ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MITSUI CHEMICALS AGRO PEROLEH SAHAM TAMBAHAN DI SOTUS ANTARABANGSA DI THAILAND

Friday 29/01/2016



TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals Agro, Inc. (Tokyo, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Kazunori Tani, "MCAG") hari ini mengumumkan bahawa MCAG telah memperolehi saham tambahan di Sotus International Co., Ltd. ("SOTUS"), sebuah syarikat agrokimia di Kerajaan Thailand, pada 21 Januari, 2016. Setelah mempersetujui satu perjanjian jual beli dengan Pacific Agriscience Pte., Ltd. ("PA"), sebuah pemegang saham bagi SOTUS, MCAG memperoleh kesemua saham SOTUS yang dimiliki oleh PA untuk meningkatkan nisbah pegangan sahamnya kepada 16.2% daripada jumlah saham SOTUS itu.
 
Untuk meningkatkan perniagaan mereka di luar negara, MCAG telah bersetuju dengan satu kerjasama perniagaan dan modal dengan SOTUS dan memperoleh 10% daripada saham tertunggak mereka pada tahun 2011, untuk menjamin satu pangkalan pengeluaran di pasaran Asia Tenggara yang semakin meningkat.
 
Pada tahun 2013, dalam usaha untuk memperkukuh kemampuan pembangunan mereka di Asia Tenggara, MCAG telah menubuhkan satu hab penyelidikan formulasi bersama-sama dengan SOTUS, yang sejak itu telah menjadi sebuah rakan penting bagi MCAG.
 
Urus niaga itu akan membolehkan MCAG untuk mengukuhkan lagi kerjasama mereka dengan SOTUS dan memacukan lagi kejayaan dengan mempercepatkan pembangunan produk-produk baharu di pasaran Asia Tenggara.
 
Maklumat mengenai Mitsui Chemicals & Mitsui Chemicals Agro
 
Mitsui Chemicals (Tokyo: 4183, ISIN: JP3888300005), yang melakarkan sejarahnya sejak tahun 1912, mempunyai jualan tahunan sebanyak 1,550 bilion yen dalam tahun kewangan  yang berakhir pada Mac 2015 dan mempunyai lebih 135 buah syarikat dengan 14,500 orang pekerja di 27 buah negara. Sebagai sebuah daripada syarikat kimia terkemuka di Jepun, Mitsui Chemicals menyumbangkan secara meluas kepada masyarakat dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan menerusi inovasi dan penciptaan bahan dan produk, dan pada masa yang sama mengekalkan keharmonian dengan persekitaran global. Portfolio perniagaan Mitsui Chemicals termasuk penjagaan kesihatan, bahan automotif, pembungkusan makanan, tenaga, agrokimia, dan lain-lain.
Perniagaan agrokimia Mitsui Chemicals di peringkat global dikendalikan oleh anak syarikat miliknya 100%, Mitsui Chemicals Agro, Inc. yang membekalkan agrokimia yang berinovatif untuk perlindungan tanaman dan pengurusan perosak. Syarikat itu sentiasa mengambil kira pandangan pelanggan, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang "Sangat selamat", "Sangat berfungsi", dan "Mesra alam", dan menyumbang kepada pertanian lestari.
 
Maklumat mengenai SOTUS (setakat 21 Januari, 2016)
(1) Nama Syarikat: Sotus International Co., Ltd.
(2) Bidang Perniagaan: 

- Pengimportan, formulasi, pengkomersilan domestik bagi perlindungan tanaman dan perniagaan bahan kimia bukan tanaman/ baja
- Perniagaan operasi kawalan perosak

(3) Diwujudkan:
 1 April, 1996

(4) Ibu Pejabat:
 
Nonthaburi, Thailand (Dekat Bangkok)

(5) Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif:
 

Yanyong Prathuangwong

(6) Modal:
 
200 juta Baht
 
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51268462&lang=en
 
Hubungi
Mitsui Chemicals
Bahagian Komunikasi Korporat
Yuri Matsunaga, +81-3-6253-2100
Yuuri.Matsunaga@mitsuichemicals.com
Sumber: Mitsui Chemicals Agro, Inc.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160128005930/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.