ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​HILTON WORLDWIDE DIPERLUASKAN KE 100 NEGARA DAN WILAYAH, MENCATATKAN REKOD PERTUMBUHAN

Thursday 21/01/2016



Syarikat hotel bertaraf global terbesar membuka hampir sebuah hotel setiap hari pada 2015 dan mengekalkan perancangan terbesar dalam industri

MCLEAN, Va., 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hilton Worldwide (NYSE: HLT) telah memperluaskan kehadirannya ke 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan mengibarkan bendera Hilton di Hilton N'Djamena di Chad.

Pada tahun 2015, tumpuan strategik syarikat itu adalah kepada pertumbuhan organik, yang diketuai oleh 12 jenama yang jelas dan terkemuka di pasaran, telah mengemudi Hilton Worldwide untuk terus menjadi syarikat hospitaliti global yang terbesar dan paling pesat berkembang. Pencapaian lain termasuk:

- Rekod pencapaian lebih 100,000 bilik ditandatangani untuk pembangunan, bagi menambahkan 275,000 bilik dalam perancangan dalam industri di seluruh dunia*, separuh daripadanya sedang dalam pembinaan, yang mewakili hampir 20% daripada kesemua bilik di bawah pembinaan di seluruh dunia;

- Lebih 50,000 bilik secara kasar ditambah, dan lebih 43,000 bilik secara bersih, yang mewakili pertumbuhan 6.6% dalam segmen terurus dan francais; dan

-14,500 bilik telah diubah suai daripada jenama pesaing dan hotel persendirian, yang mewakili hampir 30% daripada semua pembukaan pada tahun 2015.

Tahun lepas Hilton Worldwide juga:

- Mewujudkan anggaran lebih 20,000 peluang pekerjaan baharu hotel  hasil daripada pembukaan hartanah yang terurus dan difrancais dalam portfolio mereka; dan

- Mengalu-alukan lebih 140 juta orang pelawat ke lebih 4,600 hotel yang dimiliki, diurus dan difrancais dan hartanah perkongsian masa dalam portfolio mereka.

Sejak tahun 2007, Hilton Worldwide telah berkembang lebih 50 peratus dan berjaya melancarkan tiga jenama baharu yang secara kolektif mempunyai hampir 60,000 bilik sama ada telah dibuka atau di dalam pelbagai peringkat pembangunan, sekali gus meningkatkan pertumbuhan syarikat. Untuk memberi lebih banyak pilihan kepada tetamu dan pemilik, Hilton Worldwide akan mengumumkan satu jenama berskala tengah pada akhir bulan ini, yang akan menambahkan makna kepada pertumbuhan syarikat.

"Menembusi negara ke-100 adalah bukti kepada kekuatan jenama kami, yang terus meletakkan Hilton Worldwide sebagai syarikat hospitaliti bertaraf global yang paling pesat berkembang dengan lebih banyak bilik dirancang untuk dibina," kata Christopher J. Nassetta, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hilton Worldwide. "Kami berusaha untuk menjadi pilihan pertama bagi pemilik kami dengan memacukan pulangan yang terbaik, bagi tetamu kami dengan menyediakan satu jenama yang menarik untuk mana-mana keperluan perjalanan, dan bagi Ahli Pasukan kami dengan mewujudkan suatu tempat yang hebat untuk bekerja."

Sorotan Wilayah 2015

- Benua Amerika: Ia merupakan tahun yang mencatatkan rekod bagi pasaran terbesar Hilton Worldwide, di mana syarikat itu menandatangani pencapaian rekod lebih 500 kelulusan bagi pembangunan yang mewakili lebih daripada satu perjanjian setiap hari dan berjumlah 65,000 buah bilik telah ditandatangani. Syarikat itu terus memasuki pasaran baharu di Amerika Latin dan Caribbean (dengan 100 buah hotel kini dibuka) termasuk Aruba, Bolivia dan Guatemala.

- Eropah, Timur Tengah & Afrika: Hilton Worldwide membuka lebih 7,000 bilik di seluruh Eropah pada tahun 2015. Ia juga merupakan tahun yang penting kerana beberapa penandatanganan termasuk Botswana dan Armenia.

