Februari 12, 2025 -Rabu

 
  PEMBUKAAN 99 SPEEDMART DI LAMANDA CHUPING, PERLIS - SIMBOL TRANSFORMASI DAN PEMANGKIN EKONOMI

Thursday 06/02/2025



CHUPING, 6 Feb (Bernama) -- Lamanda Chuping kini mencatat satu lagi pencapaian positif dalam proses transformasi ekonominya dengan pembukaan cawangan baharu pasar mini 99 Speedmart. Pembukaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan holistik yang dilaksanakan oleh Encorp Berhad (ENCORP) bersama FELDA di bawah program "Perumahan Warga FELDA". Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping bukan sahaja memenuhi keperluan harian penduduk setempat, malah turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan komuniti yang lebih dinamik. 

Pembukaan 99 Speedmart ini menandakan satu fasa penting dalam usaha ENCORP untuk membangunkan kawasan Lamanda Chuping sebagai pusat tumpuan komuniti yang terhubung dan progresif. Selain daripada menyediakan kemudahan keperluan harian kepada penduduk tempatan, kehadiran pasar mini ini juga membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, khususnya buat generasi baharu FELDA.

Menurut Pegawai Yang Bertugas/ Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan ENCORP, Encik Kamarul Azman bin Kamarozaman@ Amir, pembukaan 99 Speedmart ini mencerminkan potensi besar Lamanda Chuping sebagai hab ekonomi yang menyokong pembangunan komuniti.  

“Pembukaan cawangan 99 Speedmart di Lamanda Chuping adalah bukti komitmen ENCORP dalam meningkatkan nilai sosioekonomi komuniti setempat. Kami percaya bahawa dengan lebih banyak kemudahan seperti ini, kehidupan penduduk akan menjadi lebih selesa dan akses kepada keperluan harian menjadi lebih mudah. Inisiatif ini juga diharapkan dapat merangsang aktiviti ekonomi setempat, menjadikan kawasan Lamanda Chuping sebagai kawasan pembangunan yang mampan dan lebih berdaya huni serta memastikan manfaat jangka panjang kepada generasi peneroka dan komuniti sekitarnya.” ujarnya. 

Selain 99 Speedmart, kedai serbaneka MR DIY turut akan membuka cawangannya di Lamanda Chuping dalam masa terdekat. Kedua-dua kedai ini dijangka memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang, sambil menarik lebih banyak pelanggan dan meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan ini. 

Bagi usahawan yang mencari peluang perniagaan, ENCORP menawarkan unit Rumah Kedai 2 Tingkat yang terletak di lokasi strategik di Lebuhraya Chuping-Padang Besar. Semua unit ini menghadap jalan utama, menjadikannya lokasi premium untuk perniagaan. Kelebihan lokasi Lamanda Chuping termasuklah kedudukannya yang berhampiran Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).

Rumah kedai ini menawarkan saiz 22’ x 70’ dengan harga bermula dari RM480,000 dan didatangkan dalam reka bentuk yang moden serta fleksibel, sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan. Pembangunan fasa pertama Lamanda Chuping melibatkan 224 unit kediaman, 17 unit komersial dan tapak stesen minyak. Fasa kedua pula akan melibatkan unit kediaman, lot komersial tambahan dan kawasan rekreasi. Dengan perancangan pembangunan yang lebih menyeluruh, Lamanda Chuping dijangka terus menjadi destinasi ekonomi yang mampan, memberi manfaat kepada generasi peneroka dan komuniti sekitarnya. 

Mengenai Encorp Berhad (ENCORP) 

Tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia (ENCORP/6076). Kumpulan ini kini terlibat dalam tiga perniagaan teras – pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pembinaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.encorp.com.my 

SUMBER: Encorp Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Encorp Berhad
Nama: Saidah Umairah Binti Zul Azki
Eksekutif, Media & Perhubungan Awam
Tel: 03-6286 7634 / 017 6840824
E-mel: umairah@encorp.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.