ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  FLEETMATICS AKAN MENGELUARKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEEMPAT PADA 24 FEBRUARI 2016

Tuesday 05/01/2016



DUBLIN & BOSTON, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fleetmatics Group PLC (NYSE: FLTX), sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian tenaga kerja mudah alih untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan bagi kesemua saiz yang dikirim sebagai perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS), hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengumumkan keputusan kewangan bagi suku tahun keempat 2015 pada Rabu, 24 Februari, 2016 selepas pasaran ditutup. Ahli-ahli bagi pasukan pengurusan Syarikat itu merancang untuk mengadakan satu panggilan persidangan dan siaran web secara langsung pada pukul 5 petang Waktu Timur pada hari berkenaan untuk membincangkan keputusan kewangan itu serta prospek pengurusan bagi perniagaan itu. Panggilan persidangan berkenaan boleh diakses di Amerika Syarikat dengan mendail 1.800.553.5275 dan menggunakan kod akses "FLTX". Panggilan persidangan boleh diakses di luar Amerika Syarikat dengan mendail +1.612.332.0725 dan menggunakan kod akses "FLTX". Panggilan persidangan itu akan disiarkan di web secara serentak di laman sesawang perhubungan pelabur Syarikat itu, yang boleh diakses di http://ir.fleetmatics.com. Satu rakaman panggilan persidangan itu akan disediakan kira-kira dua jam selepas panggilan itu dengan mendail 1.800.475.6701 atau +1.320.365.3844 dan menggunakan kod akses 382547 atau dengan melayari rakaman ulangan siaran web itu di laman sesawang perhubungan pelabur Syarikat berkenaan.

Maklumat mengenai Fleetmatics Group PLC

Fleetmatics Group PLC (NYSE: FLTX) adalah sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian tenaga kerja mudah alih untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan bagi kesemua saiz yang dikirim sebagai perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS). Penyelesaian kami membolehkan perniagaan untuk menghadapi cabaran yang berkaitan dengan menguruskan armada tempatan, dan meningkatkan daya pengeluaran bagi tenaga kerja mudah alih mereka, dengan mendapatkan kepintaran perniagaan yang boleh diambil tindakan daripada data  perilaku pemandu dan kenderaan secara tepat masa  dan data masa lampau. Penyelesaian Fleetmatics Group yang berasaskan web yang intuitif dan menjimatkan kos menyediakan kepada pengendali armada dengan darjah penglihatan ke dalam lokasi kenderaan, penggunaan bahan api, kelajuan dan perbatuan, dan pandangan lain ke dalam tenaga kerja mudah alih mereka, sekali gus membolehkan mereka untuk mengurangkan kos operasi dan modal, serta peningkatan hasil. Satu produk pengurusan tenaga kerja mudah alih yang bersepadu dan lengkap menawarkan kecekapan tambahan yang berkaitan kepada pengurusan kerja dengan memberi kuasa kepada pekerja lapangan dan mempercepatkan proses menyiapkan kerja – yang dinyatakan melalui pembayaran. Sehingga 30 September, 2015, Fleetmatics memberi perkhidmatan kepada kira-kira 31,000 pelanggan pengurusan armada, dengan kira-kira 655,000 kenderaan yang dilanggan di seluruh dunia. Fleetmatics telah menggunakan, dan berhasrat untuk terus menggunakan, bahagian perhubungan pelabur di laman sesawang mereka sebagai satu cara untuk mendedahkan bahan maklumat bukan awam dan untuk mematuhi pendedahan bertanggungjawab di bawah Peraturan FD. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fleetmatics, sila lawati www.fleetmatics.com.

Hubungi
Perhubungan Pelabur:
Brian Norris, +1 781-250-3829
Naib Presiden Perhubungan Pelabur
brian.norris@fleetmatics.com
atau
Perhubungan Awam:
Juli Burda, +1 847-378-4398
Pengarah Perhubungan Awam
juli.burda@fleetmatics.com
 
Sumber: Fleetmatics Group PLC
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160104005341/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.