ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  SARAWAK HIDRO MENAJA BEG SEKOLAH KEPADA PELAJAR TINGKATAN SATU SMK BAKUN

Tuesday 12/01/2016


Pengurusan, kakitangan Sarawak Hidro dan pihak SMK Bakun semasa Majlis Penyerahan Beg Sekolah Kepada Pelajar Tingkatan Satu SMK Bakun



BAKUN,BELAGA, 12 Jan (Bernama) -- Sarawak Hidro Sdn Bhd (Sarawk Hidro) telah menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada lebih 300 pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun di dalam satu program yang diadakan pada 8 Januari 2016  bersempena dengan majlis penutup minggu orientasi sekolah.
 
Sumbangan beg disampaikan oleh Ir Zulkifle Osman, Pengarah Urusan Sarawak Hidro kepada Encik Roger Peter, Pengetua SMK Bakun, dimana program ini merupakan sebahagian Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada penduduk di sekitar Bakun.
 
Turut hadir adalah Encik Anuar Abu Bakar, Pengurus Besar Sarawak Hidro (Operasi dan Senggaraan), Encik Faisal Shahbudin, Pengurus Besar Sarawak Hidro (Khidmat Korporat), guru-guru, semua pelajar tingkatan satu, wakil dari Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan perwakilan media.
 
Ir Zulkifle Osman berkata, “Sarawak Hidro bukan sahaja memfokuskan kepada pencapaian syarikat dan keuntungan, tetapi juga kepada sumbangan untuk pembangunan lestari penduduk setempat, di mana projek-projek CSR merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kami. Saya juga percaya dengan wujudnya program seperti ini, ia mampu mengukuhkan talian silaturahim kami dengan penduduk setempat, terutamanya generasi muda”.

Encik Roger Peter, Pengetua SMK Bakun juga menambah, “Pihak kami sangat menghargai usaha Sarawak Hidro dalam menganjurkan program seumpama ini. Kami percaya sumbangan ini akan memberi keceriaan kepada para pelajar, disamping memberi galakkan kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang”.
 
Dalam majlis yang sama juga, pihak Sarawak Hidro telah menyerahkan replika cek bernilai RM29,998.00 untuk tujuan pembelian meja-boleh-tindih yang akan digunakan untuk kemudahan belajar dan peperiksaan. Kedua-dua sumbangan ini merupakan sokongan padu Sarawak Hidro terhadap pembangunan modal insan di kalangan penduduk setempat yang berterusan, lebih-lebih lagi terhadap generasi mudanya.
 
Mengenai Sarawak Hidro:
Sarawak Hidro Sdn Bhd (Sarawak Hidro) sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, berjaya membangun dan menguruskan Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun (BHEPP) pada tahun 2014. Dengan keupayaan membekal 2,400 megawatt tenaga elektrik, BHEPP memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada transformasi ekonomi Sarawak dan Malaysia. Hal ini penting kepada rancangan perindustrian Sarawak, terutamanya Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dalam merangsang pertumbuhan industry baru. Sarawak Hidro juga memfokuskan kepada Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) demi menjamin pembangunan lestari dan kesejahteraan masyarakat luar bandar setempat.
 
SUMBER : Sarawak Hidro Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Shahir Malek
Komunikasi Korporat
Tel : 03-7932 2310/017-3739 451
Emel : shahirab@sarawak-hidro.com
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.