TOKYO, 24 Jan., 2025 /Kyodo JBN/ --TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd., pengendali bagi TOKYO SKYTREE, sedang mengadakan "My Hero Academia in TOKYO SKYTREE," acara usaha sama yang pertama di antara menara itu dan siri anime TV "My Hero Academia." Anime itu adalah didasarkan kepada manga popular yang ditulis dan digambarkan oleh Kohei Horikoshi, yang telah diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump (Shueisha). Acara itu bermula pada Rabu, 8 Januari, dan akan berlangsung sehingga Selasa, 8 April, 2025.
Visual utama bagi "My Hero Academia in TOKYO SKYTREE":
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108036/202501142832/_prw_PI1fl_5euO61cc.jpgLaman web khas bagi "My Hero Academia in TOKYO SKYTREE"
https://www.tokyo-skytree.jp/en/event/special/heroaca/Galleria Tembo setinggi 450 meter itu mempunyai satu pameran yang memaparkan visual utama bagi acara itu. Barangan edisi terhad yang hanya terdapat pada acara itu dan item menu kafe istimewa ditawarkan di tingkat ini. Selain itu, satu perkhidmatan sesi foto disediakan kepada mereka yang ingin bergambar dengan watak "My Hero Academia" pilihan mereka. Di Dek Tembo setinggi 350 meter itu, video eksklusif ditayangkan pada tingkap yang berubah menjadi sebuah skrin gergasi bagi SKYTREE ROUND THEATER setiap malam pada acara itu. Turut berlangsung pada waktu malam, bahagian luar menara itu akan mempunyai satu pencahayaan khas yang bertemakan "My Hero Academia" yang diilhamkan oleh pelbagai watak daripada anime itu.
Tambahan pula, watak rasmi TOKYO SKYTREE Sorakara-chan, yang berpakaian di dalam kostum All Might, satu watak yang terkemuka di dalam "My Hero Academia," mempunyai empat sesi temu mesra pada setiap hari dengan pelawat untuk bergambar yang diambil bersama dengan mereka. Tiket kemasukan khas ke dek pemerhatian ini dengan satu kad novelti yang memaparkan "My Hero Academia" juga tersedia.
TOBU TOWER SKYTREE berharap mereka yang datang ke Jepun akan melawat dan menikmati TOKYO SKYTREE sempena acara tersebut.
Maklumat mengenai TOKYO SKYTREE
TOKYO SKYTREE setinggi 634 meter itu ialah menara penyiaran paling tinggi yang berdiri bebas di dunia. Ia mempunyai dua dek pemerhatian, Dek Tembo, setinggi 350 meter, dan Galleria Tembo, setinggi 450 meter, yang menawarkan satu pemandangan panorama Tokyo yang menakjubkan. Pada waktu malam, TOKYO SKYTREE diterangi dengan warna-warni dalam tiga gaya pencahayaan -- "Iki", yang dicirikan oleh satu warna biru pucat, "Miyabi," yang menampilkan ungu Edo dan warna tangerin "Nobori" yang membawa tuah. Pencahayaan khas boleh dilihat semasa acara bermusim dan acara lain.
Laman web rasmi:
https://www.tokyo-skytree.jp/en/ Untuk butiran lanjut, sila semak setiap akaun media sosial:
Instagram Rasmi:
https://www.instagram.com/tokyoskytree_global/X Rasmi:
https://twitter.com/skytreeofficialFacebook Rasmi:
https://www.facebook.com/TOKYOSKYTREE.official/Sumber: TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd.
--BERNAMA