Januari 26, 2025 -Ahad

 
  DARI K-DRAMAS KE MANILA: EGGDROP MENGGAMIT RASA DI FILIPINA

Friday 24/01/2025



Table

Hari Pembukaan Kedai Filipina Pertama EGGDROP, Disember 2024 (Foto: © EGGDROP Corp.)


Sandwic K-drama yang ikonik kini ada di Manila! Ramuan segar dan resipi Korea mencetus revolusi makanan.
 
SEOUL, South Korea, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EGGDROP (CEO Young-woo Noh), jenama sandwic telur premium Korea, telah membuka kedainya yang pertama di Filipina, bertempat di SM Mall of Asia, hub membeli-belah ikonik Manila. Pelancaran tersebut mendapat sambutan hangat.

Egg-citement di SM Mall of Asia

EGGDROP, dengan kedai yang pertama di Filipina ini memanfaatkan lokasi yang menjadi tumpuan ramai dan memenuhi citarasa khalayak yang pelbagai. Peminat berselera sekali merasa hidangan pengenalan seperti Chicken Club Sandwich, Avo Holic, dan Mr. Egg. Kedatangan pengunjung yang bertali arus menikmati hidangan ini disusuli dengan ulasan positif yang menakjubkan.

Dari K-Dramas ke Pinggan Filipina

Stuart Wong, ketua EGGDROP Filipina, berkata, “Melihat EGGDROP ditampilkan dalam drama Korea Hospital Playlist buat saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan warga Filipina." Han Kyu-won, ketua reka bentuk dan operasi di EGGDROP, menambah, "Dengan populasi muda dan kelas pertengahan yang semakin meningkat, Filipina ialah pasaran yang sesuai, terutama sekali pada masa ini yang menyaksikan budaya Hallyu terus menarik minat ramai."

Sandwic Yang Popular Dalam Instagram Menguasai Media Sosial

Estetika EGGDROP menguasai media sosial. Ulasan seperti "Roti bakar terbaik pernah saya rasa!" dan "Satu gigitan dan saya berada di syurga!" yang membanjiri Instagram, melonjakkan penyebaran dalam media sosial dan meningkatkan kunjungan pelanggan ke kedai.

Rasa Tempatan dengan Kualiti Global

Komitmen EGGDROP kepada kualiti dan perkongsian tempatan membezakannya dengan yang lain. "Kami telah memastikan rasa ikonik EGGDROP dipelihara dengan mengekalkan standard tertinggi, menggunakan rantaian bekalan tempatan untuk menjamin kesegaran dan pada masa yang sama menyokong para petani," kata Han. Roti ban brioche dibuat mengikut resipi Korea EGGDROP, manakala telur organik dan ramuan utama lain diperoleh daripada sumber tempatan untuk mencipta rasa yang luar biasa dengan pengaruh Korea dan Filipina.

Revolusi Makanan Global

Dengan ramuan segar dan reka bentuk inovatif EGGDROP kekal sebagai jenama K-food yang terkemuka. Han mengemukakan rancangan untuk kedai kedua di Bandar Global Bonifacio menjelang awal 2025, seiring dengan usaha jenama ini mempercepatkan perkembangannya merentasi Asia.

Stuart Wong menyimpulkan pembukaan: “Keseronokan merasai sandwic EGGDROP tidak dapat dilupakan. Kami gembira kerana akhirnya dapat membawa sandwic yang lazat ini kepada warga Filipina.”

Gambaran Keseluruhan EGGDROP

Telur Menjadikannya Lebih Baik, EGGDROP.
EGGDROP ialah jenama sandwic telur premium yang diilhamkan oleh telur "makanan lengkap" yang menghasilkan makanan sihat berasaskan telur hancur yang dibuat daripada telur gred A+ dan bahan segar. Pada masa ini, EGGDROP adalah perniagaan terkemuka dan mengeramkan pelbagai jenama lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54186167/en

CONTACT 

 EGGDROP Corp.
 Pasukan Operasi
 Woojin Jeon
 contact@eggdrop.com
 
Sumber: EGGDROP Corp.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.