ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  KAYM TAWAR PROGRAM IJAZAH UTM

Tuesday 12/01/2016



MELAKA, 12 Jan (Bernama) -- Kolej Antrabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kini menawarkan 4 program ijazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Perisian) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian  Keselamatan Komputer.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata  pengalaman menawarkan program-program kerjasama diploma UTM sejak tahun 1997 meyakinkan UTM bahawa KAYM mampu menyediakan program berkualiti setanding IPT yang lain” ujurnya.

“Ini merupakan laluan atau hala tuju terutama bagi  pelajar lepasan diploma UTM-KAYM untuk melanjutkan di pengajian ijazah dengan pengambilan pertama pada bulan Februari ini ” katanya lagi.

“Bagi program kerjasama UTM-KAYM, para pelajar tidak perlu bimbang walaupun belajar di KAYM kerana semua silibus dan kertas peperiksaan adalah dari kampus induk UTM sendiri  dan majlis konvokesyen juga di UTM induk “.
 
Bagi yang berminat dijemput hadir ke Hari Informasi KAYM untuk sesi taklimat dan temuduga terbuka  pada 20 Januari  ini mulai jam 10.00 pagi.

Sejak ditubuhkan 18 tahun lalu, KAYM membuktikan keupayaannya dalam melahirkan ramai tenaga mahir dalam pelbagai bidang.

 “Langkah ke pengajian ijazah ini penting bagi menyediakan Modal Insan berwibawa dan melahirkan lebih ramai golongan pengurusan dan profesional untuk kemajuan negara di masa akan datang.
 
Katanya, pihak KAYM akan terus berusaha memantapkan program-program pengajian yang dijalankan di kolej ini terutama bagi menawarkan program-program di peringkat ijazah.

Menurut Saroni lagi, antara usaha awal bagi mencapai status itu ialah menawarkan program ijazah dengan kerjasama universiti-universiti  tempatan dan luar negara.

SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel  :  (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Fax :  (606) 2861062
Email  :  harmiyati@kym.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.