ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  SALECYCLE LANCAR PERKHIDMATAN PEMASARAN SMS

Thursday 21/01/2016



Syarikat pemasaran perilakuan SaleCycle menerajui industri dengan pelancaran penyelesaian pemasaran SMS mereka.
 
SINGAPURA, Jan 21 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Melalui penambahan pemasaran SMS kepada portfolio mereka yang sedia ada iaitu e-mel dan penyelesaian pemasaran di tapak, SaleCycle kini menawarkan satu perkhidmatan Pemasaran Pelbagai Saluran.
 
Ketiga-tiga penyelesaian itu membolehkan pengujudan kempen pemasaran yang melibatkan  pelawat laman sesawang di setiap peringkat proses pembelian. Gabungan teknologi membawa kepada pelbagai penyelesaian sehingga kepada edagang yang lazim.
 
Dengan penggunaan mudah alih terus meningkat, langkah mengintegrasikan strategi mudah alih ke dalam interaksi pelanggan dilihat semakin perlu. SMS menyediakan satu saluran yang mudah bagi syarikat-syarikat untuk berhubungan dengan pelanggan yang sentiasa bergerak.
 
Walaupun pemasaran di lokasi membolehkan syarikat-syarikat untuk berinteraksi dan berhubungan dengan pelawat laman sesawang semasa mereka berada dalam talian, pengunjung yang keluar tanpa menukarkan dalam cara yang dikehendaki boleh membuat tindakan susulan melalui SMS atau pemasaran e-mel. Kedua-dua penyelesaian tertumpu pada berhubungan semula dengan pelanggan-pelanggan terbabit, dan menggalakkan mereka kembali ke laman sesawang itu.
 
Kandungan mesej SMS adalah bersifat peribadi dan dinamik, dengan satu pautan ringkas dapat menyambungkan pengunjung kembali ke dalam proses pembelian. Untuk menyampaikan fungsi ini, SaleCycle telah menjalin kerjasama dengan Dynmark, sebuah pembekal SMS yang terkemuka di dalam industri untuk mengendalikan penghantaran mesej pemasaran SMS.
 
Pelanggan pertama SaleCycle untuk melancarkan pemasaran SMS adalah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia, Firefly. Boon Chuan Teh, Pengurus Airline Systems di Firefly mengulas mengenai penambahan mereka dengan penyelesaian SMS itu, "Keupayaan untuk menggabungkan pemasaran SMS ke dalam kempen-kempen yang sedia ada telah benar-benar meningkatkan kapasiti kami untuk berhubungan semula dengan pelanggan yang berpotensi. Kami telah mula melihat perolehan dan penukaran dari alat SMS, dan amat teruja untuk bekerjasama dalam perkembangan masa hadapan bersama SaleCycle."
 
Dominic Edmunds, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SaleCycle berkata "Saya amat gembira untuk melancarkan pemasaran SMS sebagai sebahagian daripada penyelesaian pelbagai saluran SaleCycle. Kedekatan pesanan mudah alih amat sesuai dengan cara bagaimana jenama-jenama mahu berhubungan dengan pelanggan mereka. Saya sangat teruja untuk melihat bagaimana kita boleh bekerjasama dengan jenama-jenama untuk menggunakan pemasaran SMS secara kreatif bagi mencapai matlamat mereka."
 
SaleCycle adalah komited kepada inovasi dan memajukan dalam ruang mudah alih. Melalui pengembangan portfolio penyelesaian mereka, SaleCycle dapat menangani banyak cabaran yang dihadapi oleh penyedia e-dagang pada hari ini.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Pemasaran Semula Pelbagai Saluran  SaleCycle, sila layari www.SaleCycle.com/Remarketing
 
Maklumat mengenai SaleCycle:
 
Diasaskan pada tahun 2010, syarikat pemasaran perilakuan SaleCycle membantu pemasar menyambung semula dengan pelanggan dalam talian mereka.
 
Penyelesaian SaleCycle membolehkan syarikat-syarikat untuk meningkatkan keseluruhan perjalanan pelanggan mereka - dari saat seseorang melayari dan melihat laman sesawang mereka buat kali pertama, sehinggalah kepada tindakan susulan pembelian dengan gaya.
 
Dengan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Singapura, SaleCycle menjanakan pertumbuhan bagi lebih 500 buah syarikat, termasuk syarikat ternama seperti Ralph Lauren, IKEA dan Virgin Atlantic.
 
Ketahui mengapa orang suka apa yang dilakukan oleh SaleCycle di www.SaleCycle.com
 
Hubungi
SaleCycle
Katie Ash, +65 66352487
katie.ash@salecycle.com
 
Sumber: SaleCycle

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160120006543/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.