ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ASTA AKAN MEMPERKENALKAN SISTEM PENDAFTARAN PESAKIT SECARA AUTOMATIK DI HOSPITAL PANTAI KL, MALAYSIA

Friday 29/01/2016



AsiaNet 63259
 
KUALA LUMPUR dan TOKYO, 29 Jan., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Almex System Technology Asia Sdn. Bhd. ("ASTA"), Hospital Pantai Kuala Lumpur ("Pantai KL"), dan Almex Inc. ("Almex"), telah mengadakan satu Memorandum Persefahaman atau MoU pada 28 Januari untuk memperkenalkan sebuah sistem pendaftaran pesakit secara automatik di hospital perdana Pantai di Kuala Lumpur, Malaysia.
 
MoU itu disempurnakan oleh Hideyori Hirahara, Pengarah Urusan ASTA, Ronald Koh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bagi Pantai Holdings, Anwar Anis, Ketua Pegawai Eksekutif Pantai KL, dan Shohei Mabuchi, Presiden Almex, dalam satu majlis ringkas di pejabat korporat yang terletak di Pantai KL.
 
Di bawah MoU itu, Almex, menerusi anak syarikat miliknya sepenuhnya di Malaysia, ASTA, akan memasang sebuah kios secara percubaan untuk memudah dan mempercepatkan pendaftaran pesakit luar dan pengeluaran nombor untuk perundingan dengan doktor mereka. Dengan memperkenalkan sistem automasi ini, Pantai KL menjangka dapat menaik taraf tahap perkhidmatan pesakit, mengurangkan masa menunggu oleh pesakit dan meningkatkan kecekapan proses operasi hospital dan pada masa yang sama menjimatkan masa kerja.
 
Pantai KL adalah perintis untuk menerima pakai kios penerimaan automatik di Malaysia, teknologi ASTA/ Almex yang bernilai tinggi dan pengetahuan dalam penyelesaian pengurusan di hospital, dengan objektif utama untuk mengurangkan tekanan masa menunggu dan mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk pesakit.
    
ASTA diwujudkan di Malaysia pada November 2014 sebagai pangkalan Almex bagi operasi serantau mereka di Asia Tenggara, dengan mensasarkan hospital, restoran dan industri hotel. Almex, syarikat induk yang berpangkalan di Tokyo, adalah merupakan pemimpin dalam pembuatan dan penjualan mesin pembayaran automatik, mesin penerimaan automatik dan mesin paparan maklumat, dengan menguasai lebih 60% daripada pasaran automasi hospital di Jepun.
 
Diwujudkan pada tahun 1974, Pantai KL adalah sebuah kemudahan penjagaan kesihatan terunggul di bawah kumpulan hospital Parkway Pantai Limited (PPL) yang terletak di daerah Bangsar yang sibuk. Bermula dengan 68 katil dan 20 pakar perubatan, hospital itu yang pada masa ini mempunyai 331 katil hari ini mempunyai pelbagai keistimewan perubatan, 5 Pusat Kecemerlangan dan lebih 180 orang pakar perubatan. Terletak di lokasi strategik berhampiran dengan pusat bandar dan bandar satelit Petaling Jaya, Pantai KL mempunyai reputasi yang mantap sebagai sebuah pusat perubatan pilihan untuk pesakit tempatan dan antarabangsa yang ingin mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang.
 
ASTA: www.almex-sta.com
 
Almex: http://www.almex.jp/company/corporate_en.html
 
Pantai KL: http://www.pantai.com.my/OurHospitals/PantaiHospitalKualaLumpur.aspx
 
Sumber:  ASTA (Almex System Technology Asia Sdn. Bhd.)
              Almex Inc. 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.