ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PERINGKAT AWAL M&A MELANTUN SEMULA DI ASIA WALAUPUN KRISIS PASARAN DI CHINA

Wednesday 27/01/2016



SINGAPURA, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penggabungan dan pengambilalihan (M&A) peringkat awal di kebanyakan pasaran Asia menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, walaupun ekonomi China semakin perlahan dan pasaran mata wang dan ekuiti tidak menentu. Ini menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan menyaksikan satu kenaikan dalam pengumuman perjanjian di pasaran yang berbeza di Asia, berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Ini adalah menurut laporan terbaharu Peramal Aliran Urus Niaga (DFP) Intralinks® yang dikeluarkan oleh Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL), pembekal dunia yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga M&A. Sementara itu, dalam rantau Asia Pasifik (APAC) yang lebih luas, Australia mengalami pertumbuhan negatif, setelah dilanda kejatuhan dalam permintaan di sektor logam dan perlombongan – seringkali diketuai oleh China.
 
Intralinks DFP meramalkan jumlah pengumuman urus niaga M&A masa hadapan dengan mengesan aktiviti M&A di peringkat awal - urus niaga M&A di seluruh dunia yang berada dalam peringkat persediaan atau telah mencapai tahap kewajipan berhati-hati. Tawaran peringkat awal ini, secara purata, berada enam bulan sebelum pengumuman awam mereka.
 
Data Intralinks DFP terkini menunjukkan satu lantunan kembali pada peringkat awal aktiviti M&A di APAC pada suku keempat tahun 2015, berikutan satu penurunan yang ketara pada suku ketiga tahun 2015. Dengan mengambil kira kesemuanya itu, data peringkat awal meramalkan pengumuman urus niaga M&A berikut dalam tempoh enam bulan akan datang (iaitu, dalam separuh pertama tahun 2016):
 
• Jepun dan Asia Tenggara dilihat kebanyakannya dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran dan perkhabaran buruk ekonomi dari China - peringkat awal aktiviti urus niaga M&A telah meningkat di kedua-dua kawasan masing-masing sebanyak 55% dan 11%, tahun ke tahun, menunjukkan bahawa pertumbuhan yang terus kukuh dalam pengumuman urus niaga M&A boleh dijangkakan pada suku kedua tahun 2016;

• Asia Utara dan Asia Selatan dilihat akan menyaksikan peningkatan dalam pengumuman perjanjian pada suku kedua tahun 2016, berikutan aktiviti yang mendatar atau menurun pada suku pertama tahun 2016 - aktiviti perjanjian di peringkat awal telah meningkat di kedua-dua kawasan masing-masing sebanyak 21% dan 14%, tahun ke tahun;

• Australia, bagaimanapun, didapati berada dalam kerumitan, dengan aktiviti peringkat awal  M&A menurun sebanyak 18% tahun ke tahun, yang menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan melihat kejatuhan dalam pengumuman urus niaga berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Urus janji di Australia telah condong kepada sektor logam dan  perlombongan dan banyak bergantung kepada aktiviti masuk M&A China. Gabungan kejatuhan yang mendadak bagi harga komoditi dunia dan ekonomi China yang semakin perlahan akan, kami percaya, menyumbang kepada penurunan dalam pengumuman urus niaga M&A Australia pada separuh pertama tahun 2016.
 
Berdasarkan kepada data Intralinks DFP terkini, di rantau APAC sektor Teknologi Tinggi, Media & Hiburan, Hartanah dan Penjagaan Kesihatan dijangka menunjukkan aktiviti yang paling rancak dalam separuh pertama tahun 2016.
 
Philip Whitchelo, Naib Presiden bagi Strategi dan Pemasaran Produk di Intralinks, berkata: "Di APAC, peringkat awal data M&A menggambarkan satu senario yang bercampur-campur dengan beberapa wilayah dan negara seolah-olah tidak terjejas oleh kelembapan ekonomi di China dan ketidaktentuan pasaran. Jepun dan Asia Tenggara dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk meningkatkan pengumuman urus niaga M&A di separuh pertama tahun 2016, manakala Australia terutamanya nampaknya agak terjejas oleh ekonomi China yang perlahan dan pengurangan permintaan bagi komoditi. Walau bagaimanapun, kita boleh berhujah bahawa apabila melihat kepada pasaran baru muncul seperti APAC, pelabur akan perlu menolak pemikiran jangka pendek dan, sebaliknya, bersedia untuk mengambil pandangan jangka panjang jika mereka ingin memastikan kejayaan. Kita boleh melihat bukti ini dalam separuh pertama tahun 2016 ketika syarikat-syarikat mahu mengambil alih aset dengan mengambil kesempatan daripada peluang penilaian."
 
Penemuan DFP serantau yang lain termasuk:
 
Amerika Utara (NA) - 5.4% pertumbuhan tahun ke tahun. Satu peningkatan sederhana dalam aktiviti M&A dijangkakan pada separuh pertama tahun 2016 akibat daripada langkah Bank Rizab Persekutuan mengambil satu pendekatan yang berhati-hati untuk menaikkan  kadar faedah sepanjang tahun ini, meneruskan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, bahan mentah dan kos tenaga yang lebih rendah disebabkan oleh harga minyak yang rendah dan dolar yang semakin kukuh.

Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) - 11% pertumbuhan tahun ke tahun pada peringkat awal aktiviti M&A, sekali gus menjadikan EMEA sebagai rantau yang paling pesat berkembang. Kebimbangan geopolitik sebahagian besarnya tidak menjejaskan M&A di rantau itu.

