ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  HID GLOBAL LULUS PENSIJILAN MASTERCARD PERINGKAT TINGGI; KEPUTUSAN ITU MEMPERKUKUHKAN KOMITMEN SYARIKAT TERHADAP KUALITI

Friday 29/01/2016



Berita Penting:
• Audit Pengurusan Kualiti Kad MasterCard (CQM) meliputi inlai dua antara muka dan tanpa sentuh HID Global bagi penyelesaian perbankan dan pembayaran.
• Inlai dua antara muka dan tanpa sentuh Syarikat telah berjaya diuji dan diaudit selama sembilan tahun; MasterCard baharu sahaja memperkenalkan satu audit & label khusus untuk antena dua antara muka.
• Di seluruh dunia, hanya bilangan terhad tapak pengeluaran memenuhi keperluan CQM.
 
AUSTIN, Texas, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HID Global®, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengenalan yang selamat, hari ini mengumumkan bahawa produk teknologi pengenalan mereka untuk industri perbankan dan pembayaran kad pintar telah berjaya melepasi audit Pengurusan Kualiti Kad (CQM) MasterCard 2015 untuk inlai dua antara muka. Tapak pengeluaran HID Global di Malaysia telah lulus prosedur ujian CQM yang diperlukan dan berhak untuk menjalankan Label CQM yang sepadan. Di seluruh dunia, hanya sebilangan kecil daripada tapak pengeluaran inlai berjaya memenuhi keperluan ini.
 
"Inlai dua antara muka adalah merupakan bahagian yang penting dalam penyelesaian identiti HID Global yang selamat untuk aplikasi pembayaran dan pensijilan CQM yang menyediakan pengesahan yang kukuh mengenai dedikasi kami untuk memastikan secara konsisten kualiti paling tinggi bagi produk dan penyelesaian Genuine HID®," kata Marc Bielmann, naib presiden dan pengarah urusan, Teknologi Pengenalan di HID Global. "Pensijilan itu memberikan jaminan kepada pengeluar kad dan industri kad pintar secara keseluruhan, dan kami gembira untuk menjadi satu daripada syarikat yang pertama untuk menawarkan produk yang telah melepasi keperluan Pengurusan Kualiti Kad MasterCard yang terkini," kata beliau.
 
Inlai dua antara muka dan tanpa sentuh HID Global telah berjaya diuji dan diaudit selama sembilan tahun, walaupun MasterCard baharu sahaja memperkenalkan audit khusus untuk inlai dua antara muka. Skim CQM menjamin kualiti yang konsisten dan boleh dikesan kepada pengeluar kad, dan memperluaskan proses kelulusan MasterCard secara keseluruhan yang menentukan syarat-syarat ketat untuk tapak pengeluaran dan proses.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai HID Global, sila layari Pusat Media kami, baca Blog Industri kami, langgan dengan RSS Feed kami, tonton video kami dan ikuti kami di FacebookLinkedIn dan Twitter.
 
Maklumat mengenai HID Global
HID Global adalah sumber yang boleh dipercayai untuk produk, perkhidmatan, penyelesaian dan pengetahuan yang berinovatif yang berkaitan dengan penciptaan, pengurusan dan penggunaan identiti yang dijamin selamat bagi berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. Syarikat itu memberi perkhidmatan kepada pasaran termasuk kawalan akses fizikal dan logik, termasuk pengesahan dan pengurusan bukti kelayakan; percetakan kad dan peribadi; sistem pengurusan pelawat; kad pengenalan yang sangat selamat untuk kerajaan dan warganegara; dan teknologi pengenalan RFID yang digunakan dalam aplikasi pengenalan haiwan dan industri dan aplikasi logistik. Jenama utama syarikat itu termasuk ActivID®, EasyLobby®, FARGO®, IdenTrust®, LaserCard®, Lumidigm®, Quantum Secure dan HID®. Dengan beribu pejabat di Austin, Texas, HID Global mempunyai lebih 2,200 orang pekerja di seluruh dunia dan mempunyai pejabat antarabangsa yang menyokong lebih 100 buah negara. HID Global® adalah merupakan jenama ASSA ABLOY Group. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.hid global.com.
 
® HID, logo HID dan Genuine HID adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi HID Global di Amerika Syarikat dan/ atau negara lain. MasterCard® adalah merupakan tanda dagangan bagi MasterCard International Incorporated. Semua cap dagangan, tanda perkhidmatan, dan nama atau perkhidmatan produk yang lain adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Hubungi
HID Global
Vivian Shi, +852-3160-9831
Pengurus Perhubungan Awam, Asia Pasifik
vshi@hidglobal.com
 
Sumber: HID Global
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160125006648/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.