ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  REVLON LANCAR KEMPEN MEMILIH CINTA

Tuesday 02/02/2016



Fasa Perintis Seterusnya Misi Jenama LOVE IS ON
Kempen Baharu Menggalakkan Wanita untuk Bertindak memastikan Cinta Itu Berlaku


NEW YORK, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Revlon, syarikat kosmetik global yang ikonik, hari ini memperkenalkan kempen mereka MEMILIH CINTA, fasa seterusnya dalam misi jenama LOVE IS ON mereka. MEMILIH CINTA menjemput wanita di seluruh dunia untuk percaya kepada cinta, untuk tidak lagi ragu-ragu dan mengambil peluang agar perasaan berkasih sayang itu benar-benar terjadi.

Untuk memperkenalkan kempen global itu, duta jenama global Revlon muncul di kaca TV yang meraikan langkah-langkah berani ke arah cinta: Olivia Wilde digambarkan membuat langkah menggoda yang pertama; Halle Berry dipaparkan sebagai menghidupkan semangat percintaan; dan Alejandra Espinoza dilihat melafazkan perasaan cintanya. Ini adalah kali pertama ketiga-tiga duta jenama itu dipaparkan bersama-sama dalam satu kempen pengiklanan global. Iklan itu dilengkapkan oleh satu kempen cetak dan digital yang mempersembahkan inspirasi untuk membantu wanita memilih produk Revlon yang terbaik bagi mereka.

"Di Revlon, kami teruja dengan sambutan kaum wanita di seluruh dunia yang tidak sabar-sabar mahu menghayati misi LOVE IS ON kami -- dan terdapat kegembiraan ketika kami bersedia untuk memperkenalkan langkah besar kami yang seterusnya, kempen MEMILIH CINTA," kata Lorenzo Delpani, Ketua Pegawai Eksekutif Revlon. "Kami percaya bahawa dengan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk MEMILIH CINTA, kami boleh mencetuskan satu pergerakan kepositifan cinta di seluruh dunia."

Dengan MEMILIH CINTA, Revlon meminta wanita untuk menjadi proaktif dalam memilih dan meraikan cinta. Harapannya adalah bagi memperkasakan wanita untuk mengenali potensi yang tidak terbatas untuk bercinta dan agar lebih berani merebut peluang yang ada pada setiap hari.

Sertai Pergerakan MEMILIH CINTA

Bermula hari ini, Revlon menjemput wanita di seluruh dunia untuk menunjukkan bagaimana mereka MEMILIH CINTA dengan memuat naik gambar mereka melemparkan ciuman dan tag seseorang yang istimewa untuk 'diserahkan' menggunakan hashtag baharu #CHOOSELOVE.  Pengguna terpilih boleh juga mendapati diri mereka dipaparkan di laman sesawang dan/ atau laman sosial Revlon.

Rakaman MEMILIH CINTA di televisyen mula ditayangkan di pasaran dunia pada hari ini, dengan iklan cetak mula kelihatan di buku risalah bulan Februari, dan juga dalam talian dan di kedai.

Ambil peluang. #CHOOSELOVE

Untuk maklumat lanjut mengenai Revlon LOVE IS ON dan CHOOSE LOVE layari: www.revlon.com, YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram @Revlon.

Maklumat mengenai Revlon:

Revlon adalah sebuah kosmetik global, pewarna rambut, penjagaan rambut dan rawatan rambut, alat kecantikan, produk dandanan lelaki, deodoran antipeluh, minyak wangi, penjagaan kulit, dan produk penjagaan kecantikan lain syarikat, yang beroperasi dalam tiga segmen, bahagian pengguna ("Pengguna"), bahagian profesional ("Profesional") dan Lain-lain. Visi Ketua Pegawai Eksekutif Lorenzo Delpani adalah untuk mewujudkan Revlon sebagai syarikat kecantikan contoh terunggul dan paling inovatif di dunia dengan menawarkan produk yang membuat pengguna berasa menarik dan cantik. Revlon percaya bahawa pengiktirafan jenama global mereka, kualiti produk, R&D, inovasi dan pengalaman pemasaran telah membolehkan mereka untuk mewujudkan jenama pengguna dan profesional global yang terkemuka. Portfolio jenama global Revlon bagi segmen Pengguna termasuk kosmetik warna Revlon®, kosmetik warna Almay®, kosmetik warna SinfulColors® kosmetik warna Pure Ice®, warna rambut Revlon ColorSilk®, Peralatan Kecantikan Revlon®,  wangi-wangian Charlie®, dan deodoran antipeluh Mitchum®. Portfolio jenama global Revlon bagi segmen Profesional termasuk: Revlon Professional®, CND®, termasuk jenama Shellac®  CND 14 hari warna kuku dan pengilat kuku mingguan Vinylux® dan krim pencukur lelaki Amerika Crew®. Laman sesawang yang menampilkan produk semasa dan maklumat promosi boleh diperolehi di www.revlon.com, www.almay.com, www.mitchum.com, www.revlonprofessional.com, www.americancrew.com dan www.cnd.com.

Hubungi
Media:
Victoria Ashley, 212-527-4137
Ketua Perhubungan Awam Global , Revlon
Victoria.Ashley@revlon.com
atau
Andrea Halpern, 212-598-4400 x 129
Naib Presiden Kanan, Lippe Taylor
Ahalpern@lippetaylor.com
 
Sumber: Revlon
 
View this news release online at:
http://www.businesswire.com/news/home/20160201005867/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.