ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  TCL LANCAR SIRI QUHD TV YANG PERTAMA DI DUNIA DI CES 2016

Wednesday 06/01/2016



LAS VEGAS, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL Multimedia Technology Holdings Ltd. (01070. HK), satu daripada pengeluar TV yang terbesar di dunia, telah melancarkan barisan produk QUHD TV Xclusive (X1) yang pertama di dunia pada Pameran Elektronik Pengguna CES 2016.
 
QUHD TV adalah satu kategori produk mewah yang dilancarkan oleh TCL pada tahun 2016, yang dilengkapi dengan teknologi pemprosesan kualiti gambar yang utama seperti Quantum Dot, pemalapan setempat yang nipis dan HDR, serta teknologi hiburan yang terunggul yang digabungkan dengan reka bentuk perindustrian yang berinovatif, pembesar suara yang berkualiti tinggi dan TV+OS. Sebagai satu generasi baharu produk TV untuk memimpin trend industri tersebut, QUHD TV telah menggunakan secara khusus teknologi pemalapan setempat yang nipis untuk mengurangkan jarak optik kepada 5mm yang menjadikan Xclusive (X1) sebagai quantum dot TV pemalapan setempat yang paling nipis di dunia. Satu lagi teknologi yang berinovatif, Dolby Vision HDR, juga digunakan dalam produk-produk baharu untuk mengubah keseluruhan proses rakaman, pasca penerbitan, penghantaran dan representasi, dan mewakili warna-warna alam semula jadi yang pelbagai. Selain itu, di bawah konsep reka bentuk semua dalam satu, TCL membolehkan penutup belakang untuk mempunyai permukaan yang agak bersih tanpa sebarang skru atau jurang, yang juga membuat garisan kontur Xclusive (X1) jelas dan mengalir.
 
Siri Xclusive (X1) yang baharu membawa bersama-sama pengalaman kualiti gambar yang terbaik, kualiti bunyi yang tinggi, reka bentuk Nordic dan sistem audio dan video yang bertenaga untuk mewujudkan satu pengalaman TV yang serba mewah. Dengan menggabungkan teknologi paparan HDR yang serba canggih dan ciri-ciri resolusi dan paparan QUHD, Siri Xclusive (X1) menyampaikan segala macam warna yang luas untuk warna yang lebih realistik, paparan yang lebih cerah dan peningkatan kontras cerah ke gelap. TV Xclusive (X1) TCL dilengkapi dengan Skrin ultra nipis, sebuah panel kristal hitam, Enjin Pemprosesan Paparan Pintar dan pembesar suara HIFI, agar penonton bukan sahaja dapat menikmati imej yang terkini dengan peningkatan butiran dan kejelasan yang realistik, tetapi juga menikmati kesan audio yang menarik dan representasi bunyi yang jitu.
 
"Siri Xclusive (X1) yang baharu menggabungkan teknologi TV yang terkini seperti prestasi HDR, resolusi 4K dan paparan Quantum Dot untuk membawa pengalaman sinematik ke dalam rumah, dan sistem operasi ekosistem TV+ yang terkini yang kami wujudkan akan juga menyampaikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan," kata Warren Wang, Pengurus Besar bagi Pusat Perniagaan Luar Negara, TCL Multimedia. "Barisan produk ini menyaksikan TCL mengotakan janjinya untuk menyampaikan teknologi industri yang terkemuka, reka bentuk anggun dan pilihan kandungan yang mantap yang kesemuanya pada nilai harga yang dihargai oleh pengguna."
 
TCL juga telah diberikan penghormatan di CES 2016 oleh IDG Top10 Brands dari China sebagai Jenama CE 50 Terbaik Dunia dan Jenama TV 20 Terbaik Dunia. Ia adalah khusus kerana menjadi sebahagian daripada detik dan saat ikatan kekeluargaan yang dihargai dan membawa kegembiraan setiap hari kepada keluarga muda yang disasarkan dengan inovasi teknologi gaya hidup yang menguntungkan. Bertujuan untuk menjadi satu daripada jenama teknologi yang paling dihormati di dunia, jenama TCL pada masa hadapan akan menawarkan ciri-ciri visual dan fungsi menarik, serta manfaat fungsi dan emosi kepada pengguna.
 
Maklumat mengenai TCL Multimedia
 
Dengan beribu pejabat di China, TCL Multimedia Technology Holdings Limited (HKSE: 01.070) adalah satu daripada syarikat utama dalam industri TV global, yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan pengedaran produk elektronik pengguna. Melalui satu model perniagaan baharu yang berorientasikan produk dan pengguna yang memberi tumpuan terutamanya kepada strategi "berganda +" yang termasuk "kepintaran + Internet" dan "produk + perkhidmatan" sebagai arah haluan utama, berusaha untuk menjadi sebuah "perusahaan teknologi hiburan bertaraf global" yang menyediakan penyelesaian hiburan bersepadu kepada pelanggan.
 
Hubungi
TCL Multimedia
Jolin Shang, 86-139-2467-9051
Jolin.shang@tcl.com
atau
Elaine Tao, +86 13922800453
lingran.tao@tcl.com

Sumber: TCL Multimedia Technology Holdings Limited
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160105006855/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.