ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  UNIONPAY TINGKATKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN PERJALANAN MEREKA BAGI 6 JUTA PELANCONG CHINA YANG MERAIKAN FESTIVAL MUSIM BUNGA DI LUAR NEGARA

Thursday 21/01/2016



AsiaNet 63184
 
SHANGHAI, China, 21 Jan., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada tahun 2015, tanah besar China menduduki nombor satu di dunia dari segi jumlah pelancong keluar dan perbelanjaan pelancongan keluar. Tahun ini, pasaran pelancong keluar menunjukkan peningkatan.
 
Menurut UnionPay International, kira-kira 6 juta pelancong China akan meraikan Festival Musim Bunga yang akan datang di luar negara. Pengembaraan secara bersendirian dan perjalanan secara terperinci adalah merupakan trend perjalanan yang baharu. Dan kad UnionPay telah menjadi antara sahabat pelancong yang terbaik.
 
Festival Musim Bunga & Tahun Baharu: pelancongan keluar mengatasi pelancongan dalam negeri
 
Menurut Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China, 120 orang juta pelancong dari tanah besar China telah melancong ke luar negara pada tahun 2015, dengan perbelanjaan sebanyak RMB 11,625 per kapita. Dua pertiga daripada mereka adalah merupakan pelancong bersendirian.
 
Ledakan daripada pelancongan keluar juga dicerminkan oleh tempahan dengan agensi pelancongan utama, dan bandar raya sumber terbesar adalah Shanghai, Beijing, Suzhou, Hangzhou, Nanjing, dan Guangzhou.
 
Untuk memenuhi tuntutan pelancong yang pelbagai, kad UnionPay adalah merupakan pilihan pembayaran yang paling digemari oleh pelancong China. Penggunaannya di luar negara telah diperluaskan daripada pembelian mewah kepada bidang lain seperti hiburan. Perbelanjaan pelancong di gedung beli-belah di luar negara, pasar raya dan hotel semakin meningkat, dan perkadaran perbelanjaan ke atas hiburan, penyajian makanan dan tiket juga semakin meningkat.
 
Kad UnionPay memudahkan lawatan di peringkat antarabangsa
 
Trend pelancongan keluar China telah menarik perhatian yang luas di pasaran luar negara. Pada tahun 2015, pelancong China yang melawat Australia telah melebihi 1 juta orang. Banyak hotel dan agensi pelancongan di Australia kini menyediakan perkhidmatan bahasa Cina, pemandu pelancong yang berbahasa Cina dan makanan Cina untuk menarik orang China.
 
Penerimaan kad UnionPay dianggap sebagai satu kaedah yang penting untuk menarik pelancong China oleh kebanyakan saudagar di luar negara. Ia juga telah menjadi satu indeks yang penting bagi mengukur tahap kepuasan pelanggan China.
 
Pada masa ini, kad UnionPay diterima di 27 juta saudagar dan 1.9 juta ATM di lebih 150 buah negara dan wilayah, yang meliputi saudagar tradisional dan juga sebagai tempat perbelanjaan hari ke hari, kebanyakannya menyediakan tawaran eksklusif untuk kad UnionPay.
 
UnionPay juga menyampaikan pelbagai perkhidmatan nilai tambah. Pemegang kad boleh menempah tiket keretapi secara dalam talian, membayar untuk tambang teksi di Australia, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan, dan menyewa kereta di Taiwan dan Thailand. Selain itu, skop yang meliputi perkhidmatan bayaran balik cukai dan bantuan kecemasan wang tunai sedang dikembangkan.
 
Pada masa ini UnionPay International sedang melancarkan satu kempen pemasaran besar-besaran. Lebih 400 saudagar, termasuk 12 gedung beli-belah ternama dan 12 jenama pelancongan utama, menyediakan diskaun sehingga 15 peratus untuk kad UnionPay. Selain itu, enam kumpulan hotel terkemuka menyediakan diskaun sehingga 30 peratus bagi tempahan secara dalam talian dengan menggunakan kad UnionPay.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
SUMBER: UnionPay International 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.