ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  #FUELLINGCOMMUNITIES BERSAMA PETRONAS

Friday 22/01/2016


Volunteers from PETRONAS Dagangan Berhad, together with residents of Taman Segar, Cheras, pose for a photo at the recent #FUELLINGCOMMUNITIES gotong-royong activity that was held at the Rukun Tetangga building



Penduduk Taman Segar Mendapaat Manfaat Dari Inisiatif PETRONAS 

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- PETRONAS membawa perubahan kepada masyarakat selangkah demi selangkah melalui inisiatif barunya yang dikenali sebagai #FUELLINGCOMMUNITIES. Program yang telah dilancarkan pada akhir tahun lalu dengan kerjasama Taman Segar Rukun Tetangga di Cheras ini berdasarkan konsep pemberian ganjaran kepada komuniti Taman Segar di atas sokongan yang telah diberikan kepada jenama PETRONAS selama ini.
 
“#FUELLINGCOMMUNITIES adalah satu pendekatan baru dan inovatif dalam menjalin perkongsian pintar dengan masyarakat setempat. Inisiatif ini telah membuahkan hasil yang baik bagi PETRONAS danRukun Tetangga Taman Segar, di mana kira-kira 130 sukarelawan dari syarikat dan ahli-ahli komuti bergotong-royong untukmencantikkan bangunan Rukun Tetangga yang sudah berusia 44 tahun,” kata Shaharuddin Muhammad Sidek, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).
 
“Sebagai sebuah jenama yang dekat dengan komuniti, kami komited untuk menyumbang kepada kawasan-kawasan di mana perniagaan kami beroperasi dengan memberi ganjaran unik dari semasa ke semasa. Ini adalah sebahagian dari inisiatif kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami kerana memilih PETRONAS sebagai Brand of 1st Choice.”
 
Ahli-ahli komuniti dianugerahkan satu community point (CP) bagi setiap pembelian bahan api bernilai RM30 dari PETRONAS Stesen Taman Segar dan bekerja ke arah mencapai bilangan CP yang disasarkan untuk menebus ganjaran yang ditawarkan pada. Di samping itu, ganjaran-ganjaran kecil juga diberikan kepada ahli-ahli komuniti dalam bentuk barangan lain dan makanan ringan bagi setiap lima dan 10 CP yang dikumpul pada kad setem.
 
Jumlah CP keseluruhan yang terkumpul akan dikemaskinikan setiap hari dan dipaparkan pada skrin LED yang dipasang di stesen perkhidmatan dan di bangunan Rukun Tetangga, untuk mendorong komuniti Taman Segar untuk terus mencapai sasaran mereka.

Aktiviti pertama bersama antara PETRONAS dan komuniti Taman Segar merupakan aktiviti mengecat semula bangunan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti seterusnay yangdalam perancangan termasuk pemasangankemudahan-kemudahandi perkarangan bangunan Rukun Tetangga dan menjalankan program keselamatan jalan raya PETRONAS StreetSmart di Sekolah Kebangsaan Taman Segar.
 
Rukun Tetangga Ketua Jawatankuasa Taman Segar Huang Wei Ming, 71, memuji PETRONAS kerana memberikan peluang untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk-penduduk di kawasan tersebut.
 
“Kempen ini merupakan landasan yang baik untuk menyuarakan keperluan kita serta meningkatkan kemudahan-kemudahan di kawasan ini. Kami gembira dengan hasil aktiviti pertama, yang telah memberi nafas baru kepada bangunan Rukun Tetangga. Saya berharap bahawa akan terdapat lebih banyak lagi peluang untuk bekerjasama dengan PETRONASpada masa akan datang,” katanya.
 
Ahli komuniti Chua Hock, 71, berharap bahawa kesedaran yang diwujudkan oleh kempen ini akan menggalakkan lebih ramai orang dari masyarakat untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga Taman Segar.
 
“Saya begitu bersemangat dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh kedua-dua PETRONAS dan para penduduk dalam mewujudkan kebaikan untuk masyarakat,” katanya.
 
Selain daripada #FUELLINGCOMMUNITIES, PDB juga menyokong aktiviti-aktiviti kemasyarakatan melalui program-program tanggungjawab sosial korporat utamanya, iaitu PETRONAS StreetSmart –sebuah program keselamatan jalan raya interaktif  untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah yang dianjurkan dengan kerjasama PETROSAINS dan Water For Life - satu inisiatif yang menyediakan bantuan dalam bentuk infrastruktur asas untuk membekalkan air kepada masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada bekalan air paip.

MENGENAI PETRONAS DAGANGAN BERHAD
 
PETRONAS Dagangan Berhad ialah syarikat pemasaran domestik utama bagi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat minyak negara yang memegang ekuiti sebanyak 69.86%. Ditubuhkan di Malaysia bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 8 Mac 1994, PDB telah muncul sebagai peruncit dan pemasar produk minyak dan gas hiliran yang terkemuka di Malaysia.
 
Syarikat memasarkan pelbagai produk petroleum berkualiti tinggi termasuk minyak gasolin kenderaan, petrol penerbangan, minyak tanah, diesel, minyak petrol, petrol bunker, bendalir, gas petroleum cair (LPG) dan asfalt di Malaysia.

SUMBER : PETRONAS Dagangan Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:  
Nama : Sandyah Rihan, Ms
Tel     : 03 – 2331 5346
Fax    : 03 – 2331 6882
Emel : sandyah.rihan@petronas.com.my
 
Nama : Masami Mustaza, Ms
Tel     : 03 – 2392 5218
Fax    : 03 – 2331 6882
Emel : masami.mustaza@petronas.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.