- Asia Pasifik: Hilton Worldwide membuka lebih 5,000 bilik di rantau itu untuk tahun ketiga berturut-turut. Terdapat pertumbuhan yang ketara merentasi titik harga daripada perkhidmatan mewah kepada perkhidmatan terhad dengan penyertaan pasaran di beberapa negara untuk Hilton Garden Inn, Hampton by Hilton, Embassy by Hilton dan Hilton Hotels & Resorts.

Sorotan Jenama 2015

Kemewahan & Gaya Hidup

-Conrad Hotels & Resorts: Jenama itu mempunyai sejumlah 23 hotel yang dibuka dan beroperasi, dan ia menambah lebih 900 bilik kepada perancangan pembangunannya iaitu sebanyak lebih 6,000 bilik, yang termasuk 300 bilik di Conrad Shenzhen, 135 bilik di Conrad San Luis Potosi dan 287 bilik di Conrad Chicago. Conrad juga menandatangani tiga perjanjian baharu di China, untuk menambahkan perancangannya kepada 11 hotel dan sumbangannya sebanyak lima hotel di negara itu.

-Waldorf Astoria Hotels & Resorts: Jenama itu mempunyai 25 hotel yang dibuka dan beroperasi, dan lebih daripada 2,000 bilik dalam perancangan. Ia juga memulakan pembinaan di Waldorf Astoria Beverly Hills yang mempunyai 70 bilik, yang terletak bersebelahan dengan Beverly Hilton yang ikonik.

-Canopy by Hilton: Jenama terbaharu syarikat itu, yang dilancarkan pada tahun 2014, mempunyai 28 hotel dalam perancangan atau dengan Surat Hasrat yang ditandatangani. Hotel pertamanya bakal dibuka di Reykjavik, Iceland pada suku kedua tahun 2016.

Perkhidmatan Lengkap
 

-Hilton Hotels & Resorts: Lebih 55,000 bilik, jenama Hilton Hotels & Resorts  mempunyai perancangan paling besar bagi mana-mana jenama mewah di dunia, dua pertiga daripadanya sedang dalam pembinaan.
 
- Curio - A Collection by Hilton: Sejak pelancarannya 18 bulan yang lalu, jenama itu telah berkembang pesat kepada 84 hotel dan lebih 17,000 bilik dibuka atau dalam pelbagai peringkat pembangunan di lebih 20 buah negara.

- DoubleTree by Hilton: Membuka 45 hotel dan menambah hampir 14,000 bilik kepada perancangan pembangunannya, hampir 80 peratus daripadanya terletak di luar Amerika Utara.

Suite

- Embassy Suites by Hilton: Membuka lapan hotel baharu pada tahun 2015 dan menandatangani hartanah di China dan Arab Saudi. Embassy juga mengumumkan pengembangan ke beberapa pasaran destinasi, dengan mengadakan penandatanganan di  Hawaii dan St Kitts.

- Homewood Suites by Hilton: Hampir mencapai sasaran membuka hotel ke-400 pada tahun 2016 dan kekal memberi tumpuan kepada mengembangkan kehadirannya di Amerika Syarikat dan pasaran antarabangsa. Jenama itu telah disenaraikan sebagai hotel "Mewah Inap Bersambung" dalam Kajian Indeks JD Power 2015 mengenai Kepuasan Tetamu Hotel Amerika Utara untuk tahun keenam berturut-turut.

- Home2 Suites by Hilton: Membuka 28 hartanah baharu pada tahun 2015 dan mengakhiri tahun itu dengan hampir 300 hotel dalam perancangan, sekali gus meletakkan ia mencapai sasaran untuk membuka harta ke-100 sebelum akhir tahun 2016. Jenama itu juga telah menandatangani lebih 160 hartanah Home2 dalam tahun 2015.

Perkhidmatan Khusus

- Hampton by Hilton: Satu perkongsian dengan Plateno Hotels Group kini merupakan pengembangan jenama paling pantas ke China dengan satu hotel kini dibuka dan lebih 400 buah dijangka dibuka dalam masa beberapa tahun akan datang. Jenama itu juga telah melepasi  200,000 bilik dan mempunyai perancangan untuk membina lebih 50,000 buah bilik.

