ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ISID LANCAR PERNIAGAAN BAGI INDUSTRI PELBAGAI KEWANGAN DI INDONESIA

Tuesday 26/01/2016



Dengan Membina Perkongsian Strategik bersama Syarikat IT Tempatan, Mendapat Pelanggan Pertama di Indonesia
 
TOKYO & JAKARTA, Indonesia 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO:4812) (Ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Setsuo Kamai; "ISID") hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, PT. ISID INDONESIA (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Pengarah Presiden: Takuya Ono; "ISID Indonesia") menubuhkan perkongsian dengan syarikat IT di Indonesia, PT. Indocyber Global Technology (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif: Bharat Ongso; "Indocyber"). Yakni, ISID Indonesia melantik Indocyber sebagai pembekal bagi penyelesaian "Lamp", yang merupakan penyelesaian IT yang komprehensif bagi perniagaan pajakan dan kewangan. Perkongsian seperti itu telah menjanakan pelanggan tempatan yang pertama dan kami menyasarkan Lamp akan  dilaksanakan oleh 20 buah syarikat dalam tempoh tiga tahun akan datang.
 
Di negara-negara ASEAN sejak kebelakangan ini, pasaran pelbagai kewangan pada umumnya sedang pesat berkembang. Terutamanya di Indonesia, negara itu yang mempunyai jumlah penduduk keempat terbesar di dunia, industri itu telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara dan jumlah aset nyata kira-kira IDR 400 trilion (setakat September, 2013) dengan hampir 200 buah syarikat di pasaran*. Lamp adalah satu penyelesaian berpakej yang dibangunkan oleh anak syarikat ISID di China, ISI-Dentsu Shanghai Co., Ltd. (Ibu pejabat: Shanghai, China; COB & Presiden: Shigeyuki Suganuma; "ISID Shanghai", secara kolektif dengan ISID dan ISID Indonesia, "Kumpulan ISID"). Sebanyak 18 buah syarikat di tujuh buah negara/ rantau di lebih 200 tapak di seluruh China dan rantau ASEAN telah melaksanakan Lamp.
 
Kumpulan ISID dan Indocyber akan bekerjasama dalam membangunkan fungsi tambahan Lamp yang disesuaikan dengan keperluan di peringkat tempatan di Indonesia dan dalam menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkaitan. Lamp boleh didapati di kedua-dua pangkalan di premis dan SaaS untuk pasaran Indonesia. Pelanggan “Lamp” kami yang pertama di Indonesia, PT. SUNPRIMA NUSANTARA PEMBIAYAAN ("Sunprima"), memilih kami sebagai rakan perniagaan mereka dan mengambil keputusan untuk melaksanakan Lamp sebagai pangkalan SaaS.
  
"ISID berazam untuk mengembangkan lagi perniagaan Lamp kami di Indonesia, di mana kami menyaksikan perkembangan pasaran pelbagai kewangan yang paling dinamik di kalangan negara ASEAN. Selain syarikat pajakan dan pembiayaan Jepun, kami bersedia untuk memberi kuasa kepada syarikat-syarikat tempatan dengan bergabung tenaga bersama-sama Indocyber dan juga dengan fungsi setempat Lamp," kata Encik Fukuyama, Naib Presiden Eksekutif ISID. Encik Bharat Ongso, Ketua Pegawai Eksekutif Indocyber pula berkata, "Kami yakin bahawa dengan membawa pengalaman dan penyelesaian ISID bersama-sama dengan pengalaman tempatan akan mewujudkan hasil dan nilai yang sangat baik untuk pelanggan kami."
 
PT. Indocyber Global Technology (Indocyber)
 
Indocyber adalah syarikat IT Indonesia yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia. Perniagaan terasnya adalah menyediakan perkhidmatan teknikal dan perundingan yang kompeten, penyelesaian IT yang dibangunkan sendiri terutamanya bagi syarikat pelbagai kewangan serta syarikat-syarikat logistik dan runcit tempatan. Indocyber mempunyai enam buah pejabat di seluruh negara termasuk di Surabaya dan Bandung. Ditubuhkan pada tahun 2001, ia mempunyai kira-kira 250 orang pekerja.
http://www.indocyber.co.id/
  
* Sumber: Surat Berita Komersil Indonesia No.12 "Laporan Risikan Pasaran mengenai industri pelbagai kewangan di Indonesia 2014" (Diterbitkan oleh PT Data Consult, ISSN 0853-2086) 
 
Data Rujukan
 
Produk Lamp
"Lamp (Portal Pemajakan & Pengurusan Lanjutan Kewangan)" adalah merupakan satu penyelesaian yang menyeluruh untuk perniagaan pajakan dan kewangan yang telah dibangunkan oleh ISI-Dentsu Shanghai Co., Ltd. Ia meliputi fungsi-fungsi asas termasuk pengurusan pelanggan, pengurusan kontrak, invois dan pengurusan pembayaran balik dan pengurusan pembayaran.
Untuk maklumat lanjut; http://www.isid.com.cn/lamp/
 
Gambaran Keseluruhan ISID
Nama Syarikat: 
Information Services International-Dentsu, Ltd. (ISID)
 
Wakil:
  
Setsuo Kamai, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi
 
Ibu Pejabat:
  
2-17-1, Konan, Minato-ku, Tokyo, 108-0075 Jepun
 
Laman Sesawang:
  
 
http://www.isid.co.jp/english/
 
Ditubuhkan:
  
1975
 
Modal:
  
JPY 8,180.5 juta
Pekerja :  
2,502 (setakat 31 Mac, 2015)
(asas disatukan)

Jualan Bersih (asas disatukan):
  
 
 
JPY 78,276 juta (tahun kewangan berakhir Mac 2015)
Domain perniagaan:  
 

ISID menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dari perkhidmatan perundingan kepada perancangan sistem, reka bentuk, pembangunan, operasi dan sokongan penyelenggaraan. ISIS berhasrat untuk menjadi sebuah "Inovator Penyelesaian IT" dan secara proaktif menggerakkan perniagaan dalam pelbagai bidang, termasuk penyelesaian untuk institusi kewangan, penyelesaian pembangunan produk, pengurusan kumpulan dan penyelesaian perakaunan disatukan, HRM, ERP, pemasaran, dan perkhidmatan berasaskan awan.

Nota: Nama syarikat dan produk di dalam siaran akhbar ini adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi syarikat masing-masing.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Hubungi
[Pertanyaan di luar dari Jepun]
PT. ISID INDONESIA
Dicky Widjaja, +62-21-2953-0778
dicky.widjaja@isidsea.com
atau
[Pertanyaan di Jepun]
ISID
Tetsuo Iida / Yu Tajika, +81 3-6713-6120
Bahagian Mengatur Kedudukan Perniagaan Global
g-globalbiz@group.isid.co.jp
 
Sumber: Information Services International-Dentsu, Ltd.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.