ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​SIDANG KEMUNCAK INDUSTRI KESIHATAN MENCETUSKAN KEGHAIRAHAN PELABUR BERHUBUNG SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN CHINA DENGAN PERTUMBUHAN DUA ANGKA

Thursday 04/02/2016



SHANGHAI, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada musim panas tahun 2015, satu acara telah menarik kehadiran terbesar bilangan orang ramai untuk tempoh satu hari iaitu melebihi 170,000 orang profesional ke Shanghai semata-mata untuk sektor penjagaan kesihatan. Ia adalah satu acara perdagangan mega yang menggabungkan acara perubatan dan farmaseutikal yang utama di China, Sidang Kemuncak Industri Kesihatan.
 
Dengan permulaan rancangan lima tahun ke-13 China pada 2016, program "Kesihatan China 2020" memberi tumpuan kepada membangunkan bersama penjagaan kesihatan, pengeluaran farmaseutikal dan insurans kesihatan, pemisahan preskripsi dan mendispens dan sistem hierarki perubatan telah menjadi satu strategi kebangsaan. Ia diadakan sebagai satu rangsangan tambahan kepada kebanyakan mereka yang sudah mengintai peluang daripada peningkatan penduduk yang semakin tua dan ledakan penduduk yang dijangkakan berikutan perubahan dasar satu anak untuk satu keluarga. Menjelang akhir tahun 2015, lebih 100 buah syarikat yang didagangkan secara tradisinya bukan berorientasikan penjagaan kesihatan di China telah melihat penjagaan kesihatan sebagai satu keutamaan dalam pelaburan dan pembangunan mereka, banyak telah menamakan semula syarikat mereka untuk mencerminkan fokus baharu ini, apatah lagi gergasi terkenal seperti Lenovo, Fosun, dan Wanda Group yang memacukan kepentingan ke dalam beberapa bahagian utama sektor itu.
 
Ketika Reed Sinopharm, penganjur berkenaan, mengumumkan penganjuran semula tHIS 2016 ke Shanghai pada 17 hingga 20 April, 2016, kadar sewa bilik hotel di kawasan utama di Shanghai bagi tempoh itu telah melonjak naik, sebahagian besarnya sehingga dua kali ganda berbanding kadar pada tahun 2015. Acara industri kesihatan secara besar-besaran itu akan menggabungkan sembilan pameran dan lebih 100 persidangan yang memberi tumpuan kepada industri kesihatan. Acara penting termasuk Healthcare China 2016 - forum pelabur utama bagi penjagaan kesihatan, pameran peralatan perubatan terkemuka di Asia iaitu Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF), acara pengedaran dan pembuatan farmaseutikal terkemuka China PharmChina (PC) dan API China dan acara industri pemakanan dan diet tambahan terbesar Asia, Ekspo Kesihatan dan Pemakanan Semula Jadi.
 
Dalam usaha untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada kira-kira 300,000 orang profesional yang melawat dan yang mengadakan pameran, pelabur dan delegasi persidangan dari 150 buah negara, pihak penganjur berusaha secara aktif dengan pelbagai jabatan kerajaan Shanghai dan perkhidmatan seperti Suruhanjaya Perdagangan Perbandaran Shanghai, Jabatan Polis, Metro Shanghai dan Kerajaan Daerah Qingpu untuk menyediakan persiapan sidang kemuncak tahun ini. Penyediaan seperti meningkatkan kekerapan perkhidmatan metro, menggandakan jumlah bas ulang-alik dan pusat katering semasa waktu tempoh itu kesemuanya dirancang. Di samping itu, untuk mengelakkan kesesakan pada hari pertama CMEF (17 April), PharmChina dan API China akan diadakan satu hari kemudian pada 18 hingga 20 April, 2016 kepada kalangan profesional.
 
Hubungi
Reed Sinopharm Exhibitions
Sophie Zhang, 0086 10 84556580
jing.zhang@reedsinopharm.com

Sumber: Reed Sinopharm Exhibitions
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160204005039/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.