- Hilton Garden Inn: Bakal menepati sasaran untuk membuka biliknya ke-100,000, dan dengan termeterainya dua perjanjian di Hawaii, HGI akan beroperasi di kesemua 50 negeri pada tahun 2016.

Perkongsian Masa

- Hilton Grand Vacations meneruskan pertumbuhan modalnya dengan penambahan 315 buah bilik di Las Palmeras di Orlando, Florida dan 220 bilik di  Ocean 22 oleh Hilton Grand Vacations Myrtle Beach, SC

Program Kesetiaan Tetamu Yang Telah Memenangi Anugerah

- Hilton HHonors menambahkan enam juta ahli baharu Hilton HHonors pada tahun 2015 - bilangan pendaftaran tertinggi oleh syarikat itu dalam tempoh setahun - untuk mencatatkan  lebih 50 juta ahli, yang memenuhi lebih daripada 52% penginapan kepada portfolio jenama syarikat itu.

Memberi Inovasi kepada Pengalaman Tetamu

Hilton terus berkembang dan membayangkan semula pengalaman tetamu, dengan memberikan tetamu lebih fleksibiliti sebelum, semasa dan selepas penginapan mereka:

- Daftar masuk Digital, yang membolehkan tetamu untuk mendaftar masuk dan memilih bilik mereka di lebih 4,400 buah hotel di seluruh dunia, telah digunakan oleh tetamu sebanyak 8.5 juta kali sejak ia dilancarkan pada Jun 2014.

- Hampir 100 hartanah di Amerika Syarikat telah memasang Kunci Digital, yang memberikan tetamu yang kerap menginap dengan pilihan untuk tidak menggunakan kaunter daftar masuk hotel dan mengakses bilik mereka secara terus melalui aplikasi Hilton HHonors pada telefon pintar mereka; dan

- Lebih 2.5 juta orang penumpang telah memuat turun aplikasi Hilton HHonors pada tahun 2015.

Pada tahun 2015 Hilton telah melancarkan perkongsian berikut dengan inovator utama:

- Perkongsian Tesla mengembangkan rangkaian kenderaan mengecas elektrik Hilton kepada 50 hartanah Amerika Syarikat dengan perancangan untuk mencapai 100 buah hotel pada akhir tahun 2016.

- Perkongsian Uber membolehkan tetamu untuk menetapkan pemberitahuan secara automatik bagi meminta kereta ke dan dari hotel mereka, dan merujuk dengan satu panduan digital untuk mencari restoran tempatan dan tempat hiburan yang utama seperti yang diundi oleh pemandu Uber.

- Perkongsian Amazon Locker menawarkan kepada tetamu dan ahli komuniti dengan satu persekitaran yang selamat dan mudah untuk menghantar dan menerima bungkusan.

Menyumbang kepada Komuniti tempat Kami Berkhidmat

- Pintu Terbuka: Hilton Worldwide mengumumkan komitmen untuk memberi impak kepada satu juta orang belia menjelang tahun 2019 dan telah mencapai lebih daripada 400,000 golongan muda melalui program perantis, penglibatan kerjaya dan latihan kemahiran hidup.

- Bulan Perkhidmatan Global: Hotel-hotel Hilton Worldwide di seluruh dunia bersatu untuk menangani keperluan sosial, ekonomi dan alam sekitar semasa program tahunan Bulan Perkhidmatan Global syarikat itu pada Oktober. Sukarelawan bersama-sama menyiapkan 4,145 projek, dengan menyumbang lebih 213,000 jam di 92 buah negara.

Layari 100.hilton.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehadiran Hilton Worldwide di peringkat global, dan klik di sini untuk melihat Ahli-ahli Pasukan Hilton Worldwide meraikan pencapaian di 100 negara.

