ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PEMIMPIN BUDDHA MENGGESA AGAR MARUAH SEMUA PIHAK DIHORMATI, MELINDUNGI ORANG PELARIAN DAN YANG PALING LEMAH

Tuesday 26/01/2016



AsiaNet : PR number: 63202
  
TOKYO, 26 Jan., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Dalam saranan tahunan beliau berkaitan keamanan yang dikeluarkan pada 26 Januari, yang bertajuk "Kehormatan Sejagat bagi Maruah Manusia: Laluan Utama ke arah Keamanan," Daisaku Ikeda, presiden persatuan Buddha Soka Gakkai International (SGI) menggesa agar dipertingkatkan usaha sebagai gerak balas terhadap keperluan kelompok manusia paling lemah, termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik di Syria dan di tempat lain atau disebabkan oleh bencana alam.
 
Ikeda mengalu-alukan penerimaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB yang baharu dan sasaran mereka yang tinggi untuk tidak mengetepikan sesiapapun. Beliau memuji hakikat bahawa Agenda 2030 bagi Pembangunan Lestari jelas termasuk melindungi maruah dan hak asasi manusia bagi orang yang tersingkir dari tempat tinggal mereka dan migran antarabangsa.
 
Beliau menggesa agar diperbaharui tumpuan bagi perlindungan kanak-kanak yang tersingkir dari kampung halaman mereka disebabkan oleh konflik dan keperluan pendidikan mereka, serta sokongan lanjutan kepada negara-negara yang telah mengambil sejumlah besar orang yang melarikan diri daripada konflik bersenjata dan penganiayaan.
 
Ikeda menekankan bahawa dialog adalah kunci kepada pemahaman empatetik yang tulen yang membawa kepada tindakan. Sambil menyatakan bahawa "Ironinya krisis kemanusiaan ini adalah semakin seriusnya penderitaan rakyat itu, semakin kurang pula mereka didengari," beliau menggalakkan kita untuk mendengar suara-suara mereka yang terjejas, untuk memberi tumpuan kepada maruah dan potensi mereka dan bukannya status mereka yang teruk pada masa ini dan untuk "menyusun semula peta dunia dalam hati kita." Beliau juga menekankan bahawa pendidikan hak asasi manusia adalah satu alat penting bagi mengatasi isu perkauman dan diskriminasi.
 
Di samping itu, Ikeda menggesa kerjasama di antara China, Jepun dan Korea - yang bersama-sama menyumbang satu pertiga daripada pengeluaran gas rumah hijau dunia - dalam mengurangkan pencemaran atmosfera, menangani masalah habuk dan ribut pasir dan mencapai sasaran mereka masing-masing yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris.
 
Kerjasama sedemikian juga boleh meredakan ketegangan serantau dan membina "satu warisan persahabatan yang tidak ternilai untuk masa hadapan." Beliau menekankan bahawa jika bandar raya-bandar raya, yang merupakan penyumbang 75 peratus bagi pelepasan karbon dunia, memulakan tindakan berhubung perubahan iklim, rakyat tempatan akan menjadi terangsang dan lebih melibatkan diri.
 
Ikeda menegaskan kepentingan pendidikan dan pembelajaran sebagai satu cara bagi memberi kuasa kepada individu untuk membangunkan respons yang proaktif kepada masalah yang tampak besar, dengan memanfaatkan apa yang disebut oleh pengasas Soka Gakkai Tsunesaburo Makiguchi sebagai "berani untuk melaksanakannya"
 
Dalam aspek pelucutan senjata, beliau menggesa Mesyuarat Menteri Luar G7, yang akan diadakan di Hiroshima pada April, untuk membincangkan kesan senjata nuklear ke atas kemanusiaan serta pengawalan senjata dan menghapuskan atau mengharamkan senjata nuklear dari Timur Laut Asia, sebagai tindak balas kepada ujian nuklear Korea Utara baru-baru ini.
 
Ikeda juga menggesa agar diperketatkan peraturan perdagangan dalam senjata konvensional, termasuk senjata kecil – senjata yang sebenarnya merupakan pemusnah besar-besaran - dan mencadangkan agar Perjanjian Perdagangan Senjata, yang baru-baru ini mula dikuatkuasakan, hendaklah diperkukuhkan untuk tujuan ini.
 
Beliau menonjolkan percanggahan dunia di mana komitmen kepada sasaran positif untuk kesejahteraan manusia seperti SDG dijejaskan oleh pemilikan senjata nuklear. Beliau menekankan bahawa satu pertukaran “terhad” senjata nuklear boleh mengakibatkan “kesemua usaha manusia untuk menyelesaikan masalah global menjadi sia-sia dalam sekelip mata.”
 
Ikeda menyeru kepada negara-negara yang masih gagal mengesahkan Perjanjian Sekatan Komprehensif Ujian Nuklear (CTBT) untuk berbuat demikian bagi membolehkan ia akhirnya dapat dikuatkuasakan, dan menawarkan cadangan bagi Kumpulan Kerja Terbuka yang baharu ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk menangani langkah-langkah konkrit perundangan ke arah larangan terhadap senjata nuklear.
 
Beliau juga menyebut mengenai perkembangan positif, termasuk hakikat bahawa lebih 120 negara telah mengiktiraf Ikrar Kemanusiaan, satu komitmen untuk "menyelar, melarang dan menghapuskan senjata nuklear," dan gesaan yang semakin lantang bagi penghapusan senjata nuklear daripada masyarakat madani. Beliau menonjolkan usaha yang melibatkan organisasi keagamaan dan belia yang disokong oleh SGI, termasuk Sidang Kemuncak Belia Antarabangsa bagi Penghapusan Nuklear yang diadakan di Hiroshima pada Ogos 2015.
 
Daisaku Ikeda telah mengeluarkan cadangan kepada komuniti antarabangsa untuk menangani isu-isu global pada setiap tahun sejak tahun 1983. Seorang ahli falsafah, pengarang dan pejuang keamanan, beliau telah menjadi presiden persatuan Buddha Soka Gakkai International sejak tahun 1975. Saranan tahunan beliau mengenai keamanan dikeluarkan pada 26 Januari untuk memperingati penubuhan SGI. Lihat www.daisakuikeda.org
 
Sumber: Soka Gakkai International
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4711
Faks: +81-3-5360-9885
E-mel: anderson[at]soka.jp 
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.