ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL ANJUR PAMERAN FESTIVAL ANAK PATUNG PEREMPUAN

Wednesday 20/01/2016



Memaparkan 6,000 Perhiasan Seni Gantung, Kesenian Tradisional Pembalut Hadiah "Origata" dan Mengikat Simpul "Musubi"

TOKYO, 20 Jan  (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas kesenian Jepun bertajuk "Menikmati Festival Anak Patung Perempuan Tradisional Jepun (Hinamatsuri)" yang memaparkan pelbagai karya seni tradisional pada Februari dan Mac, 2016. "Hinamatsuri" adalah satu acara tradisional yang diadakan setiap tahun di Jepun di mana keluarga mendoakan kesihatan dan kebahagiaan anak-anak perempuan mereka. Festival ini dikenali kerana anak patung dan perhiasan yang berwarna-warni yang mencakupi suasana musim bunga ketika ia diadakan. Pameran kami pada tahun ini memaparkan lebih 6,000 seni kain sutera yang ditenun halus dengan tangan untuk membolehkan pengunjung merasai kesenian tradisional Jepun yang melibatkan festival anak patung. Di samping itu, hasil seni pembalut hadiah "origata" dan mengikat simpul "musubi", yang kaedahnya juga digunakan dalam perhiasan anak patung ‘hinamatsuri”, akan dipamerkan untuk menunjukkan cara bagaimana mereka telah memainkan peranan penting dalam budaya Jepun.

"Origata," atau seni membalut hadiah, berusia 600 tahun dan berasal sebagai sebahagian daripada budaya kelas atasan pahlawan "samurai". Ia juga melambangkan akar umbi budaya Jepun dalam membalut hadiah, dan direka untuk membungkus bukan sahaja aspek fizikal hadiah, tetapi juga untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada penerima. Kira-kira 30 contoh pelbagai gaya pembalut hadiah daripada Yamane Origata School akan dipamerkan.

Karya seni artis Toshiko Tanaka dalam mengikat simpul "musubi" akan juga dipaparkan. Tradisi menyimpul ikatan ini menggabungkan kedua-dua aspek keindahan dan praktikal dan telah digunakan bukan sahaja bagi tujuan estetika tetapi juga untuk melindungi pahlawan dengan menghalang hadiah mereka daripada dibuka.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti pameran, sembilan buah restoran di dalam hotel itu akan menyediakan menu khas untuk memperingati musim Festival Anak Patung itu.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel 

Keio Plaza Hotel (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami mempunyai lebih 20 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami kerana kemudahan, perkhidmatan hebat, dan layanan mesra kami. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawang kami di http://www.keioplaza.com, Facebook, atau Instagram. 

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51262561&lang=en  

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-3344-0111
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp 

Sumber: Keio Plaza Hotel 
Pintar
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160120005523/en  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.