ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KEIO PLAZA HOTEL MENAWARKAN MENU MANISAN KHAS DARI “ALICE’S ADVENTURES IN WONDERLAND”

Friday 30/10/2015



Bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-150 Penerbitan Pertama Lewis Carroll
 
TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel paling berprestij dan bertaraf antarabangsa di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memperingati ulang tahun ke-150 penerbitan pertama novel terkenal Lewis Carroll bertajuk “Alice’s Adventures in Wonderland” pada tahun 1865 dengan menyediakan menu manisan khas. Manisan itu akan didasarkan kepada tema novel karya agung Lewis Carroll dan akan menyediakan kepada tetamu dengan pelbagai pilihan pencuci mulut.
 
Di samping itu, satu pameran karya seni yang diilhamkan dari sebuah buku bergambar yang bertajuk “Children’s Room of Alice” (Pada asalnya didasarkan kepada hasil Lewis Carroll yang diterjemahkan oleh Mizuhito Kanehara dan gambar-gambar disediakan oleh Asami Kiyokawa, seorang artis sulaman terkemuka di Jepun) akan juga dipaparkan di lobi lantai.
 
Skon strawberi dan item menu yang lain yang dicipta dalam imej "Alice" akan dihidangkan di Art Lounge "Duet"  kami sebagai sebahagian daripada perkhidmatan "Minum Petang". Hasil seni daripada buku bergambar tiga dimensi “Children’s Room of Alice” dan barangan seni yang lain yang menggunakan seni bersulam dengan manik dan labuci untuk menggambarkan anak patung yang dicipta oleh Asami Kiyokawa akan juga dipaparkan di lobi seni. Buku ini telah dicipta dalam imej versi kanak-kanak dari "Alice in Wonderland."
 
Lebih-lebih lagi, di All Day Dining “Jurin” kami di mana tetamu boleh menikmati lebih daripada 30 manisan dan pencuci mulut yang bertemakan "Alice" akan disajikan, termasuk souffle keju, krim paf dan banyak lagi.
 
Di samping itu, pelbagai barangan gula-gula yang dicipta dengan imej “Alice’s Adventures in Wonderland” akan disediakan untuk dibawa pulang di Food Boutique “Poppins.”
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami mempunyai lebih 20 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami disebabkan oleh kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertahap tinggi, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawang kami di http://www.keioplaza.comFacebook, atau Instagram.
 
Galeri Foto/ Multimedia boleh diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51212367&lang=en
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-3344-0111
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
 
Sumber: Keio Plaza Hotel
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.