ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  KEDAI BEBAS CUKAI ALA LAPANGAN TERBANG "GINZA BEBAS CUKAI JEPUN" DIBUKA DI KEDAI MITSUKOSHI GINZA PADA 27 JANUARI

Thursday 28/01/2016



TOKYO, 27 Jan., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Pada 27 Januari, 2016, Japan Duty Free Fa-So-La Isetan Mitsukoshi Co., Ltd. membuka "GINZA Bebas Cukai Jepun," kedai bebas cukai ala lapangan terbang yang pertama seumpamanya di Jepun (di luar Okinawa), di tingkat 8 Kedai Mitsukoshi Ginza. Dengan mengadakan sebuah kedai bebas cukai seperti yang terdapat di lapangan terbang di bandar raya itu yang mengecualikan pembeli daripada duti kastam, dan penggunaan, minuman keras dan cukai tembakau, bukan sahaja boleh memberi perkhidmatan kepada pelancong asing yang dalam perjalanan dalam negara tetapi juga penumpang udara Jepun boleh disediakan dengan satu gaya baharu membeli-belah sebelum pelepasan mereka sendiri.
 
Enam Zon Dagangan
"GINZA Bebas Cukai Jepun" terdiri daripada enam zon barang dagangan yang membawa jenama berikut:
 
- Zon Butik (Mewah)
  9 butik
  * Boucheron: yang pertama seumpamanya di mana-mana kedai bebas cukai di dunia
  * Valentino dan Saint Laurent: yang pertama seumpamanya di mana-mana kedai bebas cukai di Jepun
 
-Zon Kosmetik & Minyak Wangi
  18 kedai
  * Albion: yang pertama seumpamanya di mana-mana kedai bebas cukai di Jepun
 
- Zon Lembah Masa  (Jam Tangan) (pembukaan pada 9 Mac, 2016)
  7 kedai
  * Vacheron Constantin dan Roger Dubuis: yang pertama seumpamanya di mana-mana kedai bebas cukai di Jepun
 
- Zon Arak
  Scotch, Cognac, wiski domestik, wain, sake, dan lain-lain
 
- Zon Rokok
  JT, PM, BAT
 
- Zon Kecantikan 800 Tangan Jepun
Ini merujuk kepada banyaknya teknik yang dimiliki tukang pekerjaan tangan Jepun. Barangan yang melambangkan kualiti pekerja pertukangan tangan Jepun telah dipilih kerana mempunyai penampilan dalam empat bahagian: TOKYO Teshigoto, hasil kerja yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Rekabentuk Baik, kraf tradisional, barangan perusahaan
 
Gambaran Keseluruhan Kedai
- Nama: GINZA Bebas Cukai Jepun
- Lokasi: Kedai Mitsukoshi Ginza, keseluruhan ruang di tingkat 8
- Jumlah ruang jualan: Kira-kira 3,300 meter persegi
- Jenis kedai: Kedai bebas cukai (kedai terikat)
- Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 8 malam
- Laman Sesawang: http://www.japandutyfree-ginza.jp/?lang=en (dibuka bermula 26 Januari, 2016)
  
Sumber: Japan Duty Free Fa-So-La Isetan Mitsukoshi Co., Ltd. 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.