ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 27, 2024 -Jumaat

 
  LUMI GLOBAL MENGAMBIL ALIH ASSEMBLY VOTING UNTUK MEMPERKUKUH PENERAJUAN PRODUK DAN MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Monday 23/12/2024



LIPHOOK, United Kingdom, 23 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lumi Global, sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian mesyuarat dipacu teknologi bagi Mesyuarat Agung Tahunan, Perhubungan Pelabur dan mesyuarat Ahli, dengan bangganya mengumumkan pengambilalihan Assembly Voting, sebuah syarikat teknologi yang mengkhusus dalam penyelesaian pilihan raya dan pengundian berasaskan awan dari hujung-ke-hujung yang boleh ditentusahkan melalui platform proprietarinya, Electa. Pengambilalihan strategik ini mengukuhkan komitmen Lumi Global terhadap inovasi sekali gus mengembangkan keupayaannya melangkaui persekitaran pertemuan langsung kepada peluang pasaran baharu.

Sorotan Utama Pengambilalihan
  1. Mempertingkatkan Penerajuan Produk
    • Assembly Voting memperkenalkan penentusahan hujung ke hujung yang maju kepada portfolio Lumi, yang dapat memastikan proses pilihan raya dan pengundian yang selamat, telus dan boleh ditentusahkan untuk pelanggan di seluruh dunia.
    • Lumi Global telah lama menawarkan penyelesaian pengundian tanpa nama, namun Assembly Voting akan meningkatkan lagi keupayaan ini dengan ciri-ciri canggih yang akan mengukuhkan kedudukan Lumi Global sebagai peneraju yang memenuhi penyelesaian teknologi dan pilihan raya.
  2. Mengukuhkan Portfolio Produk
    • Platform Electa dibina berdasarkan tujuan untuk pilihan raya berjadual dan pengundian tak segerak yang melengkapkan penyelesaian sedia ada Lumi Global yang direka bagi mesyuarat langsung dan pengundian segerak.
    • Dengan tumpuan pada penentusahan, keselamatan dan kebolehskalaan, platform Electa meluaskan keupayaan Lumi untuk menyokong organisasi pada setiap peringkat proses membuat keputusan, sebelum dan semasa mesyuarat penting.
  3. Memangkin Pengembangan Pada Peringkat Antarabangsa
    • Pengambilalihan ini mengukuhkan kewujudan Lumi Global di Denmark dan Sepanyol yang akan membuka peluang baharu dalam pasaran penting ini secara strategik.
    • Lumi Global berada pada kedudukan strategik untuk menggunakan platform Electa di seluruh pasaran utamanya di Amerika Utara, EMEA dan APAC.
  4. Mendorong Inovasi dengan Kepakaran
    • Penyertaan pasukan pembangunan Assembly Voting berpengalaman akan memperkayakan saluran inovasi Lumi Global serta membawa peluang baharu bagi kerjasama dan pertumbuhan.
    • Prestasi cemerlang platform Electa disahkan lagi oleh kajian bebas yang dijalankan oleh Karlsruhe Institute of Technology (KIT), yang menyenaraikannya sebagai antara penyelesaian pengundian elektronik terunggul di seluruh dunia di antara 82 alat yang dianalisis. Kumpulan penyelidikan SECUSO (Keselamatan, Kebolehgunaan, Masyarakat) KIT yang terkenal dengan usaha dalam keselamatan siber dan kebolehgunaan telah menekankan tumpuan teguh Electa dalam bahagian ini, yang mengukuhkan kredibiliti dan penerajuannya dalam bidang tersebut. Kajian lengkap boleh didapati di sini.
Perspektif Penerajuan

“Pengambilalihan ini menandakan satu langkah maju yang berani bagi Lumi Global, sedang kami memperluaskan keupayaan produk kami melangkaui mesyuarat dan ke pasaran pilihan raya yang lebih luas,” kata Richard Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif Lumi Global. “Penyepaduan teknologi inovatif Assembly Voting dengan platform Global Lumi akan membuka peluang baharu dan memastikan kami kekal di barisan hadapan dalam penyelesaian mesyuarat, pilihan raya dan pengundian yang dipacu teknologi dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Perhubungan Pelabur dan organisasi Ahli di seluruh dunia.”

“Kami sangat teruja dapat menyertai Lumi Global, sebuah syarikat yang mempunyai visi dan pendekatan inovatif yang sejajar dengan kami,” kata Jacob Gyldenkaerne, Ketua Pegawai Eksekutif Assembly Voting. “Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan jangkauan teknologi kami tetapi turut mempertingkatkan keupayaan kami untuk memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan global yang lebih pelbagai dengan penyelesaian pilihan raya yang boleh ditentusahkan dari hujung ke hujung.”

Menyokong Matlamat Strategik Lumi Global

Pengambilalihan Assembly Voting oleh Lumi Global menekankan dedikasi dalam pemerkasaan mesyuarat dan pilihan raya yang penting untuk keputusan yang dipercayai di seluruh dunia. Apabila mesyuarat langsung dan perhimpunan agung beralih kepada format yang semakin berbentuk digital, pilihan raya juga turut berubah daripada kertas undi tradisional kepada platform digital yang lebih selamat dan boleh dipercayai. Transformasi digital ini mencipta peluang bagi satu platform terpadu yang memenuhi kedua-dua keperluan dengan lancar. Pelanggan Lumi Global semakin hari semakin bersemangat mencari penyelesaian komprehensif yang dapat menghasilkan penyepaduan ini.

Perihal Lumi Global

Lumi Global mengendalikan mesyuarat dan pilihan raya yang penting untuk keputusan yang paling dipercayai di dunia, yang memastikan pengalaman dalam bilik dan dalam talian yang lancar dan menarik untuk peserta. Kehadiran Lumi Global serta teknologi canggihnya berupaya memperkasakan pembuatan keputusan termaklum yang merangkumi mesyuarat tahunan, pilihan raya, mesyuarat ahli, mesyuarat perundangan, mesyuarat hubungan pelabur dan panggilan perbincangan pendapatan. Selama lebih 30 tahun lalu, Lumi telah memacu inovasi industri, mencipta penyelesaian bersama-sama dengan pelanggan untuk mempermudahkan mesyuarat yang kompleks serta menyediakan mesyuarat tanpa gangguan dan bebas tekanan yang memupuk kebertanggungjawaban dan libat urus yang bermakna.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sylvie Harton
Ketua Pegawai Strategi Perniagaan

sylvie.harton@lumiglobal.com

Video yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8b52aaa2-db1a-4f84-b5a9-de6d0e1e94b3 


SUMBER: Lumi Global

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.