ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  "RETAILTECH JAPAN" DAN "SECURITY SHOW" AKAN DIADAKAN DI SATU DARIPADA PAMERAN IT DAN KESELAMATAN YANG TERBESAR DI JEPUN

Tuesday 26/01/2016



TOKYO, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan memaparkan "RETAILTECH JAPAN" dan "SECURITY SHOW", Nikkei Inc. akan secara serentak mengadakan satu acara pameran terbesar seumpamanya di Jepun. Pameran "RETAILTECH JAPAN" akan memaparkan sistem teknologi maklumat atau IT yang terkini yang dapat memajukan keadaan rantaian bekalan dan pemasaran bagi perniagaan pengedaran. "SECURITY SHOW" akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan yang dapat membawa tanggapan masyarakat yang selamat  menjadi kenyataan.

"RETAILTECH JAPAN" adalah pameran terbesar yang memperkenalkan peralatan dan sistem maklumat untuk perniagaan pengedaran dan runcit seperti POS, sistem pembayaran, sistem ibu pejabat, logistik, pemasaran mudah alih, saluran peruncitan semua arah, papan tanda digital, data yang besar, IoT dan teknologi awan. Satu ruang khusus akan diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada perkakasan, perisian, isi kandungan dan rangkaian yang berkaitan dengan papan tanda digital dan sistem POP.

SECURITY SHOW akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang melindungi keselamatan masyarakat daripada jenayah dan bencana alam, termasuk kamera keselamatan, sistem akses kawalan, dan perkhidmatan keselamatan. Satu bahagian akan mempamerkan kamera keselamatan yang beresolusi tinggi yang berfungsi dengan menggunakan satu rangkaian. Bahagian lain pula akan memperkenalkan barangan keselamatan mewah yang melindungi kemudahan utama daripada kejadian keganasan dan risiko lain yang berkaitan. Minat dalam kedua-dua bidang ini sedang berkembang pesat di Jepun terutama dengan penganjuran Sukan Olimpik 2020 di Tokyo semakin hampir.

Dibentangkan secara kolektif sebagai "NIKKEI MESSE," Nikkei Inc. akan mengadakan tujuh pameran secara serentak. Kemasukan ke semua pameran ini adalah percuma, dengan syarat pelawat membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui laman sesawang.

“RETAILTECH JAPAN” / “SECURITY SHOW”
Tarikh: 8 Mac (Selasa) – 11 Mac (Jumaat), 2016
Lokasi: TOKYO BIG SIGHT
Jumlah Pelawat: 125,000
Skala Pameran: (RETAILTECH JAPAN) 156 buah syarikat / 796 petak; (SECURITY SHOW) 142 buah syarikat / 548 petak

Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang pempamer masing-masing:
RETAILTECH JAPAN = http://www.retailtech.jp/en/
SECURITY SHOW = http://www.securityshow.jp/en/

Hubungi
Pejabat Perhubungan Luar Negara NIKKEI MESSE
d/a Space Media Japan Co., Ltd.
Chihiro ISAMI (Ms.), +81-3-3512-5670
tradefairs2016@smj.co.jp

Sumber: NIKKEI MESSE

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160126005014/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.