·
Syarikat telah menghasilkan jualan bersih $41.6 juta untuk suku tahun dan $113.4 juta tahun-ke-tarikh ·
Pendapatan sebelum cukai pendapatan sebanyak $5.1 juta untuk suku tahun dan $13.2 juta tahun-ke-tarikh ·
Tunggakan sebanyak $114.2 juta pada 31 Oktober 2024, berbanding $68.5 juta pada 31 Januari 2024
SPRING, Texas, 24 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perma-Pipe International Holdings, Inc. (NASDAQ: PPIH) telah mengumumkan hari ini hasil kewangan untuk suku tahun kedua dan tempoh tahun-ke-tarikh fiskal yang berakhir pada 31 Oktober 2024.
"Jualan bersih untuk suku tahun ketiga ialah $41.6 juta, pengurangan sebanyak $4.1 juta, seperti yang dibandingkan dengan suku tahun yang sama pada tahun lepas. Pendapatkan bersih yang dianggap berpunca daripada saham biasa sebanyak $2.5 ialah peningkatan sebanyak $0.5 juta atau 29%, berbanding $1.9 juta dalam suku tahun ketiga 2023. Selama sembilan bulan yang berakhir pada 31 Oktober 2024, jualan bersih sebanyak $113.4 juta menunjukkan peningkatan 3% berbanding sembilan bulan yang berakhir pada 31 Oktober 2023. Pendapatan bersih yang dianggap berpunca daripada saham biasa sebanyak $7.2 juta ialah peningkatan sebanyak $5.4 juta atau 294%, berbanding pendapatan bersih yang dianggap berpunca daripada saham biasa sebanyak $1.8 juta dalam sembilan bulan yang berakhir pada 31 Oktober 2023,” kata Presiden dan CEO David Mansfield.
“Tunggakan dalam suku tahun ketiga menunjukkan pertumbuhan yang banyak dan kini berada pada $114.2 juta. Ini sama seperti kira-kira sembilan bulan hasil berdasarkan hasil tahun-tahun sebelumnya. Pengukuhan tunggakan kami yang berterusan sepanjang dua suku tahun yang lalu menggalakkan dan memberikan rasa optimis untuk menuju ke tahun berikutnya. Selain itu, tunggakan pada akhir suku tahun ketiga menunjukkan paras tertinggi sejak peralihan daripada MFRI kepada Perma-Pipe, yang berlaku pada bulan Mac 2017,” En. Mansfield meneruskan.
“Hasil suku tahun ketiga dan tahun-ke-tarikh fiskal 2024 kami terus menunjukkan prestasi luar biasa, yang kekal konsisten sepanjang tahun. Wajar diberi perhatian bahawa pendapatan bersih kami yang dianggap berpunca daripada saham biasa untuk sembilan bulan yang berakhir pada 31 Oktober 2024, menunjukkan paras tertinggi perolehan mengikut asas tahun-ke-tarikh sejak peralihan daripada MFRI kepada Perma-Pipe,” kata En. Mansfield.
“Kami berpuas hati dengan tahap aktiviti perniagaan yang telah kami lalui dan akan terus melihat, seperti yang disokong oleh peningkatan yang ketara dalam tunggakan dan harga saham. Peningkatan dalam perbelanjaan infrastruktur di Arab Saudi, India dan U.A.E., menunjukkan dorongan utama bagi keseluruhan penambahbaikan kami, dan kekuatan hasil kewangan kami selanjutnya membolehkan kami terus melaksanakan inisiatif strategik kami” En. Mansfield mengakhirinya.
Hasil Suhu Tahun Ketiga Fiskal 2024Jualan bersih ialah $41.6 juta dan $45.7 juta dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Pengurangkan sebanyak $4.1 juta atau 9%, merupakan hasil daripada masa pelaksanaan projek.
Keuntungan kasar ialah $14.1 juta atau 34% daripada jualan bersih dan $13.2 juta atau 29% daripada jualan bersih, dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Peningkatan sebanyak $0.9 juta, telah didorong terutamanya oleh margin yang lebih baik disebabkan campuran produk.
Perbelanjaan umum dan pentadbiran ialah $7.3 juta dan $5.7 juta dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Peningkatan sebanyak $1.6 juga, disebabkan oleh perbelanjaan gaji dan bayaran profesional yang lebih tinggi dalam suku tahun tersebut.
