ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  TGI FRIDAYS MENAMAKAN ROBERT PALLESCHI SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Wednesday 13/01/2016



Seorang tokoh veteran dalam bidang hospitaliti global dari Hilton membawa inovasi, pengembangan jenama dan pengalaman francais ke Fridays
 
CARROLLTON, Texas, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TGI Fridays hari ini melantik Robert Palleschi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 8 Februari 2016. Palleschi menggantikan Nick Shepherd yang meletak jawatan daripada syarikat itu pada Oktober 2015.
 
Palleschi berkhidmat selama 12 tahun di syarikat hospitaliti global, Hilton Worldwide, yang mengendalikan 12 jenama global bertaraf dunia dan termasuk lebih 4,500 hotel dan hartanah kongsi masa yang diurus, difrancais, dimiliki dan disewakan. Palleschi pada masa ini berkhidmat sebagai Ketua Global bagi Jenama Perkhidmatan Penuh, di mana beliau menyelia kesemua operasi francais dan jenama bagi jenama utama Hilton, Hilton Hotels & Resorts, DoubleTree by Hilton dan Curio, A Collection by Hilton. Beliau bertanggungjawab ke atas portfolio bagi lebih 1,000 buah hotel dan resort merentasi 91 buah negara dan enam benua.
 
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, hasil pendapatan di bawah portfolio Jenama Perkhidmatan Penuh telah meningkat dengan ketara, termasuk pertumbuhan dua angka di dalam pendapatan bilik, makanan dan  minuman.
 
Pada tahun 2009, Palleschi telah menyelia pemulihan jenama DoubleTree Hilton. Ini dicapai dengan mewujudkan satu strategi pertumbuhan global yang agresif yang memberi tumpuan kepada pengalaman tetamu, kualiti produk, dan satu identiti jenama yang baharu. Hari ini, jenama DoubleTree yang mempunyai 450 buah hotel dengan mempunyai satu saluran yang kukuh yang sedang dalam pembinaan. Di samping itu, Rob bekerjasama dengan pemilik dan pemegang francais komuniti global untuk melancarkan jenama Curio Collection, satu kumpulan hotel yang unik, masing-masing dengan sejarah dan ciri-ciri mereka sendiri di bandar raya di seluruh dunia.
 
"Rob membawa bersama-sama pengalaman hampir tiga dekad dalam bidang operasi global dan francais ke Fridays - pengalaman yang amat penting berdasarkan kepada model perniagaan kami. Beliau mempunyai rekod prestasi yang baik untuk membina jenama global yang ikonik, yang didorong oleh inovasi dan perkongsian yang berkesan," kata John Antioco, Pengerusi Lembaga TGI Fridays. "Sebagai seorang veteran dalam bidang hospitaliti, beliau tahu betapa pentingnya menguruskan perhubungan dalam komuniti francais serta memupuk pengalaman tetamu yang menarik."
 
"Saya telah membina kerjaya saya di sekitar satu premis - iaitu setiap tetamu adalah penting," kata Palleschi. "Inilah yang menarik saya ke Fridays, sebuah syarikat yang warisan dan kedudukan jenamanya yang berbeza yang dapat memberikan pertumbuhan jangka panjang yang berterusan. Ia adalah satu jenama yang mempunyai daya ketahanan dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan jenama mereka yang berbakat dan kumpulan rakan francais yang bersemangat dalam pengembaraan ini."
 
David Lobel, Rakan Pengurusan di Sentinel Capital Partners, pemegang saham majoriti di TGI Fridays, mengulas, "Rob adalah seorang eksekutif yang luar biasa dan kami amat yakin dengan keupayaan beliau. Beliau tahu bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan sistem francais global berjenama itu sehingga berjaya dan bagaimana untuk bekerja dengan pemilikan ekuiti persendirian - satu gabungan yang tidak dapat kami abaikan."
 
Palleschi berkata, "Fridays sudah mempunyai satu perancangan inisiatif yang mantap yang dirancang untuk tahun 2016. Dari melancarkan menu yang berinovasi kepada pengimejan semula reka bentuk restoran, jenama itu sedang membuat langkah-langkah strategik yang berasaskan kepada penyelidikan pengguna yang teguh yang akan terus melibatkan tetamu dan menambahkan pendapatan. Inovasi akan terus melonjakkan jenama itu ke hadapan pada tahun 2016 dan seterusnya."
 
Fridays mengekalkan Egon Zehnder, sebuah firma pencarian eksekutif gobal yang terkemuka, untuk menasihati Lembaga Fridays mengenai pencarian ini.
 
Maklumat mengenai TGI Fridays
 
Ditubuhkan di Bandar Raya New York pada tahun 1965, TGI Fridays, yang dimiliki bersama oleh firma ekuiti persendirian Sentinel Capital Partners dan Tri-Artisan Capital Partners, mengendalikan lebih 900 buah restoran di 61 buah negara. Sebagai bar dan gril makan kasual yang asal, Fridays menawarkan makanan dan minuman legenda yang asli dari Amerika Syarikat, yang dihidangkan dengan perkhidmatan peribadi yang tulen. Mengumpulkan orang ramai bersama-sama untuk bersosial dan meraikan semangat kemerdekaan "hari Jumaat" adalah premis pengasas konsep ini, dari mana jenama itu menjanjikan "Di sini, Ia Sentiasa Hari Jumaat" dilahirkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fridays.com.
 
Lihat sumber versi ini di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160112006345/en/
 
Hubungi
Zeno Group
Kim Metcalfe, 312-396-9797
Kim.Metcalfe@zenogroup.com
 
Sumber: TGI Fridays
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.