Amerika Latin (LATAM) - 7.4% pertumbuhan yang menunjukkan minat baharu di rantau itu dari pengatur urus janji, walaupun dengan unjuran ekonomi yang teruk bagi Brazil.

Untuk memuat turun laporan Intralinks DFP yang lengkap atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami.

Intralinks DFP telah disahkan secara bebas sebagai sebuah peramal statistik yang boleh dipercayai mengenai jumlah pengumuman perjanjian pada masa hadapan.
 
Maklumat mengenai Intralinks
 
Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL) adalah sebuah pembekal teknologi global yang terkemuka bagi  penyelesaian kerjasama isi kandungan perusahaan yang dijamin selamat. Melalui penyelesaian Perisian sebagai satu Perkhidmatan yang berinovatif, perisian Intralinks direka bentuk untuk membolehkan pertukaran dan kawalan maklumat di antara organisasi dengan selamat dan mematuhi peraturan apabila bekerja melalui firewall. Lebih 3.1 juta profesional pada 99% daripada syarikat Fortune 1000 telah bergantung kepada pengalaman Intralinks. Dengan rekod prestasi yang membolehkan urus niaga yang berkepentingan tinggi dan kerjasama perniagaan yang dinilai lebih $28.1 trilion, Intralinks adalah sebuah pembekal yang dipercayai untuk penyelesaian yang mudah untuk digunakan, kekuatan perusahaan, penyelesaian kerjasama berasaskan awan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.intralinks.com.
 
Maklumat mengenai Peramal Aliran Urus Niaga Intralinks
 
Peramal Aliran Urus Niaga Intralinks menyediakan perspektif Intralinks kepada tahap aktiviti kewajipan berhati-hati M&A yang berlaku semasa sebarang tempoh masa tertentu. Statistik yang terkandung dalam Intralinks DFP mewakili jumlah VDR yang dibuka, atau dicadangkan untuk dibuka, melalui Intralinks atau pembekal lain bagi maksud menjalankan kewajipan berhati-hati ke atas urus niaga yang dicadangkan termasuk penjualan aset, pelupusan, penempatan persendirian, pembiayaan, pengumpulan modal, usaha sama dan perkongsian. Statistik ini tidak diselaraskan dengan perubahan dalam bahagian Intralinks di pasaran VDR atau perubahan dalam permintaan pasaran bagi perkhidmatan VDR. Statistik ini tidak boleh dikaitkan kepada jumlah urus niaga yang disiapkan yang boleh dilaporkan oleh pembekal data pasaran dan tidak harus dilihat mewakili jumlah urus niaga yang akhirnya akan disempurnakan semasa mana-mana tempoh masa. Petunjuk aktiviti yang disempurnakan pada masa hadapan akan diperolehi daripada Intralinks DFP didasarkan kepada andaian kadar dari peringkat usaha kewajipan berhati-hati sehinggalah selesai. Di samping itu, statistik yang dilaporkan oleh pembekal data pasaran boleh dikumpul dengan satu set jenis urus niaga yang berbeza daripada yang dikemukakan di atas.
 
KENYATAAN AKHBAR INI DAN INTRALINKS DFP (SECARA KOLEKTIF DISEBUT SEBAGAI "BAHAN") DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" UNTUK TUJUAN MAKLUMAT SAHAJA. INTRALINKS TIDAK MEMBERI JAMINAN, REPRESENTASI ATAU SEBARANG JENIS WARANTI MENGENAI KETEPATAN MASA, KETEPATAN ATAU KESEMPURNAAN ISI KANDUNGAN BAHAN ITU. BAHAN INI ADALAH DIDASARKAN KEPADA PEMERHATIAN DAN INTERPRETASI SUBJEKTIF OLEH INTRALINKS DISEBABKAN OLEH AKTIVITI KEWAJIPAN BERHATI-HATI YANG BERLAKU, ATAU CADANGAN YANG AKAN BERLAKU, PADA INTRALINKS ATAU PLATFORM PENYEDIA VDR UNTUK SET JENIS URUS NIAGA YANG TERHAD. BAHAN INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENJADI SATU PETUNJUK PRESTASI PERNIAGAAN ATAU PENCAPAIAN PERNIAGAAN INTRALINKS BAGI SEBARANG TEMPOH SEBELUM, SEMASA ATAU DI MASA HADAPAN, ATAU SAMA ADA BAHAN INI BERTUJUAN UNTUK MENJANJIKAN, MEMBERI JAMINAN ATAU MEMASTIKAN TAHAP AKTIVITI URUS NIAGA YANG DILENGKAPKAN PADA MASA HADAPAN. BAHAN INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENYAMPAIKAN NASIHAT PELABURAN ATAU MENDAPATKAN PELABURAN DALAM APA JUA BENTUK.
 
INTRALINKS DFP ITU BOLEH DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK PENGGUNAAN DIRI SENDIRI, DAN BUKAN KOMERSIL. ISI KANDUNGAN INTRALINKS DFP TIDAK BOLEH DITERBITKAN SEMULA, DIEDARKAN ATAU DITERBITKAN TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA INTRALINKS. UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN BAGI MENERBITKAN ISI KANDUNGAN INTRALINKS DFP, SILA HUBUNGI info@intralinks.com.
 
Hubungi
Intralinks
Grace Keeling, +44 407 549 5294
gkeeling@intralinks.com

Sumber: Intralinks Holdings, Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160126000000/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.