Perbelanjaan jualan ialah $1.2 juta dan $1.5 juta dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Pengurangan sebanyak $0.3 juta, disebabkan oleh perbelanjaan gaji yang lebih rendah dalam suku tahun tersebut.
Perbelanjaan faedah bersih kekal konsisten dan ialah $0.5 juta dan $0.6 juta dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023.
Perbelanjaan lain ialah $0.1 juta dan $0.5 juta dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Pengurangan sebanyak $0.4 juta, terutamanya disebabkan oleh naik turun kadar pertukaran dalam transaksi mata wang asing.
ETR Syarikat ialah 32% dan 31% dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Perubahan dalam ETR disebabkan oleh keupayaan untuk mengenal pasti faedah cukai terhadap kerugian di Amerika Syarikat pada tahun semasa manakala tahun sebelumnya mempunyai peruntukan penilaian penuh dan perubahan kepada campuran pendapatan dan kerugian dalam pelbagai bidang kuasa.
Pendapatan bersih yang dianggap berpunca daripada saham biasa ialah $2.5 juta dan $1.9 dalam tiga bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Peningkatan sebanyak $0.6 juga, terutamanya disebabkan oleh pelaksanaan projek yang lebih baik dalam suku tahun.
Hasil Tahun-ke-Tarikh Fiskal 2024Jualan bersih ialah $113.4 juta dan $110.5 juta dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Peningkatan sebanyak $2.9 juta atau 3%, hasil daripada volum jualan yang meningkat di Timur Tengah.
Keuntungan kasar ialah $38.1 juta atau 34% daripada jualan bersih dan $29.4 juta atau 27% daripada jualan bersih, dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Peningkatan sebanyak $8.7, didorong terutamanya oleh margin yang lebih baik disebabkan campuran produk.
Perbelanjaan umum dan pentadbiran ialah $19.5 juta dan $16.4 juta dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023.
Peningkatan sebanyak $3.1 juta, disebabkan oleh perbelanjaan gaji dan bayaran profesional yang lebih tinggi.
Perbelanjaan jualan ialah $3.8 juta dan $4.2 juta dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Pengurangan sebanyak $0.4 juta, disebabkan oleh perbelanjaan gaji yang lebih rendah.
Perbelanjaan faedah bersih ialah $1.5 juta dan $1.8 juta dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Pengurangan sebanyak $0.3 juta, terutamanya disebabkan oleh kadar faedah terhadap hutang kadar boleh ubah tertentu.
Perbelanjaan lain ialah $0.2 juta dan $0.4 juta dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Perubahan terutamanya disebabkan oleh naik turun kadar pertukaran dalam transaksi mata wang asing.
ETR Syarikat ialah 28% dan 49% dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Perubahan dalam ETR disebabkan oleh keupayaan untuk mengenal pasti faedah cukai terhadap kerugian di Amerika Syarikat dalam tahun semasa manakala tahun sebelumnya mempunyai peruntukan penilaian penuh dan perubahan kepada campuran pendapatan dan kerugian dalam pelbagai bidang kuasa.
Pendapatan bersih yang dianggap berpunca daripada saham biasa ialah $7.2 juta dan $1.8 juta dalam sembilan bulan yang masing-masing berakhir pada 31 Oktober 2024 dan 2023. Peningkatan sebanyak $5.4 juta, terutamanya disebabkan oleh pelaksanaan projek yang lebih baik sepanjang tahun.
Perma-Pipe International Holdings, Inc.Perma-Pipe International Holdings, Inc. (“Syarikat”) ialah pemimpin global dalam sistem perpaipan praberpenebat dan pengesanan kebocoran untuk pengumpulan minyak dan gas, pemanasan dan penyejukan kawasan dan penggunaan lain. Ia menggunakan kepakaran kejuruteraan dan fabrikasi yang meluas untuk membangunkan penyelesaian perpaipan yang menyelesaikan cabaran yang rumi berkenaan pengangkutan yang selamat dan berkesan bagi banyak jenis cecair. Secara keseluruhan, Syarikat mempunyai operasi di empat belas lokasi di enam buah negara.
