ekonomi MADANI, seperti yang digariskan dalam Belanjawan MADANI Kedua, merupakan pelan menyeluruh untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara. Kerangka ini turut diperkasakan di peringkat negeri termasuk di negeri Pahang.
 
Bagi meperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai negeri strategik untuk tarikan pelaburan, pentingnya kolaborasi antara sektor awam dan swasta dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi. Antara inisiatif yang perlu dititikberatkan adalah kecekapan peraturan kerajaan dalam menjalankan perniagaan. PEMUDAH Pahang yang telah bermula pada tahun 2012 merupakan platform sektor awam swasta berbincang mengenai isu-isu melibatkan peraturan perniagaan dan penambahbaikan proses tersebut.
 
Yang Hormat Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang selaku pengerusi mesyuarat berkata PEMUDAH berperanan dalam memudahcara urusan perniagaan, merangka peraturan yang berkualiti dan menyokong pertumbuhan ekonomi dan produktiviti melalui kerjasama sektor awam dan swasta. Beliau juga menekankan bahawa kejayaan melalui PEMUDAH bergantung kepada kolaborasi, kerjasama, dan komunikasi yang baik antara kedua-dua pihak. Beliau turut berkongsi rasa syukur di atas kejayaan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang pada tahun 2023 di mana negeri Pahang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Prestasi ini perlu dipertingkatkan lagi bagi
 
Pengerusi Bersama PEMUDAH Pahang, YBhg Tuan Syed Ahmad bin Syed Idrus Alhabshi mewakili sektor swasta berharap komitmen yang tinggi daripada semua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memacu pembangunan ekonomi dan memudahkan urusan perniagaan di negeri Pahang. Kerajaan negeri diharap dapat melihat semula pelan strategik bagi pembangunan kawasan perindustrian di negeri Pahang bagi merancakkan lagi ekosistem pelaburan.

Mesyuarat juga membentangkan status projek-projek berimpak tinggi yang dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri. Antaranya, pembentangan projek pembinaan pantas hospital swasta dan kilang tayar di Temerloh dan Kuantan. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku pemudahcara turut memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan pantas tanpa melanggar mana-mana peraturan. Projek yang berimpak tinggi ini bukan sahaja cekap dari segi pembinaannya, malah ia dapat menyediakan lebih kurang 900 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Pengarah MPC Pahang turut membentangkan kertas kerja Program GovX Pahang 1st yang merupakan kerangka kecemerlangan sektor awam Pahang dalam meningkatkan produktiviti dan memudahcara urusan perniagaan.
 
Diharap kolaborasi strategik sektor awam dan swasta ini dapat memacu ekonomi negeri dan melonjakkan produktiviti negeri melepasi paras nasional menjelang 2030 iaitu pada paras RM128 ribu berbanding tahun ini di paras RM89 ribu.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Haslizayanti Othman
Tel: 019-3764858 
Emel: haslizayanti@mpc.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.