* Termasuk bilik yang diluluskan tetapi belum ditandatangani

Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang berkaitan dengan jangkaan berhubung prestasi perniagaan Hilton, keputusan kewangan, kecairan dan modal sumber dan kenyataan lain yang bukan berbentuk sejarah, termasuk penyata dalam bahagian "Pandangan" dalam siaran akhbar ini. Anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melalui penggunaan perkataan seperti "pandangan," "percaya," "menjangka," "potensi," "terus," "boleh," "akan," "harus", "bertujuan", "kira-kira," "projek," "meramalkan," "berhasrat," "merancang," "anggaran," "menjangkakan " atau versi negatif daripada kata-kata ini atau kata-kata lain yang setanding. Kenyataan berpandangan ke hadapan itu adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan, termasuk, antara lain, risiko yang wujud dalam industri hospitaliti, faktor makroekonomi yang berada di luar kawalan Hilton, persaingan untuk tetamu hotel, perjanjian pengurusan dan francais dan jualan perkongsian masa, risiko yang berkaitan dengan menjalankan perniagaan dengan pemilik hotel pihak ketiga, pelaburan Hilton yang signifikan dalam hartanah dimiliki dan dan dipajak, prestasi sistem teknologi maklumat Hilton, saluran tempahan di luar sistem Hilton, risiko menjalankan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan hutang Hilton. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan Hilton berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan berpandangan ke hadapan itu boleh didapati di bawah seksyen bertajuk "Bahagian I-Perkara 1A. Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir 31 Disember 2014, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"), sebagaimana faktor itu boleh dikemaskini dari semasa ke semasa di dalam fail berkala Hilton dengan SEC, yang boleh diakses di laman sesawang SEC di www.sec.gov. Sehubungan itu, terdapat atau akan ada faktor penting yang boleh menyebabkan hasil atau keputusan sebenar berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan dalam kenyataan ini. Faktor-faktor ini tidak boleh dianggap sebagai lengkap dan perlu dibaca bersama-sama dengan kenyataan peringatan lain yang termasuk dalam siaran akhbar ini dan di dalam fail Hilton dengan SEC. Syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada setelah memperoleh maklumat baharu, perkembangan baharu atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Maklumat mengenai Hilton Worldwide

Hilton Worldwide (NYSE: HLT) adalah sebuah syarikat hospitaliti global yang terkemuka, yang merangkumi sektor tempat penginapan dari hotel mewah dan perkhidmatan lengkap dan resort kepada suite bagi yang hendak melanjutkan penginapan dan hotel yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan. Selama 97 tahun, Hilton Worldwide telah komited dalam meneruskan tradisi mereka untuk menyediakan pengalaman luar biasa untuk tetamu. Portfolio syarikat itu yang mempunyai 12 jenama global yang bertaraf dunia terdiri daripada lebih 4,600 hotel yang diurus, difrancais, dimiliki dan dipajak dan hartanah perkongsian masa, dengan lebih 758,000 bilik di 100 buah negara dan wilayah, termasuk Hilton Hotels & Resorts, Waldorf Astoria Hotels & Resorts , Conrad Hotel & Resorts, Canopy by Hilton, Curio - A Collection by Hilton, DoubleTree by Hilton, Embassy Suites by Hilton, Hilton Garden Inn, Hampton by Hilton, Homewood Suites by Hilton, Home2 Suites by Hilton dan Hilton Grand Vacations. Syarikat itu juga menguruskan satu program kesetiaan pelanggan yang telah memenangi anugerah, Hilton HHonors®. Ahli Hilton HHonors yang menempah secara langsung melalui saluran pilihan Hilton mempunyai akses kepada manfaat termasuk standard Wi-Fi percuma, serta kemudahan digital yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi Hilton HHonors yang terkemuka dalam industri, di mana ahli-ahli HHonors boleh daftar masuk, memilih bilik mereka, dan mengakses bilik mereka dengan menggunakan Kunci Digital. Layari news.hiltonworldwide.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton Worldwide di facebook.com/hiltonworldwide, twitter.com/hiltonworldwide, youtube.com/hiltonworldwide, flickr.com/hiltonworldwide dan linkedin.com/company/hilton-worldwide.

Hubungi
Astrid Egerton-Vernon
Hilton Worldwide
+1 703 883 5696
astrid.egerton-vernon@hilton.com
Sumber: Hilton Worldwide
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160120006606/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.