ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PLATFORM MERENTASI SEMPADAN WESTERN UNION MENGHUBUNGKAN PENGGUNA KEPADA LEBIH SATU JUTA AKAUN BANK

Thursday 21/01/2016



SAN FRANCISCO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Western Union Company (NYSE: WU), sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran di peringkat global, hari ini mengumumkan rangkaian pembayaran akaunnya, satu keupayaan di peringkat dunia yang membolehkan pemindahan wang merentasi sempadan yang diarahkan ke akaun-akaun bank - telah mencapai satu kejayaan baharu, kini menghubungkan pengguna kepada lebih satu bilion akaun bank.

"Western Union diiktiraf sebagai sebuah pemimpin di dalam perkhidmatan pembayaran global dengan satu rangkaian lokasi ejen, ATM dan perkhidmatan dalam talian. Keupayaan tambahan untuk membayar di lebih satu bilion akaun bank memberikan pengguna satu pilihan yang hebat apabila menghantar wang melalui Western Union," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Hikmet Ersek.

"Keupayaan rangkaian pembayaran akaun itu melambangkan satu evolusi semula jadi dalam platform merentas sempadan dan strategi semua saluran Western Union untuk mencapai pengguna celik digital, bank dan mudah alih yang baharu. Western Union sedang giat mencari perusahaan inovasi digital yang meluas, meningkatkan pilihan pengguna bagi saluran pemindahan wang dan memudahkan kemasukan kewangan di negara-negara membangun di seluruh dunia," kata Ersek.

Seseorang pengguna boleh menghantar wang, yang dibiayai oleh wang tunai, kad debit atau kad kredit, dengan satu cara yang cepat, cekap dan menjimatkan kos, terus ke dalam akaun penerima melalui www.westernunion.com, sama ada secara dalam talian atau melalui peranti mudah alih, jika ada. Pengguna juga boleh menggunakan wang tunai untuk menghantar dana kepada sebuah akaun dari lokasi ejen WU® yang mengambil bahagian.

Platform rentas sempadan Western Union adalah satu penyelesaian FinTech yang terkemuka di dalam industri. Ia menggunakan satu jenama platform web baharu, aplikasi mudah alih yang bernilai tinggi, dengan digabungkan bersama-sama penyelesaian bayaran masuk dan bayaran keluar digital dan penukaran pertukaran asing global untuk membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada dompet mudah alih dan satu bilion akaun bank.

Di samping itu, infrastruktur pengawalseliaan, pematuhan dan antipengubahan wang haram WU menggunakan teknologi Hadoop data besar yang canggih untuk memudahkan pergerakan wang secara cekap dan tepat masa di lebih 500,000 lokasi ejen di 200 buah negara dan wilayah, lebih 100,000 ATM dan kios, dan dalam talian di 33 buah negara.

* Perkhidmatan dan kebolehsediaan dana bergantung kepada faktor tertentu, termasuk Perkhidmatan yang dipilih, pemilihan opsyen penghantaran tertangguh, terma khas yang terpakai bagi setiap Perkhidmatan, jumlah yang dihantar, negara destinasi, kebolehsediaan mata wang, isu-isu pengawalseliaan, isu-isu perlindungan pengguna, keperluan pengenalan diri, sekatan penghantaran, waktu bertugas ejen lokasi, dan perbezaan dalam zon masa (secara kolektif, "Sekatan").

Maklumat mengenai Western Union

The Western Union Company (NYSE: WU) adalah sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran di peringkat antarabangsa. Bersama-sama dengan perkhidmatan pembayarannya yang berjenama Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil dan Western Union Business Solutions, Western Union menyediakan kepada pengguna dan perniagaan dengan cara yang cepat, boleh dipercayai dan mudah untuk menghantar dan menerima wang di seluruh dunia, untuk menghantar bayaran dan membeli kiriman wang. Sehingga 30 September 2015, perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan menerusi satu gabungan rangkaian yang terdiri daripada lebih 500,000 ejen lokasi di 200 buah negara dan wilayah dan lebih 100,000 mesin ATM dan kios, dan termasuk keupayaan untuk mengirim wang ke beratus juta akaun. Pada tahun 2014, The Western Union Company menyelesaikan 255 juta urus niaga pengguna ke pengguna di seluruh dunia, dengan menggerakkan amaun prinsipal bernilai $85 bilion di antara pengguna, dan 484 juta pembayaran perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.WesternUnion.com.  

WU-F
WU-G

Hubungi
Western Union
Media:
Dan Diaz, +1-720-332-5564
daniel.diaz@WesternUnion.com
atau
Pelabur:
Mike Salop, +1-720-332-8276
mike.salop@WesternUnion.com
 
Sumber: Western Union
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160120005332/en  


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.