ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  RECALL MENGAMBILALIH SECUR' ARCHIV DI SWITZERLAND, MENGUKUHKAN KEHADIRAN DI EROPAH DAN MEMPERLUASKAN JANGKAUAN PERKHIDMATAN

Wednesday 27/01/2016



SYDNEY, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan pengembangannya di pasaran baharu di Eropah melalui pengambilalihan penyimpanan dokumen dan pengurusan syarikat Secur' Archiv.
 
Dengan mempunyai lokasi di lima bandar raya utama merentasi Switzerland, Secur' Archiv adalah merupakan pemimpin industri dengan mempunyai satu asas pelanggan yang pelbagai termasuk pelanggan kewangan, undang-undang, insurans, perkhidmatan profesional dan pelanggan runcit. Penyatuan dijangka dilaksanakan serta merta dan akan menambahkan AS$14 juta daripada pendapatan tahunan dan sejumlah 856,000 bersamaan karton.
 
"Pengambilalihan Secur' Archiv menguatkan kehadiran geografi Recall di rantau itu dengan memperluaskan operasi merentasi Switzerland. Melalui pemerolehan ini, Recall akan membawa penyelesaian pengurusan maklumat termaju kepada syarikat-syarikat di Switzerland dan sokongan selanjutnya untuk pelanggan global Recall," kata Doug Pertz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Recall.
 
Dengan mengambil kira Secur' Archiv, Recall telah melengkapkan enam pengambilalihan pada tahun kewangan 2016; masing-masing satu di Brazil, Perancis, New Zealand, Scotland, Switzerland dan Amerika Syarikat. Gabungan harga pembelian bagi kesemua enam pengambilalihan itu adalah kira-kira AS$56 juta, dan atas dasar pasca  sinergi, mewakili satu EBITDA pelbagai yang kurang daripada 7.0x. Pengambilalihan itu akan menjana pendapatan tahunan sebanyak kira-kira AS$28 juta dan menambah sejumlah 2.6 juta bersamaan karton. Dalam tahun kewangan 2016, pengambilalihan ini dijangka akan menambah kira-kira AS$19 juta kepada hasil.
 
Berhubung dengan urus niaga yang belum selesai di antara Recall dan Iron Mountain, kedua-dua pihak terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa pengawalseliaan yang diperlukan di seluruh dunia dan terus menjangkakan urus niaga itu akan diselesaikan pada suku kedua tahun 2016.
 
Maklumat mengenai Recall
Recall adalah sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian pengurusan maklumat, dengan menawarkan kepada pelanggan dengan pengurusan lengkap bagi maklumat fizikal dan digital mereka. Penyelesaian berinovatif Recall memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik di sepanjang kitaran hayat maklumat itu, sambil memberi jaminan mengenai pematuhan kawal selia dan menghapuskan sumber-sumber, masa dan kos yang tidak perlu. Recall memberi perkhidmatan kepada lebih 80,000 akaun pelanggan di lebih 300 pusat operasi khusus, yang merangkumi lima benua di 25 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari recall.com.
 
Hubungi
Bagi pihak Recall
Pertanyaan perhubungan pelabur
Bill Frith, +61 2 9582 0244
Pengarah Kanan, Perhubungan Pelabur
Bill.Frith@recall.com
atau
Pertanyaan media Australian
GRACosway
Fleur Jouault, +61 405 669 632
atau
Pertanyaan media Amerika Syarikat
MSL Group
David Sprague atau Amanda Fountain
+1 781-684-0770
Recall@mslgroup.com

Sumber: Recall Holdings Limited
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160126006610/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.