ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  KAYM DAN FAKU COUNTY, CHINA JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN

Wednesday 27/01/2016



LIAONING,China 27 Jan (Bernama) -- Selaras dengan transformasi pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan “Faku County People’s Government” telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) dalam bidang pendidikan di wilayah Liaoning, China baru-baru ini.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi  berkata, KAYM akan kerjasama, termasuk membuka cawangannya di Shenyang, ibu negara Liaoning bagi menawarkan peluang pelajar-pelajar di sana melanjutkan pengajian.

"Lawatan KAYM ke sana antara lain untuk berbincang dan berunding dengan pihak Faku County bagi memulakan langkah tersebut," katanya selepas pulang dari China.

Menurut Saroni, kerjasama ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar China untuk  melanjutkan pengajian terutama dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bahasa Inggeris, Aeronautik, Perniagaan, Hospitaliti dan Perakaunan.

“KAYM mensasarkan pengambilan pelajar akan bermula pada suku pertama tahun 2016 dan ini akan menjadi satu platform bagi KAYM untuk melebarkan sayap ke peringkat global” katanya lagi.

Justeru itu, kerjasama pendidikan KAYM di Faku ini akan diperluaskan tambahan pula  Malaysia kini menjadi destinasi pilihan kesembilan di dunia bagi pelajar luar negara yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Saroni berkata, ia membuktikan pendidikan di negara ini semakin berkualiti dan setaraf dengan negara-negara maju lain.

Disamping itu,  KAYM juga akan menjalin kerjasama dengan  dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, program-program mobiliti pelajar serta staf dan banyak lagi.

“KAYM percaya bahawa kerjasama yang erat ini adalah satu usaha merealisasikan ‘co-branding' yang akan membantu mempercepatkan lagi ‘rebranding' KAYM di persada antarabangsa” kata Saroni.

Pihak Faku County juga sedia bekerjasama dengan KAYM bagi menjalin hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi terutama dalam bidang Aviation dan ini merupakan peluang KAYM mengukuhkan hubungan sejagat.

Menurut beliau, KAYM dan Faku County mungkin mempunyai organisasi yang berbeza dan beroperasi dalam negara yang berbeza, tetapi mempunyai banyak persamaan kerana berjuang untuk memberi khidmat kepada pelajar dengan cemerlang.

SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel  :  (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Fax :  (606) 2861062
Email  :  harmiyati@kym.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.