ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  SEMUA ORANG BERPAKAIAN ANGGUN SEPERTI DAVID BECKHAM DALAM KEMPEN BAHARU MODERN ESSENTIALS UNTUK H&M

Tuesday 02/02/2016



NEW YORK, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ikon gaya David Beckham telah merakamkan kempen terbaharu beliau untuk H&M bagi pelancaran Modern Essentials musim bunga 2016 yang dipilih oleh koleksi David Beckham. Iklan itu telah dirakam di jalan-jalan raya di Lisbon, di mana David menyedari bahawa semua orang mahu berpakaian seperti beliau. Koleksi Modern Essentials baharu yang dipilih oleh David Beckham akan boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan secara dalam talian di hm.com bermula pada 18 Februari.

Ini adalah kali kedua David telah bekerjasama dengan pengarah Fredrik Bond, dengan mengambil tema daripada komersial terakhir mereka di mana pelawak Kevin Hart berpakaian sama seperti David. Dalam filem terbaharu ini, David meninggalkan hotelnya untuk mendapati bahawa semua orang di sekelilingnya memakai pakaian yang sama seperti beliau, termasuk anak-anak yang bermain papan selaju, seorang bayi, seorang nenek, dan semua orang di bandar raya itu. Filem itu akan diiringi dengan kempen cetak yang dirakamkan oleh Mario Sorrenti.

Kempen itu menonjolkan peranan David sebagai seorang peneraju gaya kepada berjuta-juta kaum lelaki di seluruh dunia. Bagi David, ia adalah mengenai menggabungkan tradisi pakaian lelaki dengan idea-idea baharu yang dapat menggerakkan pakaian lelaki ke hadapan. Pakaian yang beliau pakai dalam filem itu, kesemuanya dipilih oleh David daripada koleksi Modern Essentials, adalah contoh terbaik mengenai gaya beliau yang tak lapuk dek zaman.

"Saya sentiasa mempunyai masa yang terbaik untuk membuat iklan bagi kempen H&M. Mereka benar-benar memahami gaya saya dan rasa humor saya. Sungguh bagus untuk memakai pakaian menarik daripada rangkaian Modern Essentials ketika menikmati masa yang menyeronokkan," kata David Beckham.

Kempen itu adalah yang terbaharu untuk Modern Essentials yang dipilih oleh rangkaian David Beckham. Setiap musim menyaksikan David memilih baju kegemarannya dari koleksi pakaian lelaki Modern Essentials di H&M, mewujudkan sebuah busana dengan fesyen terkini dan klasik baharu yang boleh digunakan oleh kaum lelaki pada sepanjang musim.

Untuk filem kempen klik di sini
Untuk imej kempen klik di sini
Untuk imej alam benda klik di sini

H & M Hennes & Mauritz AB (publ) diasaskan di Sweden pada tahun 1947 dan telah disenaraikan di Nasdaq Stockholm. Idea perniagaan H&M adalah untuk menawarkan fesyen dan kualiti pada harga yang terbaik dengan cara yang mampan. Selain H&M, kumpulan itu termasuk jenama & Other Stories, Cheap Monday, COS, Monki dan Weekday dan juga H&M Home. H&M Group mempunyai lebih 3,800 buah kedai di 61 pasaran termasuk pasaran francais. Pada tahun 2014, jualan termasuk VAT adalah SEK 177 bilion dan bilangan pekerja adalah lebih 132,000 orang. Untuk maklumat lanjut, sila layari hm.com.

Hubungi
H&M
Marybeth Schmitt, 212-564-9922
Mediarelations.US@hm.com
atau
Paul Wilmot Communications
Nicolette Ficchi, 212-206-7447
NFicchi@paulwilmot.com
 
Sumber: H & M
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.