ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MITEL MENJADI PENERAJU DALAM PERUSAHAAN MUDAH ALIH DENGAN INOVASI MUDAH ALIH DAN AWAN

Friday 29/01/2016



Memperkenalkan Aplikasi Masa Sebenar yang Terkini, dan Memperluaskan Perkhidmatan Awan dan Mudah Alih
  • Memperkenalkan LTE alih Suara, LTE alih Video dan WiFi alih Suara Dihoskan (VoLTE, ViLTE dan VoWiFi) bagi pembawa mudah alih
  • Memberikan kemampuan dalam menggabungkan semua talian telefon pengguna dan kefungsian dengan satu peranti
  • Memperkenalkan komunikasi masa sebenar mudah alih yang terbenam bagi aplikasi SaaS yang menyasarkan pekerja perkhidmatan lapangan masa sebenar yang sangat mudah alih
  • Menampilkan penyelesaian kolaborasi pasukan yang mengutamakan mudah alih dengan integrasi asal masa sebenar yang menyokong cara pasukan bekerja hari ini
  • Mengumumkan mudah alih yang di integrasi, M2M (mesin ke mesin) dan perkhidmatan awan yang akan meningkatkan dan mentakrif semula pilihan penjagaan kesihatan
  • Mengembangkan perkhidmatan awan terkini di Perancis dan Jerman, membolehkan perniagaan yang besar menjadi lebih tangkas di samping syarikat lebih kecil mendapat akses kepada lebih banyak alatan dan sumber perusahaan 
BERLIN, 29 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam perniagaan masa sebenar, awan dan komunikasi mudah alih, hari ini mengumumkan satu siri penyelesaian terkini yang mengejutkan bagi mempercepatkan syarikat sebagai peneraju di dalam pasaran perusahaan mudah alih. Pengumuman yang dilakukan di Berlin semasa acara Mitel Next, mencerminkan perlaksanaan pantas visi strategik syarikat terhadap perusahaan mudah alih berasaskan awan direka untuk mengatasi keperluan yang sentiasa berubah di dunia yang mengutamakan mudah alih bagi perusahaan, pekerja dan pengguna.
 
Gelombang inovasi Mitel yang terkini bertujuan untuk membuang penghalang legasi dan membolehkan komunikasi dan kolaborasi masa sebenar yang lancar, termasuk:
 
Mitel Mobile Cloud Suite: Satu platform yang membenarkan penyedia mudah alih Tier 2 dan 3 menghoskan VoLTE, ViLTE, VoWiFi dan perkhidmatan Mesej Lebih Maju dengan lebih pantas dan kos efektif.
 
Mobile Multi-ID: Satu kebolehan yang menyilangkan identiti mudah alih dan perniagaan, jadi ia tidak lagi memerlukan kedua-dua telefon peribadi dan perniagaan.  Multi-ID mengintegrasikan identiti pengguna daripada peranti individu membolehkan ianya menggabungkan beberapa talian telefon dalam satu peranti dan menikmati semua ciri yang sama.
 
Komunikasi Terbenam Mitel: Produk pertama daripada inisiatif Mitel Accelerator menyasarkan industri perkhidmatan lapangan yang sangat mudah alih. Ia memasukkan kemampuan pusat hubungan dan komunikasi kelas perusahaan masa sebenar Mitel ke dalam perisian penjadualan perkhidmatan lapangan mudah alih daripada FieldAware. Hasilnya ialah integrasi teknologi berasaskan lokasi, alatan CRM dan komunikasi masa sebenar yang menukarkan beberapa panggilan perkhidmatan kepada satu, meningkatkan pengalaman pelanggan, mencipta kecekapan operasi dan menyediakan keberkesanan perniagaan yang berharga.
 
MiTeam: Satu penyelesaian kolaborasi pasukan yang mengutamakan mudah alih dengan integrasi asal masa sebenar, yang menyokong cara pasukan bekerja hari ini. Dengan kolaborasi segera, pasukan bekerja boleh memulakan perkongsian skrin on-the-go, kolaborasi kandungan, suara masa sebenar dan mesyuarat video dan dengan lancar meluaskan mereka kepada peserta di luar persekitaran pekerjaan termasuk rakan kongsi, pembekal dan pelanggan. MiTeam adalah aplikasi berorientasikan aliran kerja dengan projek dan laluan kerja berasaskan topik dan ia terbenam ke dalam teknologi Mitel yang sedia ada.
 
Penjagaan Kesihatan Masa Sebenar: Teknologi integrasi berasaskan awan, mudah alih dan M2M yang mengatasi segmen penjagaan orang tua yang semakin berkembang. Semasa populasi semakin berusia dan kos penjagaan kesihatan meningkat, Mitel memperkenalkan teknologi dan alat komunikasi masa sebenar bagi meningkatkan pilihan cara hidup.
 
Pengembangan Awan Global: Mitel MiCloud berkembang di Eropah dengan pelancaran di Jerman dan Perancis. Mitel memasuki gerbang 2016 dengan perniagaan komunikasi awan yang berkembang pesat di dunia dan kedudukan saham pasaran nombor satu berdasarkan jumlah pengguna awan secara global, menurut Synergy Research Group.
 