Pernyataan Memang Ke HadapanPernyataan tertentu dan maklumat lain yang terkandung dalam sidang akhbar ini yang boleh dikenal pasti dengan penggunaan terminologi memandang ke hadapan membentuk “pernyataan memandang ke hadapan” di bawah makan Bahagian 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda dan Bahagian 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934, seperti yang dipinda dan tertakluk pada perlindungan selamat yang dicipta begitu, termasuk, tanpa pengehadan, pernyataan berkenaan prestasi dan operasi Syarikat akan datang yang dijangkakan. Pernyataan ini harus dipertimbangkan sebagai subjek kepada banyak risiko dan ketidakpastian yang wujud dalam persekitaran operasi dan perniagaan Syarikat. Risiko dan ketidakpastian sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut: (i) naik turun dalam harga minyak dan gas asli dan kesannya kepada volum pesanan pelanggan untuk produk Syarikat; (ii) keupayaan Syarikat untuk membeli bahan mentah pada harga yang baik dan untuk mengekalkan perhubungan bermanfaat dengan pembekalnya; (iii) pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan dalam projek yang menggunakan produk Syarikat dan cabaran kepada kecairan pelanggan bukan kerajaan Syarikat dan akses kepada dana modal; (iv) keupayaan Syarikat untuk membayar semula hutangnya dan membaharui kemudahan kredit antarabangsa yang tamat tempoh; (v) keupayaan Syarikat untuk melaksanakan secara berkesan pelan strategiknya dan mencapai keberuntungan yang lestari dan aliran tunai yang positif; (vi) keupayaan Syarikat untuk mengumpulkan akaun jangka panjang belum terima berkaitan dengan projek di Timur Tengah; (vii) keupayaan Syarikat untuk mentafsir perubahan dalam peraturan dan perundangan cukai; (viii) keupayaan Syarikat untuk menggunakan kerugian operasi bersihnya yang dibawa ke hadapan; (ix) kebalikan hasil dan keuntungan yang direkodkan sebelum ini yang terhasil daripada anggaran tidak tepat yang dibuat berhubung dengan pengiktirafan hasil "lebih masa" Syarikat; (x) kegagalan Syarikat untuk mewujudkan dan mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan terhadap pelaporan kewangan; (xi) pemasaan penerimaan, pelaksanaan, penyampaian dan penerimaan pesanan untuk produk Syarikat; (xii) keupayaan Syarikat untuk merundingkan dengan jayanya pengaturan pengebilan-kemajuan untuk kontraknya yang lebih besar; (xiii) penentuan harga yang agresif oleh pesaing sedia ada dan kemasukan pesaing baharu dalam pasaran tempat Syarikat beroperasi; (xiv) keupayaan Syarikat untuk mengilang produk yang bebas kecacatan pendam dan untuk mendapatkan semula daripada pembekal yang mungkin memberikan material yang rosak kepada Syarikat; (xv) pengurangan atau pembatalan pesanan yang disertakan dalam tunggakan Syarikat; (xvi) risiko dan ketidakpastian khusus kepada operasi perniagaan antarabangsa Syarikat; (xvii) keupayaan Syarikat untuk menarik perhatian dan mengekalkan pengurusan kanan dan kakitangan yang penting; (xviii) keupayaan Syarikat untuk mencapai manfaat yang dijangkakan daripada inisiatif pertumbuhannya; (xix) impak pandemik dan krisis kesihatan awam lain terhadap Syarikat dan operasinya; dan (xx) impak ancaman keselamatan siber terhadap sistem teknologi maklumat Syarikat. Pihak berkepentingan, bakal pelabur dan pembaca lain ditekankan agar mempertimbangkan faktor-faktor ini dengan teliti dalam menilai pernyataan memandang ke hadapan dan diingatkan agar tidak terlalu bergantung pada pernyataan memandang ke hadapan sedemikian. Pernyataan memandang ke hadapan yang dibuat di sini hanya dibuat seperti masa tarikh sidang akhbar ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka sebarang pernyataan memandang ke hadapan, sama ada ekoran daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya. Maklumat yang lebih terperinci mengenai faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi prestasi kami boleh didapati dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, yang tersedia di
https://www.sec.govdan di bawah bahagian Pusat Pelabur bagi tapak web kami (
http://investors.permapipe.com.)