ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  UNISYS AKAN MENYAMPAIKAN INOVASI KESELAMATAN PERUSAHAAN PADA AWAN AWS

Wednesday 20/01/2016



AsiaNet 63146

BLUE BELL, Pa., 20 Jan., 2015 /Medianet International-AsiaNet/--

 
Teknologi Unisys Stealth yang telah memenangi anugerah menyampaikan pensegmenan mikro pada Awan Amazon Web Services untuk ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, pengurusan yang dipermudahkan, kos yang lebih rendah dan hasil yang lebih pantas
 
Unisys Corporation (www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyediakan kepada perusahaan dengan penyelesaian keselamatan pensegmenan mikro yang telah memenangi anugerah Unisys Stealth(TM) di Awan Amazon Web Services (AWS) (https://aws.amazon.com/), yang boleh didapati oleh pelanggan untuk memperoleh dan menggunakannya dengan serta merta dari Tempat Pasaran AWS.
 
Penyelesaian itu akan menyediakan ciri-ciri keselamatan yang termaju kepada pelanggan AWS, dan pada masa yang sama menyediakan kepada pelanggan Unisys dengan kemudahan akses dan skala bagi Awan AWS.
 
Unisys mengoptimumkan penawaran Stealth mereka untuk memberikan satu cara yang pantas dan mudah kepada pelanggan AWS untuk melindungi maklumat dan aplikasi penting terhadap ancaman yang sentiasa berubah.
 
AWS menyediakan satu platform infrastruktur yang sangat boleh dipercayai, berskala, berkos rendah yang digunakan oleh lebih satu juta pelanggan aktif merentasi 190 buah negara di seluruh pelusuk dunia. Dengan Stealth pada AWS, organisasi boleh dengan mudah mengintegrasikan perlindungan tambahan, mematuhi peraturan-peraturan, dan pensegmenan mikro dengan menggunakan mesin maya mereka dari jiran-jiran apabila berurusan dengan awan.
 
Penyelesaian itu adalah satu lagi langkah dalam mencipta semula Unisys sebagai pemimpin teknologi dan perkhidmatan IT yang memberi tumpuan kepada transformasi digital yang selamat. Ia juga menggambarkan strategi aset ringan ketika berurusan dengan pembekal teknologi awan, yang melengkapkan keupayaan termaju Unisys itu sendiri dalam infrastruktur dan perkhidmatan pengurusan, analisis, perkhidmatan aplikasi dan perisian, dan juga keselamatan.
 
"Keselamatan dan pengkomputeran awan adalah keutamaan strategik bagi perniagaan hari ini," kata Peter Altabef, presiden dan ketua pegawai eksekutif Unisys. "Keselamatan yang terbukti bagi Perusahaan yang berkembang untuk memenuhi ancaman masa hadapan akan menyediakan jaminan tambahan kepada perusahaan dan kerajaan yang sedang menggerakkan operasi teras ke awan. Mengintegrasikan Stealth ke atas Awan AWS memajukan kepimpinan Unisys dalam keselamatan, dan mencerminkan komitmen kami untuk terus memberikan inovasi yang menyelesaikan cabaran perniagaan yang sebenar."
 
"Keselamatan adalah isu utama bagi pelanggan kami, dan di AWS, ia adalah keutamaan nombor satu kami. Unisys Stealth di AWS menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk perusahaan menggerakkan beban kerja mereka kepada Awan AWS," kata Stephen Schmidt,  ketua pegawai keselamatan maklumat, Amazon Web Services, Inc. "Kami gembira kerana penyelesaian ini kini boleh didapati di Tempat Pasaran AWS, yang menawarkan kepada pelanggan kami dengan akses segera kepada keupayaan perlindungan keselamatan Stealth."
 
Dengan Stealth pada AWS, pengguna boleh dengan cepat dan mudah mensegmenkan secara mikro bahagian awan mereka sendiri daripada pengguna lain sambil mengekalkan kekunci penyulitan mereka sendiri. Mereka boleh menyatukan perlindungan keselamatan dalaman mereka dengan mereka yang berada pada awan itu, menguatkuasakan penyulitan mesin-ke-mesin secara maya dalam awan, dan mengurangkan serangan permukaan.
 
Di samping itu, Stealth pada AWS membolehkan organisasi untuk melanjutkan keseluruhan beban kerja dengan selamat dari pusat-pusat data ke awan; menguruskan akses melalui sistem pengenalan yang sedia ada termasuk Active Directory atau LDAP; dan dengan mudah mengintegrasikan rakan rantaian bekalan kepada segmen mikro tanpa memberi mereka akses yang luas - kesemuanya di peringkat paket tanpa apa-apa perkakasan baharu, peraturan firewall, atau perubahan aplikasi.
 
Perisian Unisys Stealth menggunakan teknik dan penyulitan pensegmenan mikro yang berasaskan identiti untuk melindungi data dan aplikasi pada Awan AWS. Perlindungan Stealth menjadikan data dan aplikasi tidak dapat dilihat oleh penggodam dan pengguna yang tidak dibenarkan dengan menyulitkan trafik di antara kesemua titik akhir yang dilindungi oleh Stealth.
 
Pelanggan boleh memperoleh Stealth secara terus daripada Tempat Pasaran AWS, di mana Unisys juga menawarkan satu Pemacu Ujian AWS yang membolehkan perusahaan untuk mengakses persekitaran peribadi dengan menggunakan Stealth. Menggunakan sebuah makmal manual dan video selangkah demi selangkah, mereka boleh belajar lebih lanjut mengenai Stealth dan bagaimana ia berfungsi, tanpa caj yang dikenakan sebagai sebahagian daripada Peringkat Percuma AWS.
 
ebagai alternatif, perusahaan yang ingin memperluaskan infrastruktur secara dinamik di premis mereka kepada AWS boleh menggunakan keupayaan "memecah awan" Stealth, yang mengautomasikan peralihan beban kerja selamat terus ke dalam AWS.
 
"Perusahaan kini boleh menggunakan Stealth sebagai platform tunggal mereka untuk melindungi kedua-dua pusat data dan persekitaran awan mereka, sekali gus mengurangkan dengan ketara kerumitan dan kos bagi pelbagai platform," kata Tom Patterson, naib presiden dan pengurus besar untuk penyelesaian keselamatan global, Unisys. "Tahap perlindungan yang menyeluruh ini mengetepikan sekatan untuk pelbagai organisasi yang ingin memanfaatkan awan, dan akan membuka laluan kepada penjimatan kos yang besar dan ketangkasan perniagaan yang diperlukan dalam persekitaran yang kompetitif pada hari ini."
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang berusaha dengan kebanyakan syarikat terbesar dan organisasi kerajaan di dunia untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling hebat. Unisys mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian bersepadu dan canggih kepada pelanggan dalam pasaran kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersil. Dengan mempunyai lebih 20,000 orang pekerja yang berkhidmat dengan pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com dan www.unisys.com/security.
 
Ikuti Unisys di Twitter (http://www.twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
###
 
NOMBOR KELUARAN: 0119/9382
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, dan juga logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.
 
Hubungi: Brad Bass
          Unisys
          Tel: +61-703-439-5887
          E-mel: brad.bass@unisys.com
 
          Candace Metoyer
          Hill + Knowlton Strategies bagi pihak Unisys
          Tel: +61-415-856-5176
          E-mel: Unisys.Team@hkstrategies.com
 
SUMBER: Unisys Corporation 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.