Februari 05, 2025 -Rabu

 
  ​PROJEK RINTIS WAKTU BEKERJA BERLAINAN DIBATALKAN, DIBAWA KE KAJIAN LEBIH MENYELURUH

Monday 27/01/2025



KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Isu berkenaan Waktu Waktu Bekerja Berlainan (WBB) telah dirujuk kepada Jemaah Menteri pada 24 Januari 2025. Setelah mengambil kira segala pertimbangan, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB untuk memberi laluan kepada sebuah kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh. 

Sehubungan itu, KKM menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Suleiman. Terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.

KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan.

DR. DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN
24 JANUARI 2025 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.