ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  RHB BERGABUNG DENGAN FIDESSA MERENTASI ASIA

Tuesday 02/02/2016



SINGAPURA, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fidessa group plc (LSE: FDSA) hari ini mengumumkan bahawa RHB Investment Bank (RHB), sebuah bank utama di Malaysia, telah melaksanakan Fidessa sebagai platform dagangan mereka yang strategik merentasi benua Asia.

Platform itu, yang diuruskan oleh Fidessa di seluruh rantau itu, menyediakan keupayaan serba canggih termasuk dagangan algoritma di semua pasaran anggota, IOI pintar dan sebuah sistem pengurusan pesanan berpusat dengan pejabat pertengahan yang bersepadu yang menyokong perniagaan serantau RHB yang semakin berkembang.

"Ketika semakin banyak broker global mengurangkan aktiviti di rantau itu dan bank-bank Asia berkembang menjadi semakin penting, asas sistem mereka memerlukan pemikiran  semula,” kata Phillip Jeffrey, Ketua Jualan bagi Fidessa di Asia. "Di sinilah terletaknya kuasa dan skala infrastruktur Fidessa, dengan digabungkan bersama ciri-ciri rangkaiannya yang meluas, meletakkannya sebagai sebuah rakan kongsi yang tepat untuk menyampaikan jangkauan dan kebolehpercayaan yang diperlukan".

Satu pemacu utama bagi RHB dalam memilih teknologi Fidessa adalah keupayaannya untuk membawa pelbagai pelanggan FIX dengan kelajuan dan ketangkasan, dan pada masa yang sama menawarkan kepada mereka pilihan untuk melaksanakan secara manual, secara langsung atau melalui model algoritma yang disesuaikan kepada negara yang berbeza. Pelanggan antarabangsa juga menjadi semakin memilih ketika membuat pengesahan selepas perdagangan, dan keupayaan Fidessa untuk menawarkan satu penyelesaian yang normal dan konsisten untuk ini di seluruh rantau itu memenuhi keperluan ini.

Lena Yong, Ketua Institusi Broker bagi RHB, berkata: "Kami sangat berminat tentang nilai yang boleh dibawa oleh platform baharu ini kepada pelanggan kami, dan juga peluang kepada kami untuk meningkatkan operasi dalaman kami. Pelanggan RHB akan melihat peningkatan besar dalam perkhidmatan kami, sama ada mereka mahu berdagang di Asia mahupun di peringkat antarabangsa. Melaksanakan penyelesaian ini adalah merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk mengukuhkan sistem kami dan terus menjadi sebuah bank pelaburan dalam 'liga perdana'".

Rangkaian Fidessa di peringkat global menghubungkan 4,800 buy-side dengan 730 broker di lebih 200 pasaran di seluruh dunia. Platform dagangan mereka mengumpul beberapa anugerah pada tahun 2015, yang dinamakan Platform Dagangan Terbaik pada Anugerah Pasaran Kewangan Bank Asia, Platform Pelaksanaan Pejabat Hadapan Sell-side Terbaik di Anugerah Teknologi Waters Sell-side dan diundi oleh peserta pasaran sebagai Pembekal OMS Sell-Side Terbaik  pada Waters Ranking setiap tahun.

Maklumat mengenai Fidessa group

Penyelesaian perdagangan luar biasa, pelaburan dan maklumat bagi komuniti kewangan di dunia.

Teknologi baharu, peraturan baharu, cabaran baharu: menghasilkan wang dalam pasaran kewangan hari ini kesemunya adalah mengenai kedudukan untuk berada di hadapan keluk. Mempunyai keupayaan untuk melihat trend baharu dan bertindak pantas boleh mengubah perubahan menjadi satu peluang keemasan. Sebab itu 85% daripada institusi kewangan utama di dunia memberi kepercayaan kepada Fidessa untuk menyediakan kepada mereka dengan perdagangan pelbagai aset dan infrastruktur pelaburan mereka, data pasaran dan analisis mereka, dan teknologi membuat keputusan dan teknologi aliran kerja mereka. Ia juga mengapa lebih $20 trilion nilai urus niaga mengalir di seluruh rangkaian global kami pada setiap tahun. Sebagai peneraju pasaran, kami juga boleh menawarkan akses yang unik kepada komuniti perdagangan terbesar dan yang paling berharga di dunia bagi profesional buy-side dan sell-side daripada institusi global dan bank pelaburan kepada broker butik dan dana lindung nilai.

Fidessa adalah sebuah perniagaan bertaraf global yang mempunyai skala, daya tahanan, cita-cita tinggi dan kepakaran. Kami menyampaikan kira-kira 25% pertumbuhan kompaun sejak penyenaraian kami di pasaran saham pada tahun 1997 dan kami diiktiraf sebagai sebuah pemimpin pemikir dalam ruang kami. Kami menetapkan penanda aras dengan set produk dan perkhidmatan misi kritikal kami yang tiada tandingan dan, secara uniknya, memberi perkhidmatan kepada komuniti buy-side atau pembelian pelaburan dan sell-side atau penjualan perkhidmatan pelaburan. Pelaburan berterusan dalam penyelesaian bersepadu dan termaju kami memastikan Fidessa kekal sebagai pilihan nombor satu dalam industri itu.
fidessa.com

Fidessa® adalah sebuah cap dagangan berdaftar milik Fidessa group plc.

Semua produk dan nama syarikat di sini adalah merupakan cap dagangan bagi pemilik mereka masing-masing.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51269386&lang=en

Hubungi
Fidessa
Simon Barnby, +44 20 7105 1250
simon.barnby@fidessa.com
atau
The Continuum Partners (Agensi Perhubungan Awam)
Kristin Westlake, +61 416 219 358
kwestlake@thecontinuumpartners.com
 
Sumber: Fidessa group plc

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.