ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MERCK LANCAR VIVERA DI AMERIKA LATIN

Wednesday 20/01/2016



Merck lancar Vivera, sebuah jenama Kesihatan Pengguna baharu untuk kesakitan gastrousus, bermula pada Januari 2016 di Chile

Merck mengumumkan peralihan bagi tiga jenama tambahan daripada portfolio Biopharma mereka kepada perniagaan Kesihatan Pengguna di Amerika Latin
 
DARMSTADT, Jerman, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran jenama pengguna mereka yang baharu Vivera® di Amerika Latin. Vivera dilancarkan terlebih dahulu di Chile pada Januari 2016, dengan diikuti oleh beberapa pasaran Amerika Latin utama yang lain pada tahun 2016. Vivera memberikan kelegaan segera daripada kesakitan gastrousus dengan mempercepatkan proses penyembuhan semula jadi.

Merck merumuskan Vivera dengan menggunakan B.Aliv®, satu daripada probiotik yang paling dikaji dan paling berkesan di dunia untuk merawat kesakitan gastrousus,  yang berfungsi dengan memperbaiki semula flora usus. Makanan tambahan Vivera diperolehi dalam bentuk paket serbuk yang praktikal dan berinovatif yang sedia  untuk digunakan, menjadikannya satu pilihan yang ideal bagi kanak-kanak dan orang dewasa untuk menggunakan di mana jua mereka berada.

Uta Kemmerich-Keil, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Kesihatan Pengguna Merck, mengulas: "Kami benar-benar mengalu-alukan pelancaran Vivera! Vivera adalah produk probiotik yang hebat yang mempercepatkan proses penyembuhan selepas kesakitan gastrousus dan mengembalikan fungsi sistem penghadaman secara semulajadi. Saya yakin bahawa kita mempunyai satu proposisi yang benar-benar terbaik untuk kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa, terutamanya ketika mencari pilihan yang bersifat semula jadi dan berkesan."

Peralihan jenama daripada Biopharma kepada Kesihatan Pengguna

Juga di Amerika Latin, Merck mengumumkan gelombang kedua pemindahan jenama daripada perniagaan Biopharma kepada perniagaan Kesihatan Pengguna. Ini bermula dari Januari 2016 dan seterusnya di Colombia, Ecuador dan Peru dan kemudian pada tahun 2017 di Chile. Jenama-jenama yang terlibat dalam pemindahan itu adalah Anemidox® / Confer®, satu rawatan dan pencegahan bagi kekurangan zat besi anemia yang berkaitan pada setiap peringkat kehidupan; Hepabionta®, sejenis pelindung hati;
 
Uta Kemmerich-Keil menjelaskan, "Kami telah memutuskan untuk memindahkan jenama-jenama ini kerana kesemua daripada mereka mempunyai potensi yang besar bagi kepenggunaan. Dengan memanfaatkan pendekatan ini, kami akan terus membangunkan jenama-jenama ini dan dengan itu menjanakan pertumbuhan seterusnya.

Semua Siaran Akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia dapat diperolehi di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini. 

Maklumat mengenai Perniagaan Kesihatan Pengguna Merck 

Jenama daripada perniagaan Kesihatan Pengguna seperti Dolo-Neurobion®, Neurobion®, Bion®, Seven Seas®, Nasivin®, and Femibion® adalah pemimpin inovatif dalam pasaran utama, yang disokong oleh sains dan dipercayai oleh pengguna di seluruh pelusuk dunia. Perniagaan Kesihatan Pengguna mempunyai lebih 2,700 orang pekerja yang aktif di peringkat global di lebih 40 pasaran. Sejak tahun 2014, portfolio itu terdiri daripada jenama-jenama dengan jumlah jualan tahunan kira-kira $1 bilion. Kesihatan Pengguna adalah satu perniagaan dalam sektor perniagaan Penjagaan kesihatan dalam Kumpulan Merck dengan ibu pejabat global terletak di Darmstadt, Jerman. Untuk maklumat lanjut sila layari www.merck-consumer-health.com 

Maklumat mengenai Merck 

Merck adalah sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Kira-kira 50,000 orang pekerja berusaha untuk memajukan lagi teknologi yang dapat menambah baik dan meningkatkan taraf kehidupan - daripada terapi biofarmaseutikal untuk merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem canggih untuk penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada cecair kristal untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada tahun 2014, Merck menjanakan jualan sebanyak €11.3 bilion di 66 buah negara. 

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck adalah merupakan syarikat farmaseutikal dan kimia yang tertua di dunia. Keluarga pengasas kekal menjadi pemilik majoriti kumpulan korporat yang tersenarai awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian adalah Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat itu beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.
 
Hubungi
Merck
Lars Atorf
+49 6151 856 3114
Sumber: Merck
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160120005013/en  

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.