ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  NTT COMMUNICATIONS TAWAR KIT KEMUDAHAN DENGAN SIM PRABAYAR UNTUK JEPUN

Thursday 21/01/2016



TOKYO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications dan NTT Resonant, dengan sokongan daripada Nestlé Jepun dan NAVITIME JAPAN Co., Ltd., hari ini mengumumkan Kit Selamat Datang ke Jepun, sebuah kit kemudahan yang dipakej sebagai hadiah dengan SIM Prabayar untuk JEPUN, sebuah kad SIM jangka pendek untuk mereka yang melawat Jepun. Kit Selamat Datang ke Jepun itu akan ditawarkan untuk 1,000 tempahan awal bagi SIM Prabayar untuk JEPUN di kedai dalam talian NTT Com, bermula hari ini.
 
Isi Kandungan
 
SIM Prabayar untuk JEPUN
 
SIM Prabayar NTT Com untuk JEPUN adalah satu perkhidmatan data prabayar LTE yang pantas dan mudah yang membolehkan pelancong dan pelancong perniagaan yang melawat Jepun untuk menikmati sehingga 100 Mb data setiap hari sehingga 14 hari.
     
  Pelan 7 hari 
                 Pelan 14 hari
 
Harga JPY 3,218 (termasuk cukai)               JPY 3,780 (termasuk cukai)

Data maksimum
 

100 Mb/ sehari
Kelajuan maksimum 

262.5 Mbps (untuk wilayah dan peranti khusus)
(Selepas melebihi data maksimum: 200 Kbps)
(Kelajuan maksimum untuk muat naik: 50 Mbps)
 
 
KIT KAT Teh Hijau Kumamoto Nestle (Kit Sampel Khas)
Kit Selamat Datang ke Jepun termasuk kit sampel khas mengandungi KIT KAT Teh Hijau Kumamoto, sejenis coklat yang popular di kalangan pelancong asing sebagai cenderahati. Kotak itu mengandungi enam keping KIT KAT dan tiga kad pesanan yang berbentuk seperti Kumamon, sejenis beruang maskot popular yang dicipta oleh Wilayah Kumamoto. KIT KAT Teh Hijau Kumamoto lazimnya dijual dalam kotak mengandungi 12 keping di kedai-kedai cenderahati di kawasan Kyushu dan Okinawa. Kad pesanan Kumamon juga boleh dibeli di laman sesawang rasmi Kumamon.
 
NAVITIME untuk Keluaran Pengembaraan Musim Sejuk Jepun
NAVITIME JAPAN "NAVITIME untuk Keluaran Pengembaraan Musim Sejuk Jepun" menyediakan kepada pengunjung asing dengan tips bagaimana untuk melancong di Jepun, seperti bagaimana untuk menikmati kolam air panas atau membayar bagi tiket ketika menaiki pengangkutan awam. Satu pelengkap khas peta kereta api Tokyo, yang hanya terdapat dalam Kit Selamat datang ke Jepun, juga dibekalkan. NAVITIME JAPAN adalah pembekal terkemuka bagi teknologi dan perkhidmatan pengemudian.
 
Cara untuk Membeli
Kit Selamat Datang ke Jepun akan ditawarkan untuk 1,000 tempahan awal bagi SIM Prabayar untuk JEPUN di Stor NTT Com (http://prepaidsim.jp/), sebuah stor dwibahasa Bahasa Inggeris/ Cina dalam talian yang dikendalikan oleh NTT Resonant.
• Tempoh: Dari JST 1 petang pada Khamis, 21 Januari 2016 (sehingga 1,000 set dijual)
• Harga: JPY 3,218 untuk pelan 7 hari atau JPY 3,780 untuk pelan 14 hari (termasuk cukai)
• Penghantaran: Apabila membuat pembelian secara dalam talian, pelanggan boleh menetapkan di mana untuk menerima SIM Prabayar mereka untuk JEPUN dan Kit Selamat Datang ke Jepun, termasuk pejabat pos di lapangan terbang utama, hotel, dan lain-lain (resit di mana-mana lapangan terbang akan dikenakan yuran pengendalian JPY 200).
 
Bilangan warga asing yang melawat Jepun mencapai rekod 19.73 juta orang pada tahun 2015, menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO). Menurut Agensi Pelancongan Jepun, permintaan untuk kad SIM yang serasi di Jepun semakin meningkat di kalangan pelancong antarabangsa. Orang ramai yang melawat Jepun semakin ingin menggunakan telefon pintar mereka bagi mendapatkan akses yang berterusan kepada internet untuk menyemak peta, membuat pencarian restoran, kedai cenderahati, dan sebagainya, dan memuat naik foto ke SNS.
 
Maklumat tambahan
・SIM prabayar bagi JEPUN http://prepaidsim.jp/

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
 
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, reka bentuk, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaraan perusahaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 utama global, rangkaian VPN Arcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat. Penyelesaian NTT Communications menggerakkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data dan NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51258292&lang=en
 
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications
Encik Kazuhiko Nishida / Encik Ken Ishikawa / Cik Kayoko Higashida
Bahagian Pemasaran Langsung
Ibu Pejabat Jabatan First Sales
dm24-s1@ntt.com

atau

NTT Resonant
Cik Yuko Tateishi / Cik Natsumi Takane, +81 3 6703 6250
Perhubungan Awam
pr@nttr.co.jp
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160120006619/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.