Petikan
 
“Visi perusahaan mudah alih yang kami gariskan dalam bulan Oktober menjadi realiti,” kata Rich McBee, CEO, Mitel. “Dengan pengumuman hari ini kami mengambil strategi jauh ke hadapan dengan membolehkan awan mudah alih – tulang belakang bagi komunikasi mudah alih yang lancar. Kini, seluruh industri bermula dari penjagaan kesihatan hingga ke pendidikan hingga sukan, boleh menghubungkan dengan lancar apa yang dahulunya dikatakan berkos tinggi dan tidak efisien di antara pengguna dan jaringan perusahaan. Ini membolehkan tempat kerja yang bersedia untuk masa depan mudah alih dan faedah dunia yang dihubungkan dibawakan oleh M2M dan Internet of Things (IoT).”
 
“Organisasi perkhidmatan lapangan peneraju pasaran memerlukan aplikasi komunikasi mudah alih gred profesional, bagi memacu pertumbuhan dan keuntungan perniagaan,” kata Charles Jackson, CEO, FieldAware. “Kebanyakan kemampuan komunikasi yang kita lihat terhad kepada hanya satu mod komunikasi dan tidak berskala kepada tahap keperluan industri. Kami teruja untuk berkongsi idea dan membangunkan satu penyelesaian bersama Mitel. Kami menjangka ia dapat  memperbaiki perkhidmatan dan meningkatkan pendapatan bagi pelanggan kami.”
 
“Pengaruh aplikasi mudah alih dan awan secara pantas menyusup masuk ke dalam komunikasi perusahaan setiap hari dengan cara yang membentuk semula bagaimana, bila dan dengan peranti apa kerja disempurnakan,” kata Diane Myers, Pengarah Kajian Kanan, VoIP, UC dan IMS di IHS. “Mitel memahaminya, dan beberapa tahun kebelakangan ini telah mengambil langkah mengatasi transformasi tersebut.  Perkembangan mereka yang diumumkan hari ini mengenal pasti keperluan bagi perkhidmatan komunikasi masa sebenar dan impak M2M dan IoT yang dihadapinya pada aliran kerja tempat kerja setiap hari.”
 
Fakta Penting 
  • Mitel menambah 20 rakan kongsi awan yang baru di EMEA semasa suku ke empat 2015
  • Mitel menjana perkhidmatan VoLTE/ VoWiFi di 18 buah negara
  • Perkhidmatan MiCloud disediakan di enam buah negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Perancis dan Jerman
  • Mitel memasuki gerbang 2016 dengan perniagaan komunikasi awan yang berkembang terpantas di dunia dan kedudukan saham pasaran nombor satu berdasarkan jumlah pengguna awan secara global, menurut Synergy Research Group.
  • Lawati Mitel di Mobile World Congress di Barcelona di Booth 7A21 dan Enterprise Connect di Orlando di Booth 2001
 
Bahan Berkaitan
 
Media Sosial
Twitter: Mitel Accelerates Lead in Mobile Enterprise with Mobile and Cloud Innovations #MitelNext 
Twitter: Mitel Announces New, Real-Time Applications and Expands Cloud and Mobile Services #MitelNext #VoLTE #ViLTE #VoWiFi
 
Tag/Kata Kunci:
VoLTE, ViLTE, VoWiFi, Enterprise, Mobile, Cloud, Real-Time
 
Tentang Mitel
Peneraju pasaran global dalam perusahaan dan komunikasi mudah alih yang menjana lebih daripada 2 bilion perhubungan perniagaan dan 2 bilion pelanggan mudah alih setiap hari, Mitel (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW) membantu perniagaan dan pembawa mudah alih berhubung, berkolaborasi dan menyediakan perkhidmatan berinovatif kepada pelanggan mereka. Pakar inovasi dan komunikasi kami telah berkhidmat dengan lebih daripada 60 juta pengguna perniagaan di lebih daripada 100 buah negara dan 130 penyedia perkhidmatan mudah alih termasuk 15 daripada 20 penyedia mudah alih yang teratas di dunia. Penyelesaian perusahaan mudah alih berasaskan awan yang unik kami mengatasi keperluan sentiasa berubah dunia yang mengutamakan mudah alih bagi perusahaan, pekerja dan pengguna, menjadikan Mitel satu-satunya syarikat yang mampu menyediakan jambatan di antara perusahaan dan pelanggan mudah alih. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mitel.com dan ikuti kami di Twitter @Mitel.
 
Mitel adalah tanda dagang berdaftar Mitel Networks Corporation.
 
Semua tanda dagang yang lain adalah hak milik pemilik masing-masing.   
 
MITL-C

SUMBER : Mitel Networks
 
Maklumat Hubungan
Media – AmericasMedia – EMEA/AP
Camille BeasleyDuncan Miller
(469) 212-0433+44 (0) 1291 612 646
camille.beasley@mitel.com                         duncan.miller@mitel.com                     
  
PelaburPenganalisa Industri
Michael McCarthyCynthia Navarro
(469) 574-8134(469) 574-8113
michael.mccarthy@mitel.com                   cynthia.navarro@mitel.com

​--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.