ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PEMENANG UTAMA KEMPEN FESTIVAL AGROBANK BAWA PULANG KERETA HONDA CITY

Wednesday 13/01/2016


Ju Zamri bin Ishak pemenang utama "Festival Agrobank" bersama kereta yang dimenanginya



PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Agrobank telah meraikan 14 pemenang  Kempen Festival Agrobank pada 11 Januari 2016. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di perkarangan pejabat kementerian.

Kempen Festival Agrobank ini telah berlangsung dari 20 November 2014 sehingga 31 Mei 2015 dan ia terbuka kepada pelanggan Agrobank yang mendaftar  dengan produk Takaful Kasih Insuran (kini dikenali sebagai Takaful Kasih Plus+) dan juga mendapatkan produk pembiayaan peribadi  Agrocash-i.

Festival Agrobank merupakan kempen yang dijalankan oleh Agrobank dengan kolaborasi Syarikat Takaful Malaysia (STMB) yang bertujuan untuk mempromosi produk takaful dan menggalakkan orang ramai mendapatkan perlidungan berikut dengan harga yang berpatutan. Produk Takaful Kasih (Plus+) merupakan perlindungan 24 jam di seluruh dunia bagi manfaat kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan dan turut mendapat elaun khairat kematian, tuntutan perubatan dan wad mengikut pelan yang ada.

Berikut adalah senarai pemenang utama bagi Kempen Festival Agrobank:
 
BILNAMAHADIAH
1Ju Zamri Bin Nor Ishak
Kuantan, Pahang
Honda City 1.5 L S+
 
2Nurul Afiqah Binti Azemin
Bandar  Bera, Pahang
Modenas ACE 115 New Facelift
 
3Chua Kok Foo
Kota Kinabalu, Sabah
Modenas ACE 115 New Facelift
 
4Mohd Taip Bin Hambali
Bintulu, Sarawak
Modenas ACE 115 New Facelift
 


Menurut, Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Kempen Festival Agrobank merupakan antara inisiatif bank untuk mempromosikan pembiayaan peribadi Agrocash-i dan juga perlindungan takaful dengan harga yang sangat berpatutan.

“Melalui kempen Festival Agrobank ini, Agrobank mempromosikan pembiayaan peribadi dan perlindungan dengan kadar yang sangat berpatutan. Contohnya dengan perlindungan Takaful Kasih daripada Agrobank, pelanggan oleh mendapatkan perlindungan bernilai RM10,000 setahun dengan hanya RM10.60 sahaja.  Perlindungan ini tidak tertumpu kepada golongan petani dan komuniti nelayan sahaja malah terbuka kepada semua. 

“Agrobank komited memberikan perkhidmatan kewangan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Dalam apa jua keadaan ekonomi, perlindungan takaful penting untuk melindungi keluarga, jadi penting untuk orang ramai mendapatkannya dengan harga yang tidak membebankan".

Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersempena majlis Amanat Menteri 2016.

Mengenai Agrobank
Agrobank adalah salah satu daripada bank unggul di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan menyeluruh khusus untuk memperkasakan sektor pertanian. Agrobank adalah sebuah syarikat milik Kerajaan (GOC) di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
 
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil demi memperkasakan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna
 
Dengan 46 tahun pengalaman, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 189 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
 
www.agrobank.com.my

Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Name : Ainul Rofidza Ibrahim
Tel : 03-2731 1600 (2624) / 019-225 8210

Name : Nor Faeza Sabari 
Tel : 03-2731 1600 (ext 1672) / 019-352 0158

Name : Syarifah Syameen Syed Johari
Tel : 03-2731 1600 (ext 1652) / 012- 